Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan penyelidikan merupakan isu mengenai ketepatan instrumen atau penyelidik pada masa pengumpulan data dilakukan. Dalam paradigma penyelidikan kualitatif, kesahan dan kebolehpercayaan adalah penting kerana mempunyai standard penilaian yang boleh digunakan untuk menilai kecukupan penyelidikan. Kesahan pada kajian kualitatif boleh berlangsung selama proses penyelidikan (Creswell, 2010). Oleh itu, penyelidik memberi tumpuan mengenai kesahan dengan cara menuliskan prosedur dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyemak akurasi dan kredibiliti hasil kajian. Dalam kajian kualitatif, kesahan tidak memiliki konotasi dengan kesahan dalam kajian kuantitatif, tidak pula sejajar dengan kebolehpercayaan ataupun generalisasi (Creswell, 2010). Sebaliknya, kesahan kualitatitif merupakan upaya menyemak kepada akurasi dapatan kajian dengan menerapkan prosedur-prosedur tertentu, manakala kebolehpercayaan kualitatif menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan konsisten jika diterapkan oleh penyelidik-penyelidik lain untuk projek yang berbeza (Gibbs, 2007). Tujuan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif menyokong bahawa penemuan inkuiri adalah bernilai dan memberi perhatian apabila mempertimbangkan empat isu-isu kualiti iaitu kredibiliti, kebolehpindahan, kebolehsandaran, dan kebolehsahan sebagai komponen kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif (Lincoln & Guba, 1985). Dalam kajian ini, prosedur kebolehpercayaan diperincikan seperti berikut:

(i) Menyemak hasil transkripsi untuk memastikan tiada kesilapan yang dibuat semasa proses transkripsi. Dalam kajian ini, data yang diperolehi daripada soal selidik item terbuka, temubual, pemerhatian, dan pendokumenan ditranskripsikan dan dibuat dalam satu kutipan bertulis bagi kemudahan di dalam menyemak hasil transkripsi.

(ii) Memastikan tidak ada definisi dan makna yang keliru mengenai kod- kod pada masa proses pengkodan. Hal ini dijalankan penyelidik dengan terus membandingkan data dengan kod-kod atau dengan menulis nota mengenai kod-kod dan definisi-definisi.

(iii) Melakukan semak silang dan membandingkan kod-kod yang dibuat oleh penyelidik lain dengan kod-kod yang telah dibuat oleh penyelidik.

3.6.1 Triangulasi Data

Triangulasi didefinisikan sebagai penggunaan dua atau lebih kaedah pengutipan data dalam sesetengah kajian aspek kelakuan manusia (Yin, 2003). Selain itu, triangulasi merupakan gabungan daripada pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengkaji fenomena yang saling berkaitan dari sudut pandang dan perspektif yang berbeza (Denzin & Lincoln, 2009). Oleh itu, kajian ini menggunakan triangulasi data menerusi data soal selidik item terbuka, temubual, pemerhatian dan pendokumenan untuk menguatkan kajian (Patton, 2002). Kelebihan dari penggunaan pelbagai teknik pengutipan data ialah wujudnya triangulasi untuk tujuan pengukuhan data iaitu kekuatan suatu kaedah dapat digunakan untuk mengatasi kelemahan suatu kaedah yang lain. Kaedah triangulasi membantu mengenalpasti pandangan yang berbeza (Stake, 2005). Pelbagai jenis maklumat berkenaan isu yang sama dapat diperolehi dengan menggunakan triangulasi. Mengemukakan soalan yang serupa kepada beberapa sumber bukti yang berbeza, jika semua dapatan menjuruskan kepada jawapan yang sama, maka data-data itu berjaya ditriangulasikan (Yin, 2003). Jika sekiranya data yang dipungut menunjukkan kekongruenan tinggi, maka penyelidikan itu ditaksir mempunyai kesahan tinggi (Schwandt, 2009). Justeru itu, dalam kajian ini, penyelidik telah mengedarkan soal selidik item terbuka kepada 36 responden (guru fizik) ahli MGMP Bermutu. Selain soal selidik item terbuka, penyelidik telah menemubual bukan sahaja sembilan guru fizik tetapi juga empat Guru Pelatih/Pendidik Guru MGMP dan seorang pengetua sekolah menengah. Penyelidik telah menemubual keempat-empat Guru Pelatih/Guru Pendidik MGMP dan seorang pengetua seperti mana yang terdapat dalam protokol temubual (Bahagian 3.3.3.1 sebelum ini). Data-data temubual ini bertujuan mengukuhkan dapatan daripada temubual guru fizik. Selain temubual, penyelidik turut menjalankan pemerhatian langsung kepada program latihan guru, bilik persiapan mengajar, dan lawatan bilik darjah bertujuan untuk melihat perubahan tingkahlaku yang diterjemahkan menerusi amalan rutin harian. Selain itu, analisis dokumen turut dijalankan bagi memperkukuhkan data soal selidik item terbuka, temubual dan pemerhatian. Keempat-empat bentuk data dalam kajian ini iaitu soal selidik item terbuka, temubual, pemerhatian, dan pendokumenan amat berpada untuk menjelaskan kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpul dan dianalisis.

3.6.2 Kajian Rintis

Kajian rintis dalam kajian ini dijalankan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik item terbuka serta soalan dan protokol temubual yang digunakan (Sekaran & Bougie, 2010). Melalui kajian rintis, penyelidik dapat membetulkan kesilapan dan memurnikan kandungan item supaya ianya difahami oleh responden (Fraenkel & Wallen, 2003). Item-item yang tidak sesuai, kurang jelas, atau mengelirukan responden kajian, diperbaiki secara terus oleh penyelidik. Tindakan ini bertujuan memastikan dapatan kajian boleh digunakan oleh mana-mana pihak khasnya kepada LPMP Kemdiknas RI bagi merancang dan menilai proses pembelajaran berterusan yang berkualiti.

Kajian rintis ini dijalankan oleh penyelidik pada minggu pertama dan kedua di bulan pertama pada jadual pelaksanaan kajian yang terbahagi kepada dua fasa utama iaitu kesahan muka dan kesahan luaran. Kesahan muka dinilai sama ada instrumen yang digunakan berjaya menggambarkan satu proses pembelajaran berterusan (tema utama) secara sepenuhnya atau sebaliknya (Mohd. Najib, 2003). Pada fasa ini penyelidik merujuk kepada dua orang pakar akademik yang terlibat secara langsung dalam bidang pembelajaran berterusan guru fizik. Untuk itu, soal selidik item terbuka dan soalan temubual telah diedarkan kepada seorang Pensyarah Kanan di Universitas Negeri Makassar (UNM) dan seorang Pensyarah Kanan UNM yang juga sebagai pakar perkhidmatan pada Balitbang Kemdiknas RI. Hasil maklum balas daripada mereka, beberapa item yang agak kabur terutamanya dari kekeliruan penggunaan bahasa Indonesia diperbaiki supaya lebih difahami oleh responden. Kesahan muka dapat membantu penyelidik mengesan kekeliruan yang terdapat pada soal selidik item terbuka dan soalan temubual serta memperbetulkan istilah yang kurang tepat serta mengelirukan responden. Beberapa cadangan dan komen daripada pakar-pakar berkenaan diperbaiki sepertimana ditunjukkan pada Jadual 3.3 berikut ini.

Jadual 3.3: Senarai Item-Item yang Diperbaiki Semasa Kajian Rintis

No. Item Kenyataan/Cadangan Pakar

Soal selidik item terbuka proses pembelajaran berterusan guru fizik Soalan 8

Apa yang perlu Anda pelajari dalam proses pembelajaran berkelanjutan Anda yang boleh dapat memberi dampak pada kesadaran sikap, pengetahuan, kemahiran keterampilan, dan aplikasi? (boleh lebih dari satu pilihan)

Soalan 13 Sajian Materi dalam program pelatihan guru yang Anda ikuti. Soalan 15

Daripada beberapa aktivitas proses pembelajaran berkelanjutan, aktivitas apa yang Anda sukai?

Soalan 20 Apakah pemimpin kepala sekolah Anda memiliki pengetahuan yang luas dan boleh dapat membantu proses pembelajaran berkelanjutan Anda?

Soalan 23 Apakah ada dukungan, dorongan, dan fasilitas yang positif dari penentu kebijakan terhadap pelaksanaan proses pembelajaran berkelanjutan Anda dianjurkan, difasilitasi, dan didukung?

Soalan 27 Apakah prestasi keberhasilan profesional diakui dan berbagi secara merata oleh penentu kebijakan?

Soalan temubual proses pembelajaran berterusan guru fizik. Soalan 2

Daripada beberapa aktivitas proses pembelajaran berkelanjutan, aktivitas apa yang Anda sukai? Kemukakan Alasan Anda.

Soalan 8 Apakah Anda memperoleh pengetahuan dan keterampilan dimaksudkan yang diinginkan? Kemukakan sesuai dengan apa yang Anda alami.

Soalan 9 Bagaimana cara Anda menggunakan menerapkan apa yang Anda telah pelajari? Bagaimana cara mengembangkannya lebih lanjut?

Soalan 10 Bagaimana pembelajaran baru mempengaruhi aspek lain dari organisasi sekolah? Kemukakan alasan-alasan menurut Anda.

Adapun komen daripada kedua-dua pakar di dalam senarai tampak semak dianalisis menggunakan analisis Cohen Kappa menerusi perisian SPSS. Analisis Cohen Kappa digunakan untuk mengukur dan membuktikan kesahan muka yang dilihat oleh kedua-dua pakar itu adalah mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Dapatan kesahan muka instrumen soal selidik item terbuka dan soalan temubual dengan menggunakan SPSS dapat dilihat pada Jadual 3.4 di bawah:

Jadual 3.4: Kesahan muka instrumen kajian mengenai proses pembelajaran berterusan

a. Case Processing Summary

Cases Valid Missing

Total

N Percent Pakar 1 * Pakar 2

Percent

Percent

Count

Pakar 2 Total

Pakar 1 Ya

c. Symmetric Measures

Value

Asymp. Std.

Error a Approx. T Approx. Sig. Measure of Agreement

2.683 .007 N of Valid Cases

12 a. Not assuming the null hypothesis. b. Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

Nilai Cohen Kappa berkisar dari 0 hingga 1, dengan interpretasi mengikut Altman (1991) disajikan seperti pada Jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5: Interpretasi Nilai Cohen Kappa

Nilai Cohen Kappa Kekuatan Kesepakatan

Kurang dari sederhana

Sangat Baik

(Sumber: Altman, 1991)

Berdasarkan Jadual 3.4c di atas diperolehi nilai k = 0.750 yang menunjukkan bahawa konsistensi penilaian di antara pakar berada pada tahap baik. Oleh itu, instrumen soal selidik item terbuka dan soalan temubual mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Akhirnya, instrumen ini adalah baik untuk digunakan dalam kajian proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru fizik sekolah menengah di Makassar Indonesia.

Fasa kedua ialah mengedarkan soal selidik item terbuka yang telah dibuat penambahbaikan oleh pakar kepada enam orang guru fizik di daerah Bone Sulawesi Selatan Indonesia. Tujuan utamanya adalah untuk mengetahui sama ada item-item yang kurang jelas atau mengelirukan guru fizik terutamanya mengenai penggunaan bahasa, dibaiki secara terus oleh penyelidik. Penyelidik menggunakan masa Fasa kedua ialah mengedarkan soal selidik item terbuka yang telah dibuat penambahbaikan oleh pakar kepada enam orang guru fizik di daerah Bone Sulawesi Selatan Indonesia. Tujuan utamanya adalah untuk mengetahui sama ada item-item yang kurang jelas atau mengelirukan guru fizik terutamanya mengenai penggunaan bahasa, dibaiki secara terus oleh penyelidik. Penyelidik menggunakan masa

Kajian rintis temubual bagi menjawab 10 soalan telah dijalankan kepada tiga orang guru fizik pada minggu ketiga bulan pertama. Tujuan utama kajian rintis temubual adalah untuk mengesan masalah, mengemas kini protokol temubual dan memberi latihan kepada penyelidik sebelum melakukan temubual sebenar (Taylor & Bogdan, 1984). Kaedah temubual bersemuka dipilih oleh penyelidik untuk menjawap persoalan kajian ini kerana kaedah temubual bersemuka biasanya akan memperoleh hasil yang lebih konsisten.

Akhir sekali, sekiranya responden tidak memahami soalan atau bahasa yang digunakan tinggi bagi responden berkenaan, penemubual boleh menjelaskan perkara tersebut. Dalam sesi temubual selama 60 minit, soalan yang dikemukakan adalah terarah kepada proses pembelajaran berterusan guru fizik sebanyak 10 item soalan. Di samping itu, dikemukakan soalan-soalan lanjutan bagi mencungkil huraian lanjut sekiranya jawapan yang diberikan tidak lengkap pada tanggapan penyelidik. Data yang dikumpul dalam temubual dirakamkan menggunakan perakam audio Nokia E72. Langkah seterusnya ialah proses mentranskripsikan temubual dijalankan semasa data masih segar bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kekeliruan.