Impak Proses Pembelajaran Berterusan Kepada Organisasi Sekolah

4.5.1 Impak Proses Pembelajaran Berterusan Kepada Organisasi Sekolah

Berdasarkan dapatan kajian didapati proses pembelajaran berterusan boleh memberikan impak kepada organisasi di sekolah. Antara tema-tema yang muncul iaitu melakukan kerja saintifik meningkatkan kompetensi guru, proses pembelajaran berterusan berimpak kepada organisasi, dan impak aktiviti pembelajaran program latihan MGMP kepada pembangunan kendiri guru.

4.5.1.1 Kerja saintifik meningkatkan kompetensi guru

Analisis temu bual mendapati kerja saintifik boleh meningkatkan kompetensi guru. Responden PM/I-01 mengiktiraf masa kini lebih daripada sesetengah rakan guru mempunyai pengalaman dalam membuat kajian tindakan sehingga kepada pembuatan laporan kajian. Hal ini dijalankan oleh rakan guru yang mahu berubah dan membuat kajian berasaskan pengalaman rakan guru sendiri dalam mengajar. PM/I-01 berkata,

Sehubungan dengan pembangunan studi dan penulisan karya saintifik, bagi rakan yang mahu berubah, boleh menjalankan kajian mengenai sesuatu, terutama yang berkaitan dengan masalah pengalaman mengajar di dalam bilik darjah. Masa kini, lebih dari setengah rakan guru boleh membuat kajian tindakan dan aktif menulis, manakala rakan guru yang jarang hadir dalam program latihan memang sama sekali tidak tahu. Oleh itu, apabila guru aktif dalam aktiviti pembelajaran program latihan MGMP boleh memberikan bekal kemahiran penyelidikan dan penulisan saintifik.

Pandangan berbeza disampaikan oleh responden PM/I-04. Beliau menjelaskan pengetahuan dan kemahiran yang beliau perolehi dalam membuat kajian tindakan bermula pada masa mengikuti program pendidikan dan latihan kajian tindakan dalam talian yang diadakan oleh Agensi Latihan Perguruan Pusat Pembangunan Profesion Pendidik (PPPP) Kemdikbud RI. Pengetahuan dan kemahiran yang beliau perolehi kemudian dijalankan perkongsian kepada rakan- rakan guru sama ada di sekolah mahupun dalam aktiviti pembelajaran program Pandangan berbeza disampaikan oleh responden PM/I-04. Beliau menjelaskan pengetahuan dan kemahiran yang beliau perolehi dalam membuat kajian tindakan bermula pada masa mengikuti program pendidikan dan latihan kajian tindakan dalam talian yang diadakan oleh Agensi Latihan Perguruan Pusat Pembangunan Profesion Pendidik (PPPP) Kemdikbud RI. Pengetahuan dan kemahiran yang beliau perolehi kemudian dijalankan perkongsian kepada rakan- rakan guru sama ada di sekolah mahupun dalam aktiviti pembelajaran program

Berdasarkan pandangan dan pengalaman responden PM/I-01 dan PM/I-04, sehingga perlu dijalankan kerja saintifik dalam bentuk kajian tindakan. Hal ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku kepada pelajar di dalam bilik darjah atau masalah-masalah yang berhubungkait dengan aktiviti penilaian yang dijalankan oleh guru. Pendidik Guru dan Guru Pelatih mempunyai kewajipan untuk berbincang, berkongsi dan berbagi pengalaman menerusi mentoring, dalam membantu rakan guru yang mengalami kesulitan dalam

menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada di sekolah mahupun dalam aktiviti pembelajaran latihan. Justeru itu, untuk meningkatkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran guru dalam aktiviti latihan, diperlukan kesedaran rakan guru untuk terbabit dan sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti program latihan.

4.5.1.2 Proses pembelajaran berterusan berimpak kepada organisasi

Analisis mendapati proses pembelajaran berterusan boleh memberikan impak kepada organisasi di sekolah. Responden PS/I-01 misalnya menjelaskan ketika berkaitan dengan masalah proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru dan masalah pelajar, beliau akan segera memberikan maklum balas. Sementara itu, responden PM/I-01 menyatakan secara am manfaat proses pembelajaran berterusan masih dirasakan oleh rakan guru sahaja. Selama ini, beliau belum melihat kesan proses pembelajaran berterusan kepada kejayaan pelajar. Namun, beliau percaya berasaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru, secara sepintas beliau mengiktiraf berlaku standard perubahan. Oleh itu, standard perubahan boleh berlaku apabila rakan guru betul-betul mahu meningkatkan kompetensi.

Di satu sisi yang lain, responden PM/I-02 menyatakan pelaksanaan proses pembelajaran berterusan memberikan manfaat kepada organisasi sekolah kerana keaktifan guru menyebabkan mereka tidak ambil peduli untuk meningkatkan Di satu sisi yang lain, responden PM/I-02 menyatakan pelaksanaan proses pembelajaran berterusan memberikan manfaat kepada organisasi sekolah kerana keaktifan guru menyebabkan mereka tidak ambil peduli untuk meningkatkan

Jadual 4.14: Pengetua Membantu Proses Pembelajaran Berterusan Guru Fizik

Deskripsi

Bilangan Peratus Pengetua membantu proses pembelajaran berterusan

guru fizik - Ya

30 83.3 - Tidak

1 2.8 - Tidak memberi jawapan

Pengetua bertanggungjawab menyertakan guru untuk mengikuti aktiviti pembelajaran program latihan. Apabila guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran, akan berimpak kepada aktiviti perkongsian pendapat di sekolah diantara rakan guru yang tidak terlibat dalam aktiviti. PM/I-02 meneruskan, akhir-akhir ini rakan-rakan guru ahli MGMP mula berminat untuk aktif dalam program pembelajaran. PM/I-02 berhujah,

MGMP merupakan satu wadah untuk membangunkan profesional dan kompetensi seorang guru. Sebelum ini, mungkin guru beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan dalam MGMP. Sekarang mereka terlibat bahkan banyak guru menawarkan diri untuk ikut MGMP. Jadi ada perubahan sikap guru karena terlibat dalam MGMP.

Pandangan lain disampaikan oleh PM/I-04, proses pembelajaran berterusan juga berimpak kepada persijilan guru. Melalui aktiviti pembelajaran program latihan, guru-guru boleh merancangkan, membuat RPP sendiri, serta membangun model- model pengajaran. PM/I-04 percaya hal inilah yang membuat mereka aktif dan ikut Pandangan lain disampaikan oleh PM/I-04, proses pembelajaran berterusan juga berimpak kepada persijilan guru. Melalui aktiviti pembelajaran program latihan, guru-guru boleh merancangkan, membuat RPP sendiri, serta membangun model- model pengajaran. PM/I-04 percaya hal inilah yang membuat mereka aktif dan ikut

Jadual 4.15: Sokongan, Fasiliti, dan Cadangan

Deskripsi

Bilangan Peratus Sokongan, fasiliti, dan cadangan pembuat polisi

terhadap proses pembelajaran berterusan guru fizik - Ya

33 91.7 - Tidak

1 2.8 - Tidak memberi jawapan

Jadual 4.15 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut tahap sokongan, fasiliti, dan cadangan pembuat polisi kepada pembangunan profesional guru. Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju bahawa pembuat polisi memberi sokongan, fasiliti, dan cadangan kepada pembangunan profesional guru. Seramai 33 orang (91.7 peratus) responden bersetuju bahawa pembuat polisi memberi sokongan, fasiliti, dan cadangan kepada pembangunan profesional guru. Satu orang (2.8 peratus) responden tidak bersetuju bahawa pembuat polisi memberi sokongan, fasiliti, dan cadangan kepada pembangunan profesional guru dan terdapat dua orang (5.5 peratus) responden tidak memberi jawapan.

4.5.1.3 Impak program latihan kepada pembangunan kendiri guru

Analisis mendapati program aktiviti pembelajaran latihan boleh memberikan impak kepada pembangunan kendiri dan peningkatan kompetensi pengetahuan dan kemahiran seseorang guru. Responden PS/I-01 misalnya menyatakan kadang-kadang pandangan rakan guru kanan bahawa kaedah pengajaran yang mereka jalankan selama ini merupakan kaedah terbaik, manakala kenyataan tidak seperti yang dikehendaki. Oleh itu, seseorang guru mesti meningkatkan kompetensinya. Bagaimanapun, kaedah yang mereka jalankan mungkin sahaja itu terbaik pada masanya, namun sekarang sudah jauh tertinggal.

Mengikut responden PM/I-02 dari segi pemanfaatan teori, kemudahan pengetahuan baru mereka dapatkan misalnya kajian kes, ataupun kerana selama ini guru merasa kesulitan dalam menyelesaikan pentadbiran pengajaran. PM/I-02 berkata,

Untuk sebahagian guru, penggunaan istilah sahaja malah sulit mereka fahami. Pengetahuan lain yang guru boleh lakukan adalah mengenai bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana pengurusan bilik darjah.

Pandangan PM/I-02 turut disokong oleh responden PM/I-03. Beliau mengiktiraf dalam aktiviti pembelajaran program latihan MGMP, guru diberikan keyakinan mengenai apa sahaja yang diperoleh perlu ditadbir kerana hal ini merupakan keupayaan guru untuk sentiasa meningkatkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran baru mereka. Justeru itu, berdasarkan pandangan ini sehingga semua aktiviti-aktiviti guru boleh ditadbir.

Akhirnya, dari beberapa pandangan responden di atas menunjukkan pentingnya pembangunan kendiri seorang guru. Menerusi aktiviti pembelajaran program latihan, guru boleh merancang dan membuat RPP serta membangun kaedah pengajaran sendiri. Guru telah mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah. Guru telah diberikan pengertian mengenai pentingnya mentadbir pelbagai bahan ajar sebagai keupayaan dalam peningkatan pengetahuan dan kemahiran baru mereka.