Halangan Guru Fizik Pada Proses Pembelajaran Berterusan

5.3.5 Halangan Guru Fizik Pada Proses Pembelajaran Berterusan

Dalam kajian ini, didapati tiga kes mengenai halangan guru fizik dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi iaitu dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan dan dalam mengamalkan kompetensi di sekolah.

5.3.5.1 Pelaksanaan proses pembelajaran berterusan

Bahagian ini membincangan dapatan kajian mengenai halangan dalam pelaksanaan proses pembelajaran berterusan. Kajian ini telah mengenal pasti lima halangan dalam proses pembelajaran berterusan iaitu halangan dalam aktiviti pembelajaran kendiri, halangan dalam aktiviti berkongsi pendapat, halangan dalam aktiviti pembangunan dan penambahbaikan, halangan dalam aktiviti inkuiri dan halangan dalam aktiviti latihan.

(i) Halangan dalam aktiviti pembelajaran kendiri

Dalam kajian ini didapati tiga halangan guru dalam menjalankan aktiviti pembelajaran arahan kendiri, antaranya iaitu terhad masa kerana banyak aktiviti lain perlu dijalankan dan masa di rumah lebih banyak untuk keluarga, beban kerja di sekolah sangat banyak sehingga sukar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengulangi lebih daripada tiga kali dalam seminggu dan kekurangan guru fizik menyebabkan aktiviti pengajaran dijalankan lebih daripada tiga kali dalam seminggu. Ketiga-tiga faktor ini dikenal pasti sebagai halangan yang bersumber daripada peribadi, polisi, dan institusi. Halangan ini selaras dengan pernyataan bahawa ramai guru di Indonesia hampir tidak boleh dikategorikan sebagai guru profesional kerana Dalam kajian ini didapati tiga halangan guru dalam menjalankan aktiviti pembelajaran arahan kendiri, antaranya iaitu terhad masa kerana banyak aktiviti lain perlu dijalankan dan masa di rumah lebih banyak untuk keluarga, beban kerja di sekolah sangat banyak sehingga sukar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengulangi lebih daripada tiga kali dalam seminggu dan kekurangan guru fizik menyebabkan aktiviti pengajaran dijalankan lebih daripada tiga kali dalam seminggu. Ketiga-tiga faktor ini dikenal pasti sebagai halangan yang bersumber daripada peribadi, polisi, dan institusi. Halangan ini selaras dengan pernyataan bahawa ramai guru di Indonesia hampir tidak boleh dikategorikan sebagai guru profesional kerana

(ii) Halangan dalam aktiviti berkongsi pendapat

Kajian mendapati dua kes berhubungkait dengan halangan dalam menjalankan aktiviti berkongsi pendapat iaitu pengaturan semula jadual pengajaran dan terhad masa kerana banyak aktiviti lain. Didapati bahawa untuk menjayakan aktiviti pembelajaran lesson study di sekolah, sehingga perlu dijalankan pengaturan semula jadual pengajaran. Pada pandangan penyelidik, jadual pengajaran untuk sesama guru fizik semestinya dibuat selang seli tidak bertepatan, sehingga ada masa yang lowong bagi memerhati dan menilai rakan. Didapati pula bahawa akibat kesibukan daripada masing-masing guru dalam bilik darjah dengan beban mengajar seramai 24 jam setiap minggu (bilangan jawam wajib bagi guru di Indonesia), menyebabkan penyeliaan daripada rakan sekerja menerusi lesson study mahupun mentoring menjadi sukar untuk diwujudkan dan hanya boleh dijalankan pada masa rehat sahaja. Oleh itu, keberjayaan aktiviti pembelajaran berterusan menerusi perkongsian pendapat pada konteks Indonesia sukar diwujudkan apabila beban pengajaran guru sangat padat.

(iii) Halangan dalam aktiviti pembangunan penambahbaikan

Kajian mendapati lima faktor yang menjadi halangan responden dalam menjalankan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan di sekolah, antaranya seperti (1) Penggubal polisi di sekolah tidak pernah memberlakukan perkara ini, sehingga guru tidak tahu apakah penilaian terhadap semua guru sudah baik. (2) Ramai rakan sesama guru fizik di sekolah yang memiliki lebih banyak pengalaman dan lebih berkompeten dipilih masuk ke dalam pasukan pembangunan dan penambahbaikan di sekolah. (3) Aktiviti pembangunan dan penambahbaikan hanya berlaku bagi guru penolong kanan, (4) Belum ada kerja-kerja berpasukan rumpun mata pelajaran fizik di sekolah. (5) Kurangnya fasiliti dan Pendidik Guru yang menyokong aktiviti ini.

(iv) Halangan dalam aktiviti inkuiri (kajian tindakan)

Dalam kajian ini, dikenal pasti beberapa halangan guru fizik dalam melakukan kajian tindakan, seperti pengalaman dan pengetahuan mereka dalam penyusunan laporan masih minima kerana baru pertama kali melakukannya, kurangnya rujukan yang menyokong dan menunjang penyusunan laporan, manakala hanya segelintir guru yang mengerti tentang kajian tindakan, masih kaku dalam melakukan penyusunan laporan terutamanya dalam merangkaikan ayat demi ayat, dan menggunakan masa yang lama dalam mencari rujukan dan menyusun laporan.

Keupayaan guru untuk melaksanakan kajian tindakan cukup bererti, walaupun cenderung menggunakan pendekatan/kaedah/model pengajaran dan pembelajaran dan struktur beserta cara penulisan laporan yang sama. Secara kualiti, kajian tindakan yang dilakukan guru masih perlu penerokaan yang lebih berkesan dan mendalam, terutamanya mengenai kedalaman isu dan masalah pada amalan pengajaran dan pembelajaran daripada satu topik bahan ajar, kualiti sumber rujukan yang digunakan, dan kedalaman analisis dalam menggunakan reka bentuk kajian gabungan. Di samping itu, perlu melaraskan situasi dan kondisi serta lokasi kajian bagi sesuatu pendekatan/kaedah/model yang akan digunakan. Kajian pakar di Indonesia mendapati bahawa aktiviti kajian tindakan guru dijalankankan bagi kenaikan pangkat menerusi kutipan skor kredit sahaja, manakala sistem ini diharapkan boleh mendorong prestasi guru yang baik dengan aspirasi profesional yang tinggi (Nielsen, 2003).

Sebagai akibat daripada kepentingan pelaksanaan aktiviti pembelajaran kajian tindakan bagi guru, sehingga pembuat polisi pendidikan Indonesia dan Agensi/Institusi Latihan Perguruan memasukkannya sebagai bahan ajar dalam program latihan MGMP Bermutu. Kajian mendapati bahawa dari 20 ahli MGMP Sains, terdapat lapan orang guru (40 peratus) telah menyelesaikan penyusunan draft proposal kajian tindakan, manakala hanya ada lima orang guru sains sahaja (25 peratus) yang telah menyelesaikan sehingga kepada tahap laporan kajian. Hal ini menandakan sekitar 25 hingga 40 peratus sahaja guru sains/fizik yang aktif menjalankan aktiviti pembelajaran kajian tindakan.

(v) Halangan dalam aktiviti latihan

Kajian mendapati pelbagai halangan guru dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan mengikut laporan Institusi Latihan Perguruan MGMP Bermutu antaranya iaitu (1) masih ada guru yang kurang bermotivasi untuk menyusun RPS, RPP dan kaedah pengajaran PAIKEM, (2) kesukaran setiausaha bagi menetapkan kehadiran para peserta untuk aktif dalam program latihan secara maksima dengan alasan tempat pelaksanaanya terlalu jauh, (3) kos operasi MGMP sangat terhad, (4) ramai guru belum mampu mengoperasikan komputer, sehingga tugasan-tugasan yang diharapkan tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya, dan (5) belum ada sinergi antara aktiviti MGMP dengan sekolah asal, kerana masa

pelaksanaan MGMP dengan jadual pengajaran tidak disesuaikan. Dapatan kajian ini selaras dengan temuan daripada Human Development East Asia and Pasific Region mengenai pelaksanaan MGMP di Indonesia (HDEAPR, 2010b) dan temuan Balibang Kemdiknas RI pada bengkel MGMP di Kabupaten Pidie, Provinsi Aceh (Yufridawati, 2010).

Berasaskan analisis yang dijalankan, penyelidik mendapati 10 halangan guru dalam pelaksanaan program latihan iaitu, (1) Terhad masa kerana pelaksanaan aktiviti pada masa usai sekolah, sehingga guru dalam kondisi letih. (2) Pengambilan guru pelatih atau Pendidik Guru sememangnya yang lebih berkompeten, sehingga boleh memberikan penyegaran kepada guru. (3) Bilangan pelajar dalam satu bilik darjah yang ramai, sehingga sulit untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. (4) Guru kurang bermotivasi untuk menjalankan aktiviti penyusunan RPS, RPP dan kaedah pengajaran berasaskan PAIKEM. (5) Kehadiran para guru masih kurang kerana tempat pelaksanaan terlalu jauh dan belum ada sinergi antara masa pelaksanaan aktiviti program dengan jadual pengajaran dan pembelajaran di sekolah. (6) Kos operasi pelaksanaan aktiviti latihan MGMP terhad. (7) Ramai guru belum mampu mengoperasikan komputer, sehingga tugasan-tugasan yang diharapkan tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya. (8) Pengambilan peserta terhad di mana guru yang diutus sekolah adalah guru berpengalaman sahaja, manakala sememangnya pengambilan peserta berselang seli. (9) Pola aktiviti masih bersifat birokrasi dari atas ke bawah. (10) Kaedah pembelajaran satu hala sehingga tidak menunjukkan inisiatif daripada guru itu sendiri. Dapatan ini pada dasarnya Berasaskan analisis yang dijalankan, penyelidik mendapati 10 halangan guru dalam pelaksanaan program latihan iaitu, (1) Terhad masa kerana pelaksanaan aktiviti pada masa usai sekolah, sehingga guru dalam kondisi letih. (2) Pengambilan guru pelatih atau Pendidik Guru sememangnya yang lebih berkompeten, sehingga boleh memberikan penyegaran kepada guru. (3) Bilangan pelajar dalam satu bilik darjah yang ramai, sehingga sulit untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. (4) Guru kurang bermotivasi untuk menjalankan aktiviti penyusunan RPS, RPP dan kaedah pengajaran berasaskan PAIKEM. (5) Kehadiran para guru masih kurang kerana tempat pelaksanaan terlalu jauh dan belum ada sinergi antara masa pelaksanaan aktiviti program dengan jadual pengajaran dan pembelajaran di sekolah. (6) Kos operasi pelaksanaan aktiviti latihan MGMP terhad. (7) Ramai guru belum mampu mengoperasikan komputer, sehingga tugasan-tugasan yang diharapkan tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya. (8) Pengambilan peserta terhad di mana guru yang diutus sekolah adalah guru berpengalaman sahaja, manakala sememangnya pengambilan peserta berselang seli. (9) Pola aktiviti masih bersifat birokrasi dari atas ke bawah. (10) Kaedah pembelajaran satu hala sehingga tidak menunjukkan inisiatif daripada guru itu sendiri. Dapatan ini pada dasarnya

Selain dari 10 halangan di atas, penyelidik telah mendapati halangan dalam pelaksanaan aktiviti latihan program MGMP iaitu pelaksanaan aktiviti pembelajaran program latihan sepertimana mesyuarat birokrasi sebenar yang berlaku sejak dahulu di Indonesia (van den Berg, 1992; Nielsen, 2003; Thair & Treagust, 2003; Adey et al., 2004; Bjork, 2005). Majoriti guru pasif mendengarkan syarahan daripada pembentang (iaitu pengetua, dua Nazir Sekolah, Guru Pelatih dan Pendidik Guru) menyebabkan kreativiti guru tidak dihargai. Penggunaan masa dalam pembentangan program pembelajaran hanya 45 minit sahaja, manakala syarahan daripada lima pembentang menggunakan masa empat jam. Hal ini membuktikan proses pembelajaran guru dalam program latihan bertumpu kepada hal yang bersifat seremonial sahaja, tidak menghala kepada pola peningkatan sebenar daripada kompetensi.

Kajian lain mendapati bahawa tujuan daripada program latihan guru secara am di Indonesia adalah untuk memenuhi kelayakan guru, kerana kualiti guru boleh ditunjukkan melalui kelayakan (Nielsen, 2003). Namun, menghadiri latihan guru demi meningkatkan kelayakan boleh menyebabkan tujuan peningkatan kualiti tidak sesuai yang dijangkakan. Peningkatan kelayakan guru, latihan in-service yang lebih luas, dan UU baru PNS untuk pembangunan kerjaya guru, amnya tidak memberikan pengaruh yang signifikan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran akibat susunan birokrasi, di mana tidak menumpukan keutamaan tertinggi kepada kualiti pendidikan. Banyak program latihan guru telah dilaksanakan di sekolah Indonesia tidak berkesan dalam meningkatkan kualiti guru. Hal ini dianggap sebagai akibat dari faktor birokrasi, pembiayaan, jadual guru, ketidakmampuan Guru Pelatih/Pendidik Guru, dan bahan ajar yang kurang relevan (Thair & Treagust, 2003; Nielsen, 2003).

Kerajaan Indonesia telah berusaha untuk meningkatkan pendidikan dan latihan guru yang direka bentuk dan sentiasa berorientasikan kepada pencapaian matlamat sebenar daripada peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Namun, ramai guru yang tidak aktif dan tidak ikut menyertai program latihan (Hendayana, Asep, & Imansyah, 2010). Selepas latihan, sebahagian besar guru tidak berkongsi pendapat Kerajaan Indonesia telah berusaha untuk meningkatkan pendidikan dan latihan guru yang direka bentuk dan sentiasa berorientasikan kepada pencapaian matlamat sebenar daripada peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Namun, ramai guru yang tidak aktif dan tidak ikut menyertai program latihan (Hendayana, Asep, & Imansyah, 2010). Selepas latihan, sebahagian besar guru tidak berkongsi pendapat

Kelemahan aktiviti pembelajaran program latihan adalah tidak dapat memenuhi keperluan individu, dalam erti kata lain bahawa aktiviti latihan tidak sesuai dengan kumpulan guru yang mempunyai kepelbagaian keperluan dalam pencapaian kemahiran dan kepakaran. Aktiviti pembelajaran program latihan memerlukan ruang yang sesuai, berterusan, latihan juga perlu diperluaskan untuk memberikan maklum balas dan penyeliaan yang tepat bagi menghasilkan idea-idea baru untuk dilaksanakan dengan jayanya. Guru sememangnya mempunyai motivasi, kepercayaan dan kemahiran selepas menjalankan aktiviti latihan, terutamanya pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, sokongan kerjasama sekolah secara berterusan dan perundingan susulan dengan pakar-pakar (Borko, 2004). Sebarang aktiviti ini diperlukan bagi mengatasi halangan seperti kekurangan masa untuk penyediaan dan arahan, bahan-bahan dan sumber manusia terhad, beserta kekurangan sokongan susulan daripada pakar proses pembelajaran berterusan. Justeru itu, pencapaian tujuan program latihan adalah kualiti guru dan kualiti pengajaran dan pembelajaran, bukannya kuantiti, menekankan formaliti, dan lebih sibuk dengan perkara-perkara yang bersifat pentadbiran sahaja (Nielsen, 2003; Thair & Treagust, 2003; van der Werf et al., 2000).

5.3.5.2 Mengamalkan kompetensi di sekolah

Kajian ini mendapati empat halangan guru dalam menerapkan perolehan kompetensi selepas proses pembelajaran berterusan seperti halangan daripada buku pelajaran dan LKS di sekolah, halangan dalam menggunakan makmal fizik, halangan dalam menggunakan ABM berasaskan ICT, dan halangan daripada pelajar itu

sendiri. Kajian yang dijalankan oleh pakar mendapati bahawa guru kerap tidak berpuas hati kerana kebanyakan proses pembelajaran berterusan yang mereka terima adalah tidak mencukupi (Borko, 2004; Chappius, Chappius, & Stiggins, 2009). Terutamanya oleh kerana guru menjumpai pelbagai halangan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka.

(i) Halangan daripada buku pelajaran dan LKS

Buku pelajaran dan LKS menjadi satu halangan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran (Adisendjaja & Romlah, 2007; Sriyati, 2009). Halangan ini disebabkan kerana pelajar lupa membawa, rosak, ataupun hilang, serta kandungan bahan ajar yang terhad. Pelajar mempunyai buku yang di beli dengan menggunakan kos BOS, namun kadang kala mereka tidak membawanya ke sekolah, atau dengan alasan hilang atau lupa. Akibatnya, boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan normal. Di satu sisi lain, kandungan isi daripada buku BOS tersebut sangat terhad, kandungan isi pengkayaan dan kandungan isi latihan sangat terhad. Justeru itu, sebagai alternatif, guru munggunakan buku-buku daripada sumber lain. Namun, biasanya sukar sekali pengadaannya, manakala guru tidak diberi kesempatan untuk mengusahakan buku bagi pelajar mereka. Dalam kes ini, guru tidak menemukan penyelesaian ke atas masalah-masalah yang mereka kemukakan.

(ii) Halangan daripada makmal fizik

Analisis mendapati bahawa makmal sains merupakan salah satu halangan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa halangan guru dalam menggunakan makmal sains-fizik antaranya iaitu alatnya sudah lama, banyak yang rosak atau hilang, gedung makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, tiada gedung Analisis mendapati bahawa makmal sains merupakan salah satu halangan guru fizik dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa halangan guru dalam menggunakan makmal sains-fizik antaranya iaitu alatnya sudah lama, banyak yang rosak atau hilang, gedung makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, tiada gedung

Sebagai solusi daripada halangan dalam mengaplikasikan perolehan kompetensi yang bersumber daripada makmal pada pandangan penyelidik adalah; (1) Perlu adanya sokongan sama ada daripada kalangan kerajaan, kalangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ataupun kalangan swasta mengenai pengadaan bangunan, peralatan, dan fasiliti makmal di sekolah. (2) Kerajaan perlu melantik dan mengangkat kaki tangan sebagai pembantu makmal sehingganya peralatan dan kondisi bilik makmal sentiasa dijaga dan dilestarikan. (3) Guru fizik perlu diikutkan pada satu program latihan atau bengkel khas mengenai penggunaan peralatan makmal, sehinggalah mereka mahir menggunakan sesuatu peralatan makmal.

(iii) Halangan daripada ABM berasaskan ICT

Analisis mendapati bahawa ABM berasaskan ICT merupakan halangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana bilangannya terhad, belum tahu cara mengoperasikan, tiada saluran elektrik dalam bilik darjah, dan proses penggunaan mesti memperolehi kebenaran daripada pengetua. Dapatan ini disokong oleh tinjauan yang dijalankan oleh Mahsunah et al. (2012) di mana menunjukkan ramai guru di Indonesia yang tidak menguasai penggunaan ICT. Selain itu, disokong pula oleh kajian Sumintono et al. (2012) mengenai beberapa masalah penggunaan ICT bermula daripada perkara teknikal (elektrik, fasiliti hardware, virus komputer) atau yang berhubungkait dengan kemahiran dan isu-isu pengurusan seperti latihan, penyusunan dan penggunaan secara berkesan.

Sebagai solusi halangan daripada ABM berasaskan ICT mengikut pandangan penyelidik adalah; (1) Kerajaan, Pengetua, dan PIBG perlu untuk merancangkan program pengadaan ABM seperti LCD-projektor di setiap bilik darjah, sehinggalah semua guru boleh menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (2) Perlu satu program latihan khas bagi guru mengenai teknikal penggunaan ABM dan pengetahuan mengenai sesuatu perisian seperti Microsoft office PowerPoint atau Sebagai solusi halangan daripada ABM berasaskan ICT mengikut pandangan penyelidik adalah; (1) Kerajaan, Pengetua, dan PIBG perlu untuk merancangkan program pengadaan ABM seperti LCD-projektor di setiap bilik darjah, sehinggalah semua guru boleh menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (2) Perlu satu program latihan khas bagi guru mengenai teknikal penggunaan ABM dan pengetahuan mengenai sesuatu perisian seperti Microsoft office PowerPoint atau

(iv) Halangan yang berkaitan dengan pelajar

Dalam kajian ini penyelidik mendapati empat faktor yang menjadi halangan proses pembelajaran berterusan yang bersumber daripada pelajar iaitu bilangan pelajar dalam bilik darjah, sahsiah pelajar, kemampuan pelajar dan latar belakang pelajar. Bagaimanapun, prestasi pelajar sangat dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang disokong oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan

dan kualiti guru. Langkah-langkah pembelajaran pelajar biasanya merangkumi penunjuk pencapaian dan prestasi pelajar, seperti keputusan penilaian, penilaian portfolio, tanda atau markah, dan markah daripada peperiksaan standard. Selain daripada indikator pengetahuan, sikap dan kemahiran dapat pula dipertimbangkan penilaian konsep diri pelajar, penyelidikan kebiasaan, kehadiran di sekolah, harga kerja rumah selesai, atau perilaku bilik darjah (Guskey, 2000).

Untuk mengatasi halangan yang bersumber dari pelajar seperti bilangan pelajar, sahsiah pelajar, kemampuan pelajar dan latar belakang pelajar, pada padangan penyelidik seseorang guru sentiasa menjalankan proses pembelajaran secara berterusan dalam peningkatan kompetensi terutama kompetensi di dalam mengurus bilik darjah dan pelajar. Pada konteks Indonesia, kerajaan telah menetapakan standard bilangan pelajar 32 pelajar di dalam satu bilik darjah. Hal tersebut berasaskan andaian semakin sedikit pelajar dalam satu kumpulan pengajian, maka pembelajaran pelajar dan pengajaran guru semakin berkesan. Namun demikian

andaian ini tidak disokong oleh hasil kajian. Keputusan ditetapkan berdasarkan andaian dan pertimbangan guru semakin membahagikan perhatian yang besar kepada perkembangan pembelajaran setiap individu. Keputusan ini memberi kesan kepada kos pendidikan yang tinggi dan semakin kecilnya peluang pelajar untuk bersekolah

di sekolah yang memberikan perkhidmatan pembelajaran yang baik. Oleh itu, pada pandangan penyelidik, keaktifan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan kerana bilangan pelajar dalam bilik darjah, melainkan karena terpenuhinya

standard proses belajar. Guru sentiasa menerapkan strategi pembelajaran pelajar standard proses belajar. Guru sentiasa menerapkan strategi pembelajaran pelajar