Dakwah Islamiah di Suez

Dakwah Islamiah di Suez

Saya telah melakukan lawatan pendek ke Suez kerana hendak berjumpa Syed Muhammad Al Hafiz At Tijani, sahabat-sahabat dan para guru. Waktu itu, Hakim Mahkamah Syariah, iaitu Syeikh Muhammad Abul Sa’ud tinggal di Suez. Beliau telah melancarkan satu gerakan dakwah di Suez. Para ulamak menghadiri majlis perjumpaan yang diadakan di masjid Al Gharib bagi memperingati dan menasihati manusia di situ. Saya berbual dengan beberapa orang ulamak mengenai dakwah. Di samping itu, saya juga bertemu dengan seorang peguam bela Mahkamah Syari’ah yang bernama Encik Muhammad Al Hadi Athiya dan sahabat beliau yang bernama Muhammad Hasan As-Syed.

Saya menerangkan kepada mereka mengenai perjuangan saya dan mendapat sambutan yang sangat baik dari mereka. Saya pun dijemput ke Suez untuk kali kedua. Saya pun pergi ke Suez untuk kali keduanya dan bertemu dengan mereka berdua

(yakni Muhammad Al Hadi Athiya dan Muhammad Hasan As-Syed). Bersama-sama mereka ada tiga orang lelaki bernama Muhammad Tahir Muneer Affandi, Syeikh Abdul Hafiz dan Syeikh Afifi Asy-Syafi’ie ‘Atwah. Hasil daripada pertemuan ini telah membawa kepada tertubuhnya sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin di Arba’in. Syeikh Afifi Asy-Syafi’ie telah dipilih menjadi Yang Dipertuanya. Semenjak itu gerakan Islam di Suez semakin maju dan banyak lagi cawangan lain telah dibuka. Sebuah bangunan telah dibina dan ia merupakan pusat Ikhwan Suez. Kini Ikhwanul Muslimin telah membuka cawangan di hampir seluruh bandar bandar di persisiran Laut Merah. Kesernua cawangan-cawangan ini berada di bawah pengawasan Pusat Ikhwanul Muslimin Suez. Sekumpulan orang-orang Islam yang bertakwa dan wara' telah menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin.

Saya tidak lupa satu pengalaman di Suez. Pada malam itu, kami sedang duduk di atas hamparan di rumah Almarhum Hasan Afandi (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan meletakkannya di syurga). Kami sedang mengadakan satu perbincangan ilmiah di dalam suasana malam yang sunyi sepi itu. Perbincangan itu melibatkan beberapa masalah yang sukar dan rumit. Syeikh Abdul Hafiz menghadapi kesukaran untuk memahami maksud sebenar satu ayat Al Quran di dalam surah Shad (38: 35). Ayat itu berkaitan dengan do'a Nabi Sulaiman (a.s.):

Maksudnya: Ia berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepada ku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudah ku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Nabi Sulaiman memohon keampunan Allah dan di samping itu, perasaan bersalah atau berdosa menyelubungi fikirannya. Nabi Sulaiman juga ingin memiliki jajahan takluk yang luas dan ini menunjukkan keyakinan beliau kepada rahmat Allah. Syeikh Abdul Hafiz berasa sukar untuk memahami bagaimana kedua perkara yang bertentangan ini boleh diselaraskan. Jawapan saya kepada masalah itu ialah seperti berikut:

Nabi Sulaiman a.s. telah berkata bahawa semua isteri-isterinya akan mengandung pada sesuatu malam yang tertentu. Mereka akan melahirkan anak-anak yang bertakwa, yang akan membantunya memperluaskan kerajaan dan dakwahnya. Tetapi hanya salah seorang saja dari isteri-isteri itu yang melahirkan anak dan anak itu pula cacat. Kegagalan do'anya tadi menyedarkannya kepada kesilapan yang dia telah lakukan. Dia telah berharap kepada anaknya untuk memperluas dan memperkukuhkan kerajaannya, dan bukannya kepada Allah. Allah mampu memberi sesuatu kerajaan kepada sesiapa saja yang Dia suka. Nabi Sulaiman sedar akan kesilapannya itu. Lantaran itu, dia pun memohon keampunan daripada Allah dan secara terus menerus (direct), meminta Allah memberi kerajaan yang diperlukannya itu. Tindakannya meminta terus dari Allah ini merupakan satu pembersihan dan penolakan terhadap kesilapan yang dilakukannya. Kesemua para hadirin setuju dengan huraian saya itu (atau tafsiran saya itu).

Perbincangan begini berterusan sehingga lewat malam. Ianya berakhir dengan satu pengalaman rohani yang anih dan mengagumkan. Bayu pagi menghembus lembut. Setiap orang dari kami begitu asyik (khusyuk) sekali menghubungi Allah sehingga semuanya rasa sangat terharu. Setengahnya menangis dan ada pula yang Perbincangan begini berterusan sehingga lewat malam. Ianya berakhir dengan satu pengalaman rohani yang anih dan mengagumkan. Bayu pagi menghembus lembut. Setiap orang dari kami begitu asyik (khusyuk) sekali menghubungi Allah sehingga semuanya rasa sangat terharu. Setengahnya menangis dan ada pula yang

Maksudnya: “Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; dan di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu* dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya) ........”

* Maksudnya menunggu apa yang Allah telah janjikan kepadanya.

Saya masih ingat lagi kisah ‘buah henna’. Saya telah menziarahi rumah seorang anggota Ikhwan semasa lawatan saya ke Suez. Saya dapati di atas meja rumahnya ada sebuah buku pengembaraan oleh Fairuz Abadi. Saya pun membukanya lalu terus membaca keratannya. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. begitu suka dengan buah henna.” Saya pun begitu teringin untuk mendapatkan buah henna sebagai mengikuti langkah nabi s.a.w. Bagaimana harus saya mendapatkannya sedangkan saya di negeri dan di rumah orang.

Kemudian kami pun menuju ke Pusat Ikhwan di situ. Saya pun menceritakan kepada mereka. Ketika itu terdengar seorang dari sekumpulan kanak-kanak memanggil nama Syeikh al Hadi ‘Atiah. Lalu beliau pun keluar mendapatkan mereka. Budak itu telah memberi seranting yang penuh dengan buah henna dan berkata: Berikan ini kepada Syeikh itu lalu ditunjukkannya kepada saya. Syeikh al Hadi membawa buah itu sambil berkata: Ini merupakan hadiah dari 40 orang budak itu kepada kamu. Saya berkata sambil tersenyum: Ini bukan saja hadiah 40 orang budak itu bahkan hembusan dari mengingati Rasulullah s.a.w. Kami pun berasa gembira pada hari itu.