Pembukaan masjid

Pembukaan masjid

Dengan izin Allah, sebelum tiba bulan Ramadhan 1348, masjid kami pun siap dibina walaupun terpaksa menghadapi berbagai halangan. Masjid itu dibuka dengan rasminya pada waktu Isyak, 17, Ramadhan, 1348, mengambil sempena malam berlakunya Perang Badar. Malam itu juga merupakan malam Al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Allah berfirman di dalam Al Quran (8:41) Maksudnya:

“Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi sebagai rampasan perang 1 , maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak

yatim, orang orang miskin dan ibnu Sabil 2 , jika kamu beriman kepada Allah dan

kepada apa 4 yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan , iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Al Anfaal : 41)

Menurut Al Quran, hari tersebut dikenali sebagai ‘Yaumul Furqan’, iaitu Hari Al Quran dan juga hari pertemuan untuk semua. Acara perasmian masjid itu berjalan di dalam satu perhimpunan yang besar. Para anggota Ikhwan Islamiah dan Syabrakhirat telah dijemput menghadiri majlis tersebut. Kesemua anggota Ikhwan sepakat di dalam keputusan mereka untuk meminta saya menjadi Imam solah berjemaah pertama di masjid itu. Mereka juga mendesak saya merasmikan masjid itu agar orang-orang yang berniat buruk akan patah semangat. Syeikh Ahmad Al-Sakri, iaitu pemimpin Ikhwan Mahmoodiah telah memeranjatkan semua orang. Dia tampil ke hadapan, memotong tali dan mengisytiharkan pembukaan rasmi masjid tersebut. Dengan cara itu, dia telah menyekat golongan yang tamak dan pentingkan diri dari mengambil kesempatan di dalam majlis itu. Tindakannya itu merupakan pukulan hebat kepada anasir-anasir tadi. Sebenarnya, Syeikh Ahmad layak menerima penghormatan itu. Saya juga memeranjatkan para hadirin dengan menolak Abdul Hamid Askariya ke depan untuk menjadi Imam solah Isyak yang pertama di masjid itu. Dia sesuai menjadi Imam kerana sumbangannya dalam menyempurnakan pembinaan masjid itu. Begitulah caranya kami menyatakan rasa terima kasih kami kepada beliau. Acara perasmian masjid itu berjalan dengan jayanya. Pembinaan masjid itu membawa berkat kepada Ismailiah kerana ia telah menggalakkan pembinaan masjid-masjid lain di bandaraya itu.

Di hujung bandar memerlukan sebuah masjid. Orang-orang lain pun berminat hendak membina masjid seperti yang dilakukan oleh Ikhwan. Sebuah lagi masjid yang diberi nama Masjid Al Haj Yusuff telah siap di bina dan kami dijemput ke hari perasmiannya. Hari itu ialah hari Jumaat. Kami menunaikan solah Jumaat di Masjid Al Haj Yusuff dan solah Isya' pula kami tunaikan di masjid Ikhwan. Dengan demikian, kami telah beruntung dua kali ganda.

1 Yang dimaksudkan dengan rampasan perang (ghanimah) ialah harta yang diperolehi dari orang orang kafir dengan meialui pertempuran sedang yang diperolehi tidak dengan pertempuran dinamakan ‘fai-I’

Pembahagian yang tersebut di dalam ayat ini ialah yang berhubung dengan ghanimah saja. 2 Maksudnya: sepertimana dari ghanimah itu dibahagikan kepada

a. Allah dan Rasul-Nya; b. Kerabat Rasul (Banu Hasyim dan Banu Muthalib); c. Anak yatim; d. Orang miskin; e. Ibnus-Sabil.

Empat perlima dari ghanimah dibahagikan kepada mereka yang ikut bertempur. 3 Yang dimaksudkan dengan ‘apa’ ialah: ayat-ayat AI Quran, Malaikat dan pertolongan.

4 Furqan ialah: pemisah antara yang hak dan yang batil. Yang dimaksudkan dengan ‘hari Al Furqan’ ialah hari jelasnya kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir, iaitu hari bertemunya dua

pasukan di Perang Badar, pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun dua Hijah. Sebahagian mufassirin berpendapat bahawa ayat ini mengisyaratkan kepada hari permulaan turunnya Al Quraanul Karim pada malam 17 Ramadhan.

Hal ini telah membangkitkan rasa ingin menderma (menyumbangkan bantuan) kepada Haji Yusuff dan keluarga Farraj yang terdiri dari kalangan orang-orang yang mulia di Ismailiah dan juga di 'Araisyiyyah untuk membina sebuah lagi masjid di hujung negeri yang memang memerlukannya. Mereka berlumba-lumba dalam pembinaan masjid ini dengan anggota Ikhwan.

Dengan itu sempurnalah pembinaan dua buah masjid dalam hari yang sama. Kami telah dijemput untuk merasmikan pembukaan masjid Haji Yusuf r.a. Mereka meminta kami merasmikan pembukaan masjid itu sebelum pembukaan masjid Ikhwan. Sebagai langkah yang baik berikutan pula hari itu ialah hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk sembahyang Jumaat di masjid Haji Yusuf dan sembahyang Isyak di Masjid Ikhwan. Dengan itu kedua-dua masjid tersebut telah dirasmikan pada hari yang sama.

Begitu juga dengan Al Haj Muhammad Jadullah adalah seorang yang soleh di Ismailiah. Dia sangat terpengaruh dengan kami. Dia telah mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid yang ketiga di kawasannya yang mengambil sempena namanya. Kawasannya itu memang memerlukan sebuah lagi masjid. Maka masjid ketiga pun siap dibina.

Al Haj Mustafa telah pun membina sebuah masjid di 'Uraisyiyyah. Dia berazam hendak memperluaskan masjid yang dibinanya itu. Dia menambah lagi sekeping tanah yang luas dikawasan masjid itu dan menjadikannya lebih selesa lagi. Dengan demikian, Ikhwan telah meneroka pembinaan masjid di Ismailiah.