Gerakan Dakwah di Bahrul Sagheer

Gerakan Dakwah di Bahrul Sagheer

Satu perwakilan dari Bahrul Sagheer di Jamaliah turut serta di dalam salah satu majlis perhimpunan Ikhwan Pelabuhan Sa’id. Di antara mereka itu ialah Mahmood Afandi Abdul Latif, seorang pemuda dari Al Jamaliyah dan Umar Affandi Ghanam, seorang wakil penjual Syarikat Singer di Daqhiliyyah. Kehadiran mereka itu bukanlah satu rancangan yang telah diatur terlebih dahulu. Mereka datang ke situ kerana tertarik dengan majlis perhimpunan Ikhwanul Muslimin. Mereka mendengar segala syarahan yang diberi dan menunggu sehingga majlis itu habis untuk membincangkan tujuan dan matlamat Ikhwanul Muslimin. Dalam masa yang singkat saja, mereka mula menghantar surat demi surat kepada kami dan akhirnya sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin telah dibuka di Bahrul Sagheer. Syeikh Mustafa At- Theer telah dipilih sebagai Yang Dipertua. Beliau adalah siswazah lepasan Al Azhar dan kini sedang mengajar di Pusat Islam Kaherah. Satu lagi cawangan dibuka di rumah Abdul Latif di Jamaliyah. Satu lagi cawangan dibuka di rumah Abdul Latif di Thaweelah yang bernama ‘Jadidatul Manzila’. Justeru itu, dakwah Islamiah telah merebak ke kawasan tersebut.

Ketika hari-hari terakhir saya di Ismailiyah, saya telah pergi ke Bahrul Sagheer melalui Pelabuhan Sa’id untuk melawat cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin di situ. Lawatan tersebut ternyata mendatangkan rahmat. Lawatan itu juga membawa harapan baru kepada orang ramai di situ. Dalam lawatan tersebut, satu peristiwa menarik telah berlaku. Orang orang terkemuka di Al Manzila telah berkumpul untuk menyambut kedatangan saya. Mereka menyambut kedatangan saya dengan senyuman yang sangat bermakna tergambar di wajah mereka. Sebaik saja saya masuk ke dalam Pusat Ikhwan di situ, saya dapati ia penuh sesak dengan para ulamak dan pembesar bandar tersebut. Sejumlah besar masyarakat umum turut hadir di situ. Mereka juga memberi senyuman yang sangat bermakna kepada saya. Senyap-senyap saya bertanya Syeikh Mustafa At-Theer, ‘Apakah makna ini semua?’ Syeikh itu menjawab, ‘Kerana awak berbeza dari apa yang mereka duga. Mereka menyangka Ketika hari-hari terakhir saya di Ismailiyah, saya telah pergi ke Bahrul Sagheer melalui Pelabuhan Sa’id untuk melawat cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin di situ. Lawatan tersebut ternyata mendatangkan rahmat. Lawatan itu juga membawa harapan baru kepada orang ramai di situ. Dalam lawatan tersebut, satu peristiwa menarik telah berlaku. Orang orang terkemuka di Al Manzila telah berkumpul untuk menyambut kedatangan saya. Mereka menyambut kedatangan saya dengan senyuman yang sangat bermakna tergambar di wajah mereka. Sebaik saja saya masuk ke dalam Pusat Ikhwan di situ, saya dapati ia penuh sesak dengan para ulamak dan pembesar bandar tersebut. Sejumlah besar masyarakat umum turut hadir di situ. Mereka juga memberi senyuman yang sangat bermakna kepada saya. Senyap-senyap saya bertanya Syeikh Mustafa At-Theer, ‘Apakah makna ini semua?’ Syeikh itu menjawab, ‘Kerana awak berbeza dari apa yang mereka duga. Mereka menyangka

Saya memberitahunya, ‘Saudara, kejayaan itu berada di tangan Allah. Kekuatan atau pertolongan dari Allah saja. Sebarang ketentuan dari Allah pasti berlaku. Manusia adalah nama kepada dua anggota (jasad) kita. Anggota yang pertama ialah lidah dan anggota yang kedua ialah hati. Hati manusia berada di antara dua ‘jari’ Allah. Saudara Hameed Askariya ada bersama-sama saya.’ Saya menyambung, ‘Kehadirannya adalah satu berkat. Insya Allah, beliau akan mengisi kekosongan dan memperbetulkan keadaan.’

Saya berucap di perhimpunan itu pada waktu petang. Khemah-khemah di situ telah pun padat dengan manusia. Selepas saya berucap, sejumlah orang ramai datang berjumpa saya untuk menyuarakan pendapat mereka secara berterus-terang. Mereka memberitahu saya mereka menyangka saya ini seorang Syeikh (ulamak) tua sebelum ucapan itu bermula. Tetapi kini, mereka telah melihat Syeikh yang sebenar. Semua ini adalah rahmat Allah.

Selepas majlis tadi, saya kerap melawat kawasan itu. Banyak lagi cawangan telah ditubuhkan di berbagai tempat. Cawangan-cawangan ini dipimpin oleh orang- orang Islam yang berakhlak mulia dan gigih. Para anggota Ikhwan terkemuka yang saya temui terdiri dari Dr. Hilmi Al Jiyar, Keluarga Saweelam, keluarga Qadah dan keluarga Alhawari. Mereka semua senang dengan perjuangan dan kegiatan Ikhwanul Muslimin. Mereka terus memberi sokongan kepada kami. Gerakan pertama menentang dakyah Kristian yang di lancarkan oleh Ikhwanul Muslimin bermula di Al Manzila.

Kemudian ia merebak ke Pelabuhan Sa’id dan akhirnya usaha kami itu menjangkau seluruh negara. Kegiatan kami tadi memberi galakan kepada orang-orang Islam lain untuk bertindak. Mereka juga turut membina rumah-rumah anak yatim dan hospital-hospital untuk orang orang Islam yang miskin. Rumah-rumah anak yatim dan hospital-hospital tadi masih ada lagi.