Jamiyyatul Man’i Al-Muharramat (Persatuan Mencegah Perkara Haram)

Jamiyyatul Man’i Al-Muharramat (Persatuan Mencegah Perkara Haram)

Beberapa pemuda nampaknya tidak berpuas hati dengan kegiatan kebajikan yang terhad di sekolah saja. Mereka berpakat untuk meluaskan kegiatan tersebut. Mereka ini ialah Ustaz Muhammad Ali Budayyar (seorang guru di Jabatan Pelajaran), Ustaz Abdul Rahman Sa’ati (Pegawai Jabatan Keretapi) dan Ustaz Sa’id Budayyar (jurutera). Dalam satu mesyuarat, mereka bersepakat untuk menubuhkan satu persatuan Islam yang bernama Jam’iyyatul Man’i Muharrammat’. Yuran keahliannya ialah 5 hingga 10 Milyam seminggu. Tugas-tugas persatuan pun dibahagi-bahagikan di kalangan ahli-ahli persatuan. Sebahagian dari mereka ditugaskan untuk menyediakan perkataan dan khutbah-khutbah. Sementara yang lain pula ditugaskan untuk menulis khutbah-khutbah itu dengan jelas dan terang (edit). Selain itu mereka juga ditugaskan untuk mencetaknya dan selebihnya ditugaskan untuk mengedar pada yang lain. Seorang ahli lagi bertugas dalam kerja-kerja penerbitan. Ahli-ahli yang bakinya bertugas menghantar surat-surat yang telah siap disusun. Surat-surat ini dihantar kepada orang-orang yang pihak persatuan dapati telah terlibat dalam kegiatan maksiat atau pun melakukan ibadat dengan tidak sempurna lebih-lebih lagi solah.

Apabila ada ahli yang melihat orang tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan, dia akan memberitahu pihak persatuan dan akan menghantar sepucuk surat mengingatinya tentang kesalahan itu. Begitu juga bagi mereka yang Apabila ada ahli yang melihat orang tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan, dia akan memberitahu pihak persatuan dan akan menghantar sepucuk surat mengingatinya tentang kesalahan itu. Begitu juga bagi mereka yang

Ahli-ahli persatuan adalah muda-muda belaka, oleh itu mereka dapat mengelakkan diri dari disyaki atau dikesan. Orang ramai pun tidak mengambil hirau terhadap mereka. Bahkan orang ramai menyangka kegiatan ini dijalankan oleh Syeikh Muhammad Zahran. Mereka pun pergi menemuinya dan menyatakan betapa tersinggungnya mereka. Mereka meminta Syeikh Zahran menasihati mereka secara lisan dan bukannya melalui surat. Walaubagaimanapun Syeikh tersebut menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan itu dan dia cuba memberi alasan yang memuaskan hati mereka.

Mereka hamper-hampir tidak mempercayainya apabila pada satu hari Syeikh Muhammad Zahran sendiri menerima sepucuk surat dari persatuan tersebut. Beliau dikatakan menunaikan solah zohor antara dua tiang dan amalan ini dianggap makruh. Oleh sebab beliau seorang ulama’ terkenal, maka dia sepatutnya menjauhkan amalan makruh agar orang ramai dapat menjauhi perkara perkara yang haram.

Saya masih ingat lagi di mana Syeikh Zahran telah memanggil saya ketika itu. Saya masih lagi berhubung dengannya dalam pengajian umum walaupun saya telah pun meninggalkan sekolah atau perpustakaannya, untuk sama-sama menyelesaikan masalah tadi. Beliau mengesyorkan agar saya dapat bekerjasama mencari jawapan kepada masalah tadi di dalam kitab ‘Fathul Bari’. Tajuk perbahasan ini masih segar lagi dalam ingatan saya hingga kini. Saya pun membaca rangkap-rangkap dari kitab ‘Fathul Bari’ sambil tersenyum. Sementara itu Syeikh tersebut terus bertanya saya mengenai orang yang menghantar surat teguran kepada beliau. Selepas bertungkus- lumus membaca kitab tersebut akhirnya didapati bahawa nasihat yang diberi dalam surat teguran tersebut adalah betul. Saya kemudian memberitahu hal ini kepada para anggota persatuan dan mereka sangat sukacita mendengarnya.

Persatuan tersebut meneruskan kegiatan mereka selama lebih dari enam bulan. Orang ramai berasa terkejut dan takut dengan kegiatan ini. Akhirnya, rahsia kegiatan persatuan itu telah terdedah melalui seorang pemilik kedai kopi. Dia telah menjemput seorang penari dan penyanyi ke kedai kopinya untuk mengadakan tarian dan nyanyian. Lantaran itu, dia menerima surat dari persatuan. Surat-surat ini tidak dihantar melalui pos untuk menjimatkan wang. Surat-surat begini diletakkan di tempat tempat yang mudah dilihat dan diambil orang yang berkenaan.

Pemilik kedai kopi itu ialah seorang Muallim. Dia sangat bijak kerana berjaya menangkap pembawa surat tersebut. Pembawa surat itu dicela di hadapan khalayak ramai dalam kedai kopi itu. Dengan demikian, terbongkarlah rahsia kegiatan persatuan tersebut. Berikutan peristiwa itu, para anggota persatuan tadi mengambil keputusan mengurangkan kegiatan mereka yang berbentuk surat menyurat itu. Mereka Pemilik kedai kopi itu ialah seorang Muallim. Dia sangat bijak kerana berjaya menangkap pembawa surat tersebut. Pembawa surat itu dicela di hadapan khalayak ramai dalam kedai kopi itu. Dengan demikian, terbongkarlah rahsia kegiatan persatuan tersebut. Berikutan peristiwa itu, para anggota persatuan tadi mengambil keputusan mengurangkan kegiatan mereka yang berbentuk surat menyurat itu. Mereka