Kenangan di Darul Ulum
Kenangan di Darul Ulum
Kini saya berada di tahun akhir. Saya sedang tekun belalar untuk menduduki peperiksaan diploma. Tidak lama lagi saya akan meninggalkan pusat pengajian ini. Satu perasaan ganjil telah timbul di dalam hati saya lantaran cinta saya kepada Darul Ulum. Perasaan saya terganggu dengan rasa kasih sayang kepada rakan-rakan kadang saya berdiri di antara Masjid Muneerah dan Darul Ulum atau di sudut bilik darjah dan merenung Darul Ulum dan para penghuninya dalam perasaan dukacita sambil berfikir. Memang benar sabda baginda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Sesiapa pun yang kamu kasihi, kamu akan meninggalkannya (satu hari nanti).”
Saya tidak dapat melupakan kenangan manis bersama guru saya, Badir Bik. Saya tidak boleh lupa jasanya kepada kami. Pihak Darul Ulum telah mengarahnya mengajar Sastera Arab dan Karangan. Ketika itu kami dalam Tahun 3. Dia masuk ke dalam kelas kami muka yang sedih sambil berkata, ‘Adakah awak tahu, awak semua sedang menghadapi satu peristiwa yang sangat menyedihkan,’ Kami bertanya, ‘Apakah peristiwa sedih itu?’ Dia pun menjelaskan, ‘Saya telah ditugaskan mengajar Sastera Arab dan Karangan bagi Tahun 3 – lebih-lebih lagi Sastera Arab di zaman Abbasiah yang merupakan sebahagian dari sejarah Sastera Arab. Saya tidak tahu pun mengenai mata pelajaran ini. Saya akan memberitahu nama guru yang bijak di dalam mata pelajaran ini. Beliau ialah Syeikh Najati. Pergilah berjumpa dengannya. Mintalah pihak Darul Ulum meringankan saya dari bebanan ini dan menyerahkan tugas ini ada Syeikh Najati. Percayalah, saya sedang memberi nasihat yang benar. Nasihat yang benar mestilah diikuti.’
Kemudian kami pun mula berkelakar dengan Syeikh Badir bagaimana yang biasa dilakukan oleh para penuntut kepada guru mereka. Tetapi dia menjawab, ‘Jangan cuba menipu saya mengenai saya sendiri. Saya lebih tahu mengenai diri saya sendiri. Saya fahami tujuan awak semua. Saya inginkan kebaikan untuk awak semua.’
Selepas mendengar nasihatnya itu, kami pun pergi berjumpa Pengetua dan mengemukakan cadangan kami. Pengetua menerima cadangan kami dengan senang hati.
Banyak manafaat yang kami dapat dari guru kami, Syeikh Najati. Kami mengucap terima kasih kepada Syeikh Badir keraana nasihat dan bantuannya itu. Semoga Allah merahmati beliau.
Saya tidak boleh melupakan kediaman guru kami, Farid Bik Wajdi. Saya adalah pembaca ‘Majallah Al-Hayat’. Saya juga telah membaca beberapa buku Farid Wajdi mengenai Islam dan kebudayaan Islam. Saya juga adalah salah seorang peminat karyanya, ‘Daariatul Maarif Al-Islamiyah’. Saya menziarahi rumahnya sebaik saja saya telah menetap di Kaherah. Bapa saya mempunyai hubungan rapat dengan Farid Wajdi. Rumah Farid Wajdi menjadi tumpuan para ulamak dan cendekiawan Islam. Manusia dari berbagai peringkat berkumpul di rumahnya selepas solah Asar dan berbincang mengenai berbagai perkara. Selepas itu mereka berjalan- jalan makan angin dan bersiar-siar. Saya juga melibatkan diri di dalam perbincangan ilmiah para ulamak ini dengan penuh minat. Pernah sekali saya berselisih pendapat dengan Farid Bik Wajdi mengenai satu perkara. Sahabatnya, Ahmad Bik Abu Sateet telah menyebelahinya. Perkara ini berkaitan dengan ‘Syakhsiah Roh-roh’. Farid Bik Wajdi berpendapat bahawa roh-roh yang menghadirkan diri mereka itu adalah roh-roh orang-orang yang mati. Tetapi pendapat saya berbeza dari pendapatnya. Kami berbincang mengenai masalah ini dengan panjang lebar. Akhirnya, kami mengakhiri perbincangan kami tanpa mencapai sebarang persetujuan kerana seorang pun tidak berganjak dari pendiriannya. Saya mendapat banyak faedah dari perjumpaan- perjumpaan itu.
Berikut ialah senarai kegiatan kegiatan saya di bandaraya Kaherah:
1) Penglibatan di dalam perjumpaan perjumpaan Syeikh Hasafi (Ketua Tariqat Hasafiah) atau Ali Afandi Ghalib;
2) Lawatan-lawatan ke perpustakaan Salafiyah;
3) Perjumpaan-perjumpaan dengan Syed Muhibuddin Al-Khateeb;
4) Lawatan-lawatan ke Darul Manar dan Rasyeed Ridha;
5) Lawatan-lawatan ke rumah Syeikh Dajwi;
6) Penglibatan di dalam perbincangan-perbincangan ilmiah di rumah Farid Bik Wajdi;
7) Kadangkala berada di sekitar Darul Kutub;
8) Kadangkala berada di Masjid Syaikhoon.