Contoh akhlak anggota Ikhwanul Muslimin

Contoh akhlak anggota Ikhwanul Muslimin

Para anggota Ikhwan mengamalkan peraturan Islam di dalam kehidupan harian mereka. Mereka berjiwa dan berakhlak Islam ketika berhubungan sesama sahabat atau pun dengan orang lain. Keadaan mereka ini merupakan contoh ketakwaan dan kemuliaan

Encik Masue Solent bertugas sebagai Ketua Jurutera Syarikat Terusan Suez. Satu hari dia memanggil seorang anggota Ikhwan yang bernama Hafiz untuk memperbaiki beberapa alat pertukangan kayu di rumahnya. Encik Solent bertanya mengenai upah kerja itu dan Hafiz meminta 130 Qursh. Encik Solent pun segera menjawab, ‘Awak seorang perompak’.

Hafiz dapat mengawal dirinya dari marah. Dengan penuh kesabaran, dia pun bertanya, ‘Bagaimana saya boleh jadi perompak?’ Berkata pula Encik Solent, ‘Awak meminta upah yang lebih dari yang berhak awak terima.’ Hafiz menjawab, ‘Saya tidak akan mengenakan apa-apa bayaran langsung pada kamu. Saya akan melakukan kerja itu dengan percuma jika salah seorang dari jurutera awak mengatakan saya meminta upah yang lebih. Jika jurutera awak itu mengatakan upah yang saya minta itu berpatutan, maka saya akan menebuskan maruah saya yang telah dicemari oleh kata-kata awak tadi.’

Encik Solent memanggil salah seorang juruteranya dan bertanya mengenai upah kerja tadi. Selepas melakukan kiraan, dia menetapkan upah kerja itu pada kadar dua ratus Qursh. Kemudian Encik Solent pun meminta Hafiz memulakan kerja. Tetapi Hafiz menjawab, ‘Saya akan melakukan kerja itu setelah awak meminta maaf di atas kebiadapan dan tuduhan awak terhadap saya. Saya mahu awak menarik balik kata- kata awak itu.’ Encik Solent pun naik radang dan berkata, ‘Siapakah awak sehingga sanggup menyuruh saya meminta maaf. Kepada Raja Fuad pun saya tidak akan meminta maaf jika dia ada di sini.’ Hafiz menjawab dengan kata-kata yang lembut, ‘Encik Solent, kini awak telah melakukan kesalahan kedua. Awak berada di dalam negara Raja Fuad. Awak sepatutnya tahu adab dan resam negara tuan rumah. Tidak patut sekali awak mengeluarkan kata-kata yang menghina seperti itu. Saya tidak akan membenarkan awak bercakap mengenai Raja Fuad dengan cara yang biadap seperti itu.’

Encik Solent mengalihkan pandangannya dari Hafiz dan mula berjalan mundar-mandir di dalam dewan yang luas itu sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Hafiz meletakkan alat perkakasnya di lantai dewan dan terus duduk di atas sebuah kerusi. Suasana di dewan itu sunyi senyap seketika. Yang kedengaran Encik Solent mengalihkan pandangannya dari Hafiz dan mula berjalan mundar-mandir di dalam dewan yang luas itu sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Hafiz meletakkan alat perkakasnya di lantai dewan dan terus duduk di atas sebuah kerusi. Suasana di dewan itu sunyi senyap seketika. Yang kedengaran

Hafiz menjawab, ‘Perkara ini senang saja. Mula mula saya akan menulis kepada konsul dan duta awak. Kemudian saya akan memberitahu pihak atasan Syarikat Terusan Suez di Paris. Selepas itu saya akan menulis surat kepada ketua- ketua pengarang akhbar tempatan dan luar negeri. Di samping itu, setiap kali seorang ahli Majlis datang ke sini, saya akan menemuinya dan membuat pengaduan. Jika saya gagal di dalam usaha-usaha tadi, saya akan mencela awak di hadapan umum. Dengan cara ini saya mendapat dua keuntungan dan saya berazam penuh untuk melakukannya. Jangan menyangka saya akan mengadu kepada kerajaan Mesir kerana awak telah melemahkan kekuasaannya melalui pengaruh awak. Saya tidak akan berasa senang selagi maruah saya tidak ditebus.’

Encik Solent berkata, ‘Rasanya saya kini sedang bercakap dengan seorang pegawai tinggi dan bukannya seorang tukang kayu. Tidakkah awak sedar awak sedang bercakap dengan Ketua Jurutera Syarikat Terusan Suez? Bagaimana awak boleh terfikir saya akan meminta maaf kepada awak?’

Hafiz menjawab, ‘Tidakkah awak sedar Syarikat Terusan Suez berada di dalam negara saya dan bukannya di dalam negara awak? Lagi pun penguasaan awak ke atas Syarikat ini adalah sementara saja. Satu hari nanti, Syarikat ini akan jatuh juga ke tangan kami. Waktu itu, awak dan orang-orang seperti awak akan menjadi pekerja kami. Oleh itu, bolehkah awak membuat kesimpulan bahawa saya akan melepaskan hak saya?’

Selepas pertengkaran ini, Encik Solent masib, terus berjalan mundar-mandir di dalam dewan itu. Sekali lagi dia mendekati Hafiz. Kali ini wajahnya kelihatan lembut. Dia menumbuk meja dengan sepenuh tenaga beberapa kali dan berkata, ‘Hafiz, saya minta maaf dan saya menarik balik kata-kata saya.’ Hafiz bangun. Dia puas hati. Dia mengucap terima kasih kepada Encik Solent dan memulakan kerjanya. Tidak lama kemudian, kerjanya pun selesai. Sebaik saja kerjanya selesai, Encik Solent memberinya seratus lima puluh Qursh. Hafiz mengambil seratus tiga puluh Qursh dan mengembalikan baki dua puluh Qursh kepada Eneik Solent. Encik Solent memberitahunya, ‘Simpanlah dua puluh Qursah itu.’ Hafiz menjawab, ‘Tidak. Saya tidak mahu menjadi perompak dengan mengambil lebih dari hak saya.’

Encik Solent terpegun dan berkata, ‘Saya sungguh terkejut. Mengapakah kesemua orang Arab tidak menjadi seperti awak? Adakah awak dari keluarga Muhammad?’ Hafiz menjawab, ‘Setiap orang Islam adalah keluarga Muhammad, tetapi setengah orang Islam gagal berbuat demikian kerana mereka mengadakan kerjasama ekonomi dengan orang-orang Eropah dan juga kerana mereka menurut orang-orang Eropah secara membuta-tuli. Mereka telah menjatuhkan maruah mereka sendiri.’

Encik Solent tidak berkata apa-apa. Dia menjabat tangan Hafiz sambil mengucap terima kasih. Mereka pun bersurai.

Peristiwa berikutnya melibatkan seorang anggota Ikhwan yang bernama Hasan Marsi. Hasan Marsi bekerja dengan seorang bangsa Eropah yang bernama Encik

Manio. Hasan Masri pandai mambuat kabinet radio yang bermutu tinggi. Waktu itu, sebuah kabinet radio berharga satu junaih. Satu hari, seorang kawan majikannya datang dan cuba tawar menawar dengannya. Dia meminta Hasan Marsi membuat beberapa kabinet radio dengan bayaran separuh harga tanpa pengetahuan majikannya. Ini bermakna dia mendapat separuh dari harga barang-barang tersebut dan separuh lagi pergi kepada pihak yang membeli.

Majikan Hasan Marsi memberi separuh kepercayaan kepadanya. Segala peralatan dan bahan mentah di dalam bengkel tersebut berada di bawah pengawasan Hasan Marsi. Kawan majikannya ini cuba mengambil kesempatan tetapi Hasan Marsi menjawab, 'Islam dan lain-lain agama melarang perbuatan menipu. Saya tidak tergamak menipu orang yang telah memberi kepercayaan kepada saya. Saya terkejut melihat sikap awak. Awak adalah kawannya, seagama dengannya dan senegara dengannya, tetapi awak masih berniat hendak menipunya. Awak telah cuba menghasut saya melakukan kesalahan. Awak sepatutnya berasa malu dengan perbuatan awak itu. Walau bagaimanapun saya tidak akan melaporkan perkara ini kepada majikan saya kerana saya tidak mahu melihat persahabatan awak berdua terputus. Tetapi awak mesti berjanji tidak akan melakukan perkara ini lagi di masa hadapan.'

Lelaki asing tadi berperangai buruk. Dia berkata, 'Saya akan memberitahu sahabat saya bahawa awaklah yang membuat tawaran itu kepada saya. Saya pasti dia akan percaya kepada kata-kata saya dan mengusir awak keluar atas tuduhan pecah amanah. Di samping itu, awak juga akan kehilangan maruah. Oleh itu, buatlah seperti yang saya suruh.' Hasan Marsi menjawab, Buatlah apa yang awak suka. Jika diizinkan Allah, awak akan menerima malu.'

Orang asing tadi memberi laporan palsu kepada majikan Hasan Marsi seperti yang dirancangkannya. Majikan Hasan Marsi pun mula menyiasat. Kebenaran mengatasi kepalsuan. Hasan Marsi menceritakan kesemuanya. Majikannya yakin dengan penjelasan Hasan Marsi. Berikutan itu, dia mengusir orang tadi dan memutuskan persahabatannya dengan orang itu buat selama-lamanya. Dia juga telah menaikkan gaji Hasan Marsi kerana menghargai sifat amanah yang ditunjukkannya.

Abdul Aziz Ghulam Nabi adalah seorang lagi anggota Ikhwan. Dia berasal dari India dan bekerja sebagai tukang jahit di perkhemahan tentera British. Satu hari, isteri seorang pegawai tinggi di situ memanggilnya ke banglo kediamannya untuk melakukan kerja luar. Isteri itu keseorangan di rumahnya. Beliau cuba menggoda Abdul Aziz dengan berbagai helah. Mula-mula Abdul Aziz berusaha memujuknya supaya jangan melakukan perbuatan yang dilarang itu. Selepas itu, Abdul Aziz memarahinya. Wanita tadi pun mengancam hendak melaporkan kepada suaminya bahawa Abdul Aziz cuba memperkosanya. Bahkan wanita tadi mengancamnya dengan pistol. Abdul Aziz tetap tidak berganjak dari sikapnya yang benar itu. Dia berkata kepada wanita tadi, “Saya takutkan Allah saja.”

Pertelingkahan ini berakhir dengan cara yang agak melucukan. Wanita tadi mengancam hendak membunuhnya atas alasan dia cuba menyerang. Dia menghalakan pistol ke arah Abdul Aziz Ghulam Nabi. Abdul Aziz pun menutup matanya sambil mengucap Kalimah Syahadah dengan suara yang lantang. Wanita itu naik takut dan pistol tadi terlepas dari tangannya. Dia naik gelisah dan terus menolak Abdul Aziz Pertelingkahan ini berakhir dengan cara yang agak melucukan. Wanita tadi mengancam hendak membunuhnya atas alasan dia cuba menyerang. Dia menghalakan pistol ke arah Abdul Aziz Ghulam Nabi. Abdul Aziz pun menutup matanya sambil mengucap Kalimah Syahadah dengan suara yang lantang. Wanita itu naik takut dan pistol tadi terlepas dari tangannya. Dia naik gelisah dan terus menolak Abdul Aziz

Begitulah para anggota Ikhwanul Muslimin memiliki akhlak yang mengkagumkan. Terdapat banyak lagi contoh-contoh ketakwaan dan kemuliaan akhlak mereka. Allah telah berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik* seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.”

(Ibrahim: 24)