Di antara biasiswa dan khidmat

Di antara biasiswa dan khidmat

Beberapa orang sahabat saya sedang berusaha mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Mengikut peraturan, penuntut yang mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan Diploma layak mendapat biasiswa tersebut. Namun begitu, saya teragak-agak hendak membuat permohonan kerana dua sebab. Sebab pertama ialah kerana keinginan saya hendak menambah ilmu walau pun ke negeri Cina atau Eropah dan kerana pepatah ‘Kebijaksanaan ialah kekayaan orang Mukmin yang telah hilang dan layak dituntut semula.’ Sebab kedua ialah kerana keinginan saya untuk meninggalkan lahiriah dan mengamalkan ajaran Islam. Saya juga tidak mahu mengikut Barat secara membuta tuli. Saya ingin menubuhkan satu gerakan Islam yang tersusun rapi untuk menentang pengaruh kebudayaan Barat yang merbahaya itu. Masalah ini diselesaikan dengan cepat apabila pihak Darul Ulum tidak memilih seorang penuntut pun untuk menerima biasiswa tersebut.

Oleh itu, tiada pilihan lain yang tinggal untuk saya pada tahun ini ialah untuk bekerja dengan kerajaan. Saya sangka perkhidmatan ini ialah untuk bekerja dengan sekolah di Kaherah saja. Tetapi, pada tahun ini, jumlah calon yang berjaya melebihi jumlah guru yang diperlukan oleh Kementerian Pelajaran. Nasib calon-calon yang lebih itu terpulanglah kepada budi bicara Lembaga Wilayah. Keadaan ini tidak memberi peluang langsung kepada seorang pun dari kami untuk kekal di Kaherah. Saya telah diarah pergi ke Ismailiah dan Ibrahim Madkoor (kini Dr. Ibrahim Madkoor) pula disuruh pergi ke Iskandariah. Tetapi permainan politik di dalam jabatan telah menyebabkan beliau dihantar ke Adfonja. Walau bagaimana pun Ibrahim Madkoor telah meletakkan jawatan dan pergi ke Eropah untuk melanjutkan pelajaran atas perbelanjaan sendiri. Tidak lama kemudian dia termasuk di dalam senarai orang-orang yang menerima biasiswa. Rakan rakan kami yang masih tinggal terpaksa pergi ke Selatan Mesir.

Saya rasa terkejut dengan perlantikan saya sendiri. Saya tidak tahu dimana Ismailiah. Saya pergi ke pejabat Jabatan Pelajaran dan bertengkar dengan mereka di situ mengenai Ismailiah. Saya bertemu Syeikh Abdul Hamid Bik Hassani. Syeikh

Abdul Hamid Bik Hassani menyejukkan saya dengan kata-katanya yang lucu. Di samping itu, dia juga cuba mendapatkan bantuan Syeikh Abdul Hamid Al-Khauli yang telah datang bertemunya. Ali Hasbullah, seorang guru di Ismailiah juga berada di situ. Syeikh Abdul Hamid Bik Hassani mengambil kedua orang ini sebagai saksi bahawa Ismailiah ialah salah satu bandaraya pilihan Allah. Menurutnya, saya akan berasa gembira dan selesa di situ. Menurutnya lagi, Ismailiah ialah sebuah bandaraya yang tenang dan penuh dengan pemandangan-pemandangan semula jadi yang indah. Katanya lagi, Ismailiah terkenal dengan hasil pengeluarannya. Saya meninggalkan pejabat itu dan pulang ke rumah. Akhirnya saya bertanya bapa saya mengenai perkara tersebut. Katanya, ‘Serah saja kepada Allah dan pergilah ke sana. Apa yang Allah takdirkan adalah lebih baik untuk kau.’

Nasihat itu memberi galakan kepada saya. Saya pun bersiap sedia untuk berangkat ke Ismailiah. Pemergian ini menampakkan akan hikmat Allah menghantar saya ke Ismailiah. ‘Allah lebih mengetahui di Mana Dia hendak menurunkan risalah Nya.’ Dengan nama Allah, saya pun berangkat ke Ismailiah. Saya pun memikirkan cara-cara berdakwah yang perlu digunakan di Ismailiah. Keputusannya kini ialah saya bertanggungiawab berdakwah dan membawa pembaharuan di Ismailiah dan Ahmad Afandi Sakri pula menjalankan tugas itu di Mahmoodiyah. Saya meninggalkan dua sahabat Kaherah iaitu Syeikh Ahmad Askariya dan Syeikh Abdul Hamid. Syeikh Ahmad Askariah telah dilantik sebagai penasihat Zaqazeeq selepas beliau mendapat ijazah sarjana dari Universiti Al Azhar. Behau menjalankan peranan dakwah di tempatnya. Syeikh Abdul Hamid pula menjalankan kerja sendiri di bidang pertanian lepas mendapat ijazah dari Universiti Al-Azhar. Beliau juga menjalankan kewajipannya di dalam bidang dakwah Islamiah. Lantaran itu, kami pun menepati perumpamaan seorang penyajak yang berbunyi demikian:

‘Keluargaku di Syria dan hatiku di Baghdad;

Aku duduk di Raqmateen dan jiran jiran ku berada di Fastat.’

Setiap orang daripada kami telah memperjuangkan Islam sedaya upaya dengan caranya sendiri yang dipersetujui oleh Allah. Selepas hampir satu tahun saya berada di Ismailiah, Al Ikhwanul Muslimin tubuhkan dan cawangan-cawangannya pun dibuka.