Peranan keluarga Hasan Al-Banna dalam membina ketokohannya.

Peranan keluarga Hasan Al-Banna dalam membina ketokohannya.

Seseorang yang dipilih Allah untuk menegakkan agama (ad-Din)-Nya akan diberi-Nya nilai-nilai peribadi yang melayakkan orang itu melaksanakan tugas berat tadi. Nilai-nilai peribadi itu akan dipupuk semenjak peringkat kanak-kanak lagi. Di antara contoh terbaik di zaman kebelakangan ini ialah As-Syahid Imam Hasan Al- Banna. Semenjak beliau kanak-kanak lagi, beliau sudah memiliki peribadi yang mulia dan wara’. Nilai peribadi ini semakin matang setelah beliau meningkat dewasa. Beliau benci kepada maksiat dan kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam sejak di peringkat awal lagi.

Imam Hasan Al-Banna dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mulia. Keluarganya hidup dalam keadaan serba sederhana dan mengamalkan Islam di segenap sudut kehidupan mereka. Mereka hidup bebas daripada gejala maksiat yang Imam Hasan Al-Banna dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mulia. Keluarganya hidup dalam keadaan serba sederhana dan mengamalkan Islam di segenap sudut kehidupan mereka. Mereka hidup bebas daripada gejala maksiat yang

‘Abangku yang dihormati. Ketika kau berumur sembilan tahun, saya baru menjangkau umur tujuh tahun. Kita mengaji Al-Quran dan belajar menulis di sekolah. Apabila kau berjaya menghafal dua pertiga Al Quran saya mampu menghafal sehingga Surah At-Taubah. Ketika kita pulang dari sekolah, bapa kita menyambut dengan penuh kasih sayang. Bapa kita yang dikasihi mengajar kita sirah (riwayat hidup) Rasulullah (s.a.w.), ilmu Fiqh dan nahu. Bapa kita telah menyediakan jadual pengajian kita ketika di rumah. Kau belajar ilmu Fiqh Imam Abu Hanifa manakala saya belajar ilmu Fiqh Imam Malik. Di segi ilmu nahu, kau belajar kitab ‘Alfiyah’ dan saya pula belajar kitab ‘Malhamatul Arab’.

Corak pengajian kita itu memerlukan kita mengulangkaji pelajaran bersama- sama dan bekerja keras. Justeru itu, kita terpaksa menyediakan jadual dan senarai kerja harian. Duhai abangku! Dalam hidupku, tidak pernah saya melihat orang yang begitu banyak berpuasa dan bersolah seperti kau. Kau bangun waktu sahur dan bersolah. Kemudian kau mengejutkan saya daripada tidur untuk menunaikan solah subuh. Selepas solah, kau membaca senarai kerja harian. Suara kau yang manis dan penyayang itu masih bergema di telinga saya. Kau pernah berkata, ‘Pukul lima hingga enam pagi ialah masa mengaji Al-Quran; pukul enam hingga pukul tujuh pagi ialah masa untuk belajar tafsir Al-Quran dan Hadith; pukul tujuh hingga lapan pagi ialah masa untuk belajar Fiqh dan Usul Fiqh.’ Itulah kerja rumah kita. Selepas itu kita pun pergi ke sekolah.

‘Terdapat banyak buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-sama meneliti buku-buku tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan huruf- huruf berwarna emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’; kitab ‘Qustalani’; dan kitab ‘Nail Al-Authar’. Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku buku diperpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi saya tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur kita hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian yang luar biasa.’

‘Bapa kita selalu mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah. Kita kerap mengikuti dengan teliti perbahasan ilmiah antara beliau dengan para ulama yang lain. Majlis-majlis tersebut dihadiri olch Syeikh Muhammad Zahran dan Hamid Muhsin. Pernah kita mendengar perbahasan mereka mengenai ‘Arasyh Allah’ di langit tinggi. Di antaranya ialah adakah ‘Istiwa’ bermaksud duduk atau tinggal? Apakah pendapat Imam Ghazali dalam hal ini? Apa pula kata Zamakhshari mengenai perkara ini? Apakah pula tafsiran Imam Malik bin Anas? Kita mendengar perbahasan-perbahasan ini dengan penuh minat. Segala apa yang kita fahami telah bersemadi di dalam ingatan kita. Segala masalah dan perkara yang sukar difahami telah kita rujuk kepada bapa kita ataupun kepada kitab-kitab tafsir dan As-Sunnah.’

‘Saya tidak lupa hari di mana halaman rumah kita dipenuhi kanak-kanak kecil. Mereka adalah penuntut-penuntut sekolah yang diiringi oleh ketua darjah dan guru ‘Saya tidak lupa hari di mana halaman rumah kita dipenuhi kanak-kanak kecil. Mereka adalah penuntut-penuntut sekolah yang diiringi oleh ketua darjah dan guru

‘Berselawatlah kepada Rasulullah (s.a.w.).’ Guru mereka pula bersyair demikian:

‘Kami tidak akan bergerak sehingga kami menerima kepingan perak di dalam pinggan yang bersih dan berkilat.’

‘Selepas syair ini, kanak kanak tadi mengulangi rangkap pertama semula. Ibu kita pun keluar membawa kepingan perak di dalam sebuah pinggan yang bersih dan berkilat. Dia mengisi beg isteri guru tersebut dengan kek dan kuih-kuih manis. Guru itu pun pulang ke rumah selepas acara tersebut. Acara itu diadakan kerana kau telah habis menghafal Al-Quran.’ (Petikan daripada buku Al-Imam as-Syahid Hasan al- Banna.)

Yang di Pertua pertama 'Jamiat-usy-Syubbanul Muslimin’ Mesir, Jeneral Muhammad Saleh Harb Pasya, menulis mengenai suasana di rumah Imam Hasan Al- Banna:

‘Saya berpendapat suasana di rumah memainkan peranan penting dalam memina peribadi Imam Hasan Al-Banna. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang ‘alim, wara’ dan berpegang kuat kepada agama dan ini memberi kesan yang ketara kepada peribadi Imam Hasan Al-Banna.’

‘Pendidikan yang diterimanya telah mencorakkan roh dan akhlak Islam yang sebenar ke dalam dirinya. Beliau terlibat di dalam amalan Sufi di peringkat awal lagi. Guru rohaniahnya (atau guru Sufinya mahir dalam ilmu Al-Quran, as-Sunnah dan Fiqh. Ilmunya seumpama sungai yang mengalir tanpa halangan untuk selama- lamanya. Ilmunya ini telah banyak membantunya ketika beliau menyampaikan syarahan dan ceramah. Dengan demikian, beliau berjaya memuaskan dirinya sendiri dan juga orang lain.’ (Al Imam-As-Syahid Hasan Al-Banna.)