Di rumah Haji Mustafa

Di rumah Haji Mustafa

Kami ada sebuah rumah lagi untuk kegiatan kami. Haji Mustafa membina rumah itu untuk mencari keredaan Allah. Para pencinta Islam berkumpul di rumah itu untuk mengkaji Al-Quran dalam suasana penuh persaudaraan.

Dalam masa yang singkat saja, berita perhimpunan ini telah tersebar luas. Biasanya, kami menyampaikan ceramah antara solah Maghrib dan Isya’. Manusia dari berbagai golongan berhimpun di situ. Selepas itu barulah saya pergi ke kedai-kedai kopi untuk memberi ceramah.

Satu malam, saya merasakan ada satu perkara anih berlaku. Saya dapati para pendengar berada di dalam keadaan kelam kabut. Mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan berlainan. Sebaik saja saya mula berceramah, satu soalan telah dikemukakan oleh salah seorang pendengar. Dia menyoal, ‘Apakah pendapat tuan mengenai at-tawasul?’ Saya menjawab, ‘Saya agak bukan perkara ini saja yang awak ingin tahu. Awak akan bertanya begitu dalam sembahyang dan salam selepas azan. Awak akan bertanya sama ada surah Al-Kahfi dibenarkan dibaca pada hari Jumaat atau tidak. Awak juga akan bertanya sama ada perkataan ‘Saidina’ patut disatukan dengan nama Rasulullah s.a.w. atau tidak. Awak akan bertanya di manakah ibu bapa Rasulullah s.a.w. ditempatkan selepas mereka mati dan dimanakah mereka berada sekarang. Awak akan bertanya sama ada pahala membaca Al-Quran sampai kepada orang mati atau tidak. Awak akan bertanya sama ada perhimpunan ahli-ahli sufi dan ahli-ahli Syariah merupakan satu dosa atau satu jalan menuju Allah.’

Kata-kata saya itu merangkumi semua persoalan-persoalan yang telah memecah-belahkan mereka selama ini. Orang yang bertanya terpegun mendengar kata-kata saya itu. Dia berkata, ‘Ya, saya tahu jawapan kepada semua persoalan itu.’

Saya menjawab, ‘Saudaraku, saya bukanlah seorang ulamak. saya hanya seorang guru. Saya telah mempelajari beberapa ayat Al-Quran dan juga hadith.. Saya juga mengkaji beberapa tajuk yang menyentuh Islam dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai Syariat Islam. Saya menjalankan dakwah Islamiah secara sukarela. Apabila kamu keluar (meninggalkan) dari perbincangan ini, sesungguhnya kamu telah melukakan saya. Silalah memberi perhatian andainya awak suka Saya menjawab, ‘Saudaraku, saya bukanlah seorang ulamak. saya hanya seorang guru. Saya telah mempelajari beberapa ayat Al-Quran dan juga hadith.. Saya juga mengkaji beberapa tajuk yang menyentuh Islam dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai Syariat Islam. Saya menjalankan dakwah Islamiah secara sukarela. Apabila kamu keluar (meninggalkan) dari perbincangan ini, sesungguhnya kamu telah melukakan saya. Silalah memberi perhatian andainya awak suka

“Saudara-saudara ku yang dikasihi. Saya sedar penyoal tadi dan kebanyakan awak semua ingin tahu saya menyebelahi aliran yang mana satu. Awak semua ingin tahu sama ada saya menyebelahi aliran Syeikh Moosa atau aliran Syeikh Abdus-Sami. Pertanyaan begini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Awak semua telah mensia-siakan lapan tahun di dalam pertikaian dan politik kepartian. Sekarang awak semua perlu berhenti dari kegiatan tersebut. Orang-orang Islam berbeza pendapat di dalam perkara-perkara tadi selama berabad abad dan perbezaan-perbezaan itu masih berterusan. Allah suka kita semua berkasih sayang dan bersatu. Allah tidak suka semua bertikai dan berselisih. Saya berharap awak semua sekarang sanggup berjanji kepada Allah untuk menjauhkan diri dari perbincangan-perbincangan yang merosakkan. Berusahalah mempelajari dasar-dasar Islam. Kemudian ikutilah dasar- dasar itu dengan cara yang sebenar benarnya. Ambillah dasar-dasar Islam dan laksanakanlah. Tinggalkanlah amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan ikutilah kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. agar hati awak semua menjadi terang dan jernih. Tujuan kita yang sepatutnya ialah mengikuti dasar-dasar Islam. Kita tidak menekankan kepada sesuatu aliran pemikiran tertentu.”

“Kita akan berupaya menyuarakan pendapat-pendapat kita di dalam suasana yang penuh keyakinan dan persefahaman jika terpupuk sifat kasih sayang dan amanah di kalangan kita. Saya yakin awak semua akan menerima dan berpegang dengan nasihat saya ini.”

Rayuan saya ini sangat berkesan. Kami bersurai setelah berikrar untuk bekerjasama antara satu sama lain di dalam usaha menyebarkan Islam dan di dalam usaha menjauhi perkara perkara khilafiah. Setiap orang bebas berpegang dengan pendapat masing-masing schinggalah Allah yang Maha Besar sendiri memberi keputusan muktamad. Selepas perbincangan tersebut, kami pun meneruskan usaha dakwah Islamiah dengan aman. Kini saya menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan persaudaraan dan kerjasama di kalangan orang-orang beriman. Saya berusaha memupuk ciri-ciri persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiah) di kalangan mereka. Kadang kala saya menyentuh perkara perkara khilafiah yang tidak menjadi punca perbalahan di kalangan mereka. Saya bertindak begitu untuk menunjukkan kepada mereka cara orang-orang bertakwa di zaman dahulu bertolak ansur di antara satu sama lain walau pun mereka berbeza pendapat.