Peristiwa Solah Hari Raya

Peristiwa Solah Hari Raya

Adalah menjadi amalan biasa saya untuk bercakap mengenai Islam di waktu bulan Ramadhan selepas solah Fajar di Masjid Abbasi. Ianya berkisar mengenai keberkatan bulan Ramadhan; mengenai puasa dan juga zakat. Di penghujung bulan Ramadhan, saya mula menerangkan mengenai solah Hari Raya. Saya memberitahu orang ramai bahawa solah Hari Raya sunat dilakukan di tempat lapang di luar bandar. Kesemua lelaki dan wanita Islam patut sekali memaparkan kegemilangan dan perpaduan Islam pada Hari Raya Aidil Fitri. Kesemua Imam Mujtahid kecuali Imam Syafi’e berpendapat fadhilat solah Aidil Fithri dilakukan di tanah lapang. Menurut Imam Syafi’e, adalah lebih baik dilakukan solah sunat Hari Raya di dalam masjid andainya masjid itu cukup besar untuk mengisi kesemua penduduk Islam dalam sesebuah bandar.

Ketika saya sedang memberi huraian mengenai solah sunat Hari Raya, seorang lelaki dari kalangan para hadirin mencadangkan dihidupkan semula sunnah Rasulullah s.a.w. dengan melakukan solah Hari Raya di padang pasir yang berada di luar kawasan bandar. Waktu itu, tidak ada masjid yang cukup besar untuk menampung kesemua penduduk Islam Ismailiah. Terdapat sebuah padang pasir luas di sekeliling bandar Ismailiah. Kesemua para hadirin bersetuju dengan cadangan itu. Saya pun turut setuju kerana saya tahu orang-orang Islam di kawasan itu sangat mudah berpecah-belah. Perasaan mereka sangat peka kepada persoalan agama.

Bandar Ismailiah baru saja selesai mengalami satu perbalahan pendapat mengenai agama. Saya memberitahu mereka supaya jangan bertindak lagi sehingga perkara tersebut dirujuk kepada para ulamak. Jika para ulamak bersetuju, barulah kita laksanakan rancangan tadi. Andainya mereka tidak bersetuju, kita batalkan rancangan tersebut.

Pihak penentang saya bertindak begitu cepat sekali. Berbagai tuduhan palsu dilemparkan kepada saya. Menurut mereka, bersolah di tanah lapang adalah satu bida’ah. Ianya satu langkah untuk meninggalkan masjid. Mereka menganggap cadangan tersebut bertentangan dengan Islam bahkan sebagai satu penyelewengan. Mereka berkata, ‘Siapakah dia yang sanggup berkata solah di jalan raya itu lebih baik Pihak penentang saya bertindak begitu cepat sekali. Berbagai tuduhan palsu dilemparkan kepada saya. Menurut mereka, bersolah di tanah lapang adalah satu bida’ah. Ianya satu langkah untuk meninggalkan masjid. Mereka menganggap cadangan tersebut bertentangan dengan Islam bahkan sebagai satu penyelewengan. Mereka berkata, ‘Siapakah dia yang sanggup berkata solah di jalan raya itu lebih baik

Malangnya masalah ini tidak dapat dikawal lagi hatta oleh para ulamak bandar itu sendiri. Orang ramai naik radang. Mereka ingin belajar dan menurut sunnah Rasulullah s.a.w. secara terperinci. Mereka mengisytiharkan bahawa Solah Sunat Aidil Fitri diadakan di kawasan lapang di luar bandar. Mereka terus membuat persediaan yang perlu. Saya mengatur rancangan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Kaherah bersama keluarga. Saya tiba di Kaherah pada malam Hari Raya. Masalah di Ismailiah tadi diselesaikan oleh orang ramai sendiri. Solah Sunat Aidil Fitri di masjid Al Araisya diimamkan oleh Syeikh Muhammad Madyan. Orang di Ismailiah berasa gembira dan puas hati. Kini mereka dapat merasai keberkatan sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka bergembira kerana dapat bersolah dengan cara sunnah. Selepas saya kembali dari Kaherah, saya dapati setiap orang kelihatan riang saja. Keributan yang disebabkan oleh para penentang tadi telah reda. Sunnah Rasulullah s.a.w. telah diamalkan secara terperinci. Kini, kedua-dua solah Hari Raya selalu diadakan di luar Ismailiah.