Komplot Dalam Yang Pertama Bagi Ikhwanul Muslimin

Komplot Dalam Yang Pertama Bagi Ikhwanul Muslimin

Ulamak yang berkeinginan hendak menjadi Ketua Ikhwanul Muslimin Ismailiah berasa terkejut apabila kepimpinan pertubuhan terlepas dari tangannya lantaran perlantikan Timbalan Yang Di Pertua. Dia tidak tahan melihat seorang yang lebih rendah taraf darinya dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua. Dia berkata kepada dirinya sendiri, ‘Bagaimana seorang tukang kayu boleh disamakan dengan seorang yang terpelajar?’ Ulamak tersebut adalah seorang ahli sajak yang berkelulusan Ijazah Sarjana (M.A.) Al Azhar. Dia juga pandai bersyarah. Justeru itu, dia pun mula mengatur rancangan untuk merampas jawatan yang dipegang oleh Syeikh Ali Al Jadawi. Dia cuba meyakini kawan-kawannya bahawa dia lebih sesuai Ulamak yang berkeinginan hendak menjadi Ketua Ikhwanul Muslimin Ismailiah berasa terkejut apabila kepimpinan pertubuhan terlepas dari tangannya lantaran perlantikan Timbalan Yang Di Pertua. Dia tidak tahan melihat seorang yang lebih rendah taraf darinya dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua. Dia berkata kepada dirinya sendiri, ‘Bagaimana seorang tukang kayu boleh disamakan dengan seorang yang terpelajar?’ Ulamak tersebut adalah seorang ahli sajak yang berkelulusan Ijazah Sarjana (M.A.) Al Azhar. Dia juga pandai bersyarah. Justeru itu, dia pun mula mengatur rancangan untuk merampas jawatan yang dipegang oleh Syeikh Ali Al Jadawi. Dia cuba meyakini kawan-kawannya bahawa dia lebih sesuai

Ulamak itu terus mengecam Syeikh Ali Al Jadawi. Katanya, ‘Bagaimana Syeikh Ali boleh menerima gaji tiga junaih sebulan untuk tugasnya sebagai imam masjid pada hal pihak Ikhwan sedang menghadapi kekurangan wang. Di samping itu, pihak masjid, sekolah dan lain lain bangunan juga masih berhutang dengannya sebanyak 350 junaih.’

Ulamak itu berkata dia sanggup menjadi Imam masjid tanpa gaji dan akan berpuas hati dengan gaji yang dibayar oleh pihak sekolah. Jika perlu, dia tidak akan meminta gaji lebih dari 50 Qursh. Dengan cara ini, ulamak itu cuba mempengaruhi kawan-kawannya supaya memandang buruk kepada Syeikh Ali Al Jadawi. Dia bertujuan hendak mengubah keputusan mesyuarat dan merampas jawatan Imam dan Timbalan Yang Dipertua untuk dirinya sendiri. Kawan-kawannya itu terpengaruh dengan kata-katanya dan mereka pun mula menghubungi ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yang lain untuk mendapat sokongan. Sebilangan anggota Ikhwan menasihatinya supaya jangan meneruskan kegiatannya itu. Tetapi ada sebahagian ahli-ahli Ikhwan yang menyebelahinya.

Berita ini tersebar dengan cepat sekali di kalangan ahli-ahli Ikhwan. Saya dapat merasakan punca berita itu. Saya memanggil orang yang bertanggungjawab mengenai hal itu dan cuba sedaya upaya meminta dia memahami perkara yang sebenarnya tetapi dia terlalu terpengaruh dengan ulamak tadi sehingga tidak dapat melihat kebenaran. Dia berpendapat kata-kata ulamak itu adalah untuk kepentingan Ikhwanul Muslimin.

Dalam keadaan beginilah syaitan berjaya menyesatkan orang-orang Islam. Perkara ini menjadi semakin genting. Tiga lagi ahli Ikhwan menjadi penyokongnya. Mereka menyokongnya kerana:

i) mereka adalah kawan ulamak tadi;

ii) mereka terpengaruh dengan ulamak itu;

iii) mereka tidak suka kepada Syeikh Ali Al Jadawi dan berasa iri hati apabila beliau dilantik sebagai Ketua Ikhwan Ismailiah.

Mereka menjalankan rancangan mereka itu atas alasan untuk kepentingan dan kemajuan Ikhwanul. Muslimin. Saya berazam hendak menyekat fitnah tersebut habis- Mereka menjalankan rancangan mereka itu atas alasan untuk kepentingan dan kemajuan Ikhwanul. Muslimin. Saya berazam hendak menyekat fitnah tersebut habis-

Maksudnya:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang orang mukmin.”

Para pendakwah Islam berkewajipan menghayati ayat Al-Quran ini dan setiap sudut hidup mereka haruslah menurut sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka sepatutnya mampu menghadapi segala kesukaran hidup dan mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka.

Sebab-sebab inilah yang membuat saya tidak suka menghukum atau memecat para anggota Ikhwan yang telah melakukan kesilapan itu atau menjauhkan mereka dari saudara Ikhwan lain. Saya menjemput mereka ke rumah saya dan bertanya apa yang dikehendaki mereka. Mereka menjawab, ‘Kami tidak ingin awak melantik Syeikh Ali Al Jadawi sebagai Timbalan Ketua.’ Saya pun berkata, ‘Awak saja yang ingin berbuat demikian sedangkan rakan-rakan awak yang lain mempunyai pendapat yang berbeza dari awak. Mereka telah memilih Syeikh Ali Al Jadawi sebagai Timbalan Ketua. Jika saya menurut kehendak awak, ini bermakna saya telah mengenepikan keputusan rakan rakan awak.’ Mereka menjawab, ‘Tidak! Bukan semua mereka yang hadir. Jika mereka semua hadir, keputusannya akan berbeza. Mesyuarat itu diadakan secara tergesa-gesa dan agendanya tidak jelas.’

Saya bertanya mereka, ‘Andainya kita menjemput kesemua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin Ismailiah ke mesyuarat sekali lagi; menerangkan kepada mereka tujuan mesyuarat tersebut awal-awal lagi dan membenarkan setiap ahli menyatakan pendapatnya dengan bebas, maka sudikah awak menerima keputusan suara terbanyak?’ Mereka bersetuju. Saya meneruskan, ‘Nampaknya kita belum lagi kerugian apa-apa. Marilah kita bersumpah di hadapan Allah bahawa kita semua akan berpegang teguh kepada, pendirian kita.’ Kami semua pun bersumpah kepada Allah bahawa kami akan mengotakan kata-kata kami tadi. Tarikh mesyuarat pun ditentukan. Kemudian kad-kad jemputan pun dihantar kepada semua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin. Agenda mesyuarat juga dicatitkan dengan jelas di dalam kad jemputan tersebut. Mesyuarat ini adalah perkara yang unggul bagi Ikhwan. Ahli-ahli Ikhwan selalu dijemput di dalam perkara yang membabitkan tatatertib pertubuhan. Mereka menepati hadith Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

“Perbandingan orang orang Mu’min di dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu.”

Dan sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Maksudnya:

“Orang-orang Islam berlaku adil antara satu sama lain. Bahkan orang-orang perseorangan di dalam masyarakat tersebut sentiasa berusaha memelihara keadilan. Dan mereka semua selalu bersatu dalam menghadapi musuh-musuh mereka.”

Saya menggunakan kaedah (cara) ini untuk mengelak dari kemungkaran dan menegakkan keadilan untuk semua. Saya memahami apa yang diperkatakan oleh orang-orang tadi. Saya juga dapat menyelami hati mereka.

Saya memberitahu Syeikh Ali Al Jadawi supaya membuat pengumuman dia tidak akan mengambil sebarang sagu hati ketika bertugas sebagai Imam masjid andainya dia terpilih di dalam mesyuarat agung nanti (yakni tugas itu dilakukan secara sukarela). Mesyuarat pun diadakan menurut jadual yang telah ditetapkan. Pemilihan pun dijalankan dengan aman. Apabila keputusan diumumkan, kesemua anggota Ikhwan, kecuali segelintir yang memang merupakan para penentang, telah memilih Syeikh Ali Al Jadawi. Dia berdiri, mengucapkan terima kasih dan terus membuat pengumuman yang saya syorkan itu. Kesemua ahli-ahli Ikhwan tertarik dengannya. Ulamak yang inginkan jawatan itu terpegun dengan keputusan mesyuarat tersebut. Lantaran itu, rancangan empat manusia yang hendak memaksakan pendapat mereka ke atas lebih lima ratus ahli telah menemui kegagalan. Ahli-ahli sedemikian memang boleh membawa masalah kepada sebarang pertubuhan. Dalam hal ini, peraturan Islam sangat jelas dan tegas sekali. Rasulullah s.a.w. bersabda,

Maksudnya:

“Jika ada satu kumpulan datang kepada kamu lalu menguasai kamu untuk meretakkan tongkat (perpaduan) kamu maka hendaklah kamu memukulnya dengan pedang kamu dalam keadaan mana sekali pun.”

Kita kini menerima kesan dari corak hidup yang disogokkan kepada kita atas nama demokrasi dan hak kebebasan perseorangan. Kekacauan masyarakat tidak boleh dibiarkan berlaku atas nama demokrasi dan hak perseorangan. Selepas mesyuarat, para anggota Ikhwan mengerumuni saya untuk memberi sumbangan mereka kepada Syeikh Ali Al Jadawi, yang telah sanggup meninggalkan tugasnya dan memberi khidmatnya dengan percuma itu. Tetapi saya yakinkan mereka bahawa Syeikh Ali tidak akan dibiarkan begitu saja tanpa sebarang pembelaan. Kita akan memberi kepadanya salah satu kedai kedai di masjid untuk dia mencari nafkah. Dengan cara itu, dia juga dapat tinggal berdekatan dengan masjid. Saya berdo'a bagi pihak semua ahli yang hadir di mesyuarat tersebut dan menganggap komplot itu sudah selesai.