Dakwah Islamiah di Kedai-kedai Kopi.

Dakwah Islamiah di Kedai-kedai Kopi.

Keruntuhan akhlak, kekacauan dan kebudayaan Barat telah merebak di Kaherah. Imam Hasan Al-Banna sedar mengenai perkara ini. Beliau berpendapat ceramah dan khutbah di masjid sahaja tidak cukup untuk menyekat arus kemungkaran yang kian menular itu. Beliau pun menubuhkan sebuah pertubuhan yang menggabungkan tenaga para penuntut Darul Ulum dan Al-Azhar dan menyusun satu rancangan dakwah. Mereka yang terlibat ini menjalankan usaha dakwah Islamiah di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat awam. Beliau sendiri, sebagai ketua pertubuhan tersebut dan dengan bermodalkan Ilmu Al-Quran dan Hadith yang ada padanya, telah menyampaikan ceramah di kedai-kedai kopi. Beflau menasihati para pelanggan yang mengunjungi tempat tempat itu supaya meninggalkan kegiatan yang sia-sia dan mengajak mereka menunaikan kewajipan agama. Cara dakwahnya ini mendapat tentangan daripada para ulamak. Namun begitu, usahanya ini mendapat kejayaan. Bahkan cara berdakwah itu telah merebak ke Bandar-bandar dan kampong-kampung. Pertubuhan tersebut telah melantik satu jawatankuasa untuk menguruskan kegiatan dakwah Islamiah.

Pertubuhan tersebut memperhebatkan kegiatannya apabila tiba cuti musim panas. Sebaik saja cuti musim panas bermula, para anggotanya pun melawat Bandar- bandar dan kampong-kampung untuk berdakwah. Imam Hasan Al-Banna mendapat dua keuntungan daripada cara berdakwah tadi. Yang pertama ialah beliau dapat membina keyakinan diri sendiri dan yang kedua ialah beliau dapat mengkaji sifat dan corak pemikiran orang awam.

Seruan kepada para ulamak dan pemimpin.

Hasan Al-Banna mendapati gerakannya itu lebih lemah jika dibandingkan dengan gerakan sekular Turki yang mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Hasan Al-Banna pun mula merancang untuk melancarkan satu gerakan yang lebih kuat, yang mampu menghadapi kegiatan gerakan-gerakan yang menggugat Islam. Beliau mendekati para ulamak dan mengingatkan mereka kepada kewajipan-kewajipan mereka terhadap Islam. Beliau menemui Syed Rasyid Ridha dan ulamak Al-Azhar yang terkenal, Syeikh Yusuf as-Dajwi. Dia mengingatkan mereka kepada kewajipan yang perlu mereka lakukan untuk Islam. Hasan Al-Banna menekankan betapa perlu diterbitkan sebuah majalah Islam yang berkesan untuk membalas serangan daripada majalah-majalah golongan mulhid (atheis) yang menghentam Islam. Seterusnya beliau Hasan Al-Banna mendapati gerakannya itu lebih lemah jika dibandingkan dengan gerakan sekular Turki yang mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Hasan Al-Banna pun mula merancang untuk melancarkan satu gerakan yang lebih kuat, yang mampu menghadapi kegiatan gerakan-gerakan yang menggugat Islam. Beliau mendekati para ulamak dan mengingatkan mereka kepada kewajipan-kewajipan mereka terhadap Islam. Beliau menemui Syed Rasyid Ridha dan ulamak Al-Azhar yang terkenal, Syeikh Yusuf as-Dajwi. Dia mengingatkan mereka kepada kewajipan yang perlu mereka lakukan untuk Islam. Hasan Al-Banna menekankan betapa perlu diterbitkan sebuah majalah Islam yang berkesan untuk membalas serangan daripada majalah-majalah golongan mulhid (atheis) yang menghentam Islam. Seterusnya beliau

Imam Hasan Al-Banna mempunyai nilai peribadi yang melayakkan beliau menjadi seorang pendakwah dan tokoh pembaharuan yang baik. Syeikh Muhammad Al Ghazali iaitu salah seorang sahabatnya, menulis mengenai beliau seperti berikut:

‘Seorang pemimpin yang mampu menggunakan segala sumber bahan yang ada dengan teratur adalah seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang lebih berjaya adalah seorang pernimpin yang berupaya mengadakan sumber bahan. Imam Hasan Al-Banna termasuk di dalam golongan pemimpin yang boleh mengadakan sumber bahan.’

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:

'Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong- lorong.’

Begitulah semangat yang ada pada seorang pendakwah muda bernama Hasan Al-Banna. Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenainya:

‘Ketika kami masih kanak-kanak, Hasan Al-Banna memegang tangan saya sambil berkata: “Bukankah kita telah menghafal suruhan Allah di dalam ayat 104, Surah ketiga (Ali Imran)?”

Maksudnya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”