Penukaran Syeikh Abdul Hamid Askariya ke Syabrakhiyat

Penukaran Syeikh Abdul Hamid Askariya ke Syabrakhiyat

Kegiatan para penentang kami berakhir apabila Syeikh Abdul Hamid Askariya telah ditukarkan ke Syabrakhiyat hasil dari aduan-aduan mereka kepada Pusat Dakwah Islamiah. Walau bagaimanapun, penukaran itu menguntungkan gerakan Islam. Hasil dari penukaran tersebut, sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin telah dibuka di Syabrakhirat. Cawangan ini mencapai kemajuan pesat. Sebuah Madrasah Penghafalan Al-Quran telah ditubuhkan. Sebuah masjid dan bangunan besar telah dibina dan diserahkan kepada Yayasan Madrasah dan Masjid. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas Syeikh Qasim Jaubad. Beliau menjadi orang kanan Syeikh Abdul Hamid Askariya di dalam usaha menyiapkan projek tadi. Pada mulanya para anggota Ikhwan Ismailiah berasa tersinggung dengan pemergian Syeikh Abdul Hamid Askariya. Tetapi, tidak lama kemudian, Allah telah menampakkan hikmah di sebalik pemergian itu kepada setiap orang dari kami.

Saya tidak lupa pada hari yang panas itu. Petang itu kami berada di hadapan rumah kami di 'Araisyiyyah. Kami duduk di bawah sebuah bangsal berteduh. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut dan kami pun berbincang mengenai berbagai tajuk. Kami sedang membina mahligai harapan dan sedang mengambil keputusan untuk mencapainya. Perhimpunan ini menimbulkan satu perasaan yang telah sekian lama terpendam. Saya memberitahu Syeikh Abdul Hamid Askariya, ‘Ketenangan fikiran yang sedang saya alami sekarang ini belum pernah saya rasai sebelum ini. Pepatah yang berbunyi 'Apabila malam itu selesai, maka akan berlaku sesuatu yang merosakkannya' mencuit hati saya. Saya tidak memahami perkara yang sedang mengganggu fikiran saya di saat yang penuh ketenangan ini.' Syeikh Abdul Hamid cuba menenteramkan saya. Kemudian kami pun pergi ke Pusat Gerakan Ikhwanul Muslimin. Di situ, bertemulah kami dengan surat penukaran Syeikh Abdul Hamid Askariya. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa. Kemudian kami berkata, ‘Apa yang berlaku memang betul. Penukaran ini akan menguntungkan gerakan Islam. Seorang Mu’min menjadi duta kebaikan ke mana saja dia pergi.’

Sebelum peristiwa di atas, Penyelidik Pusat Dakwah Islamiah, iaitu Syeikh Abdur-Rabbah Miftah telah datang menziarahi kami dan menginap dengan kami selama satu malam di rumah kami di Al-‘Araisyiyyah. Dia melihat setiap anggota Ikhwan mempunyai kunci untuk masuk ke rumah tersebut. Kebanyakan anggota Ikhwan membawa sarapan pagi untuk kami kerana kami tidak membuat persediaan itu. Dia tertarik hati dengan suasana persaudaraan dan kasih sayang yang ada pada ahli-ahli Ikhwan. Dengan penuh terharu, dia pun bertanya, ‘Apa yang awak telah Sebelum peristiwa di atas, Penyelidik Pusat Dakwah Islamiah, iaitu Syeikh Abdur-Rabbah Miftah telah datang menziarahi kami dan menginap dengan kami selama satu malam di rumah kami di Al-‘Araisyiyyah. Dia melihat setiap anggota Ikhwan mempunyai kunci untuk masuk ke rumah tersebut. Kebanyakan anggota Ikhwan membawa sarapan pagi untuk kami kerana kami tidak membuat persediaan itu. Dia tertarik hati dengan suasana persaudaraan dan kasih sayang yang ada pada ahli-ahli Ikhwan. Dengan penuh terharu, dia pun bertanya, ‘Apa yang awak telah

Saya memberitahunya bahawa pencapaian itu bukanlah kerana usaha saya. Ia merupakan keberkatan Allah Yang Maha Besar. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang orang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Anfaal : 63)

Cuti musim panas pun tiba. Sebahagian cuti tersebut saya habiskan di Kaherah dan sebahagian lagi di Mahmoodiyah. Saya kembali ke Ismailiah selepas cuti habis. Sebaik saja saya kembali ke Ismailiah, saya mendapat tahu bahawa para penentang kami sekali lagi mula mengancam kami mengenai rancangan pembinaan masjid yang belum lagi siap itu. Mereka membincangkan perkara tersebut di setiap kali perjumpaan yang mereka adakan. Saya juga telah mendengar karenah mereka. Saya tidak menjawab dan juga tidak mempedulikan kecaman mereka. Saya berpegang kepada dasar berikut dalam menghadapi masalah begini. Dasar ini telah banyak membantu saya dalam usaha dakwah saya.

‘Fitnah dan kepalsuan tidak boleh dihapuskan dengan cara jawapan atau dengan cara menimbulkan fitnah seumpama itu. Langkah yang benar dan membina terbukti berguna di dalam menghadapi kemungkaran. Langkah yang begitu, menarik perhatian orang dan mereka mula menghargainya. Dengan demikian, fitnah yang palsu dan tidak berasas akan diganti dengan kenyataan yang berasaskan kebenaran.’