Komplot Yang Kedua

Komplot Yang Kedua

Hati manusia, apabila perasaan tamak bertempat di dalamnya maka dia tidak akan nampak kebaikan dan kebenaran. Perkara yang begini berlaku kepada kami. Selepas mesyuarat, para penentang tadi pergi bertemu ulamak yang gila pangkat itu Hati manusia, apabila perasaan tamak bertempat di dalamnya maka dia tidak akan nampak kebaikan dan kebenaran. Perkara yang begini berlaku kepada kami. Selepas mesyuarat, para penentang tadi pergi bertemu ulamak yang gila pangkat itu

i) Hassan Al Banna telah memberi seluruh tanggungjawab pertubuhan ke tangan orang yang sangat merbahaya kepada gerakan;

ii) pihak Ikhwan berhutang dengan para peniaga sebanyak 350 junaih untuk pembinaan masjid dan pusat gerakan Ikhwan;

iii) jika para peniaga tahu mengenai keadaan ini, mereka akan meminta wang mereka dikembalikan dan orang-orang lain pun akan berhenti dari memberi sumbangan. Dengan demikian, orang ramai akan memburukkan nama pertubuhan Ikhwan;

iv) mampukah Syeikh Ali Al Jadawi memikul tanggungjawab kepimpinan yang berat itu, lebih-lebih lagi apabila Hasan Al Banna ditukar ke tempat lain? Bukankah lebih baik jika dilantik seorang yang tabah dan kaya sebagai Timbalan Yang Dipertua? Orang begini boleh menyelamatkan pertubuhan dari sebarang pertikaian.

Saya mendapat tahu dakyah ini sedang tersebar di kalangan masyarakat. Orang ramai mula berbincang perkara ini apabila mereka bertemu dan berkumpul. Saya menyahut cabaran ini dengan penuh semangat dan berazam menyelesaikannya dengan cara saya sendiri. Saya memanggil para peniaga yang menjadi peminjam (pemberi hutang) kepada Ikhwan. Jumlah mereka hanya tiga atau empat orang. Saya meminta mereka bersatu dengan menggunakan satu nama saja untuk memudahkan Ikhwan membayar hutang. Kesemua mereka bersetuju. Peniaga yang menyanggupi bebanan hutang itu telah diberitahu bahawa duitnya akan dibayar secara ansuran yang memakan masa yang sangat lama untuk diselesaikan. Ansuran bayaran itu ialah sebanyak lapan paun sebulan.

Dia bersetuju menerima bayaran ansuran yang sangat sedikit itu. Saya menulis hutang atas nama saya dan meminta dia memberi pengakuan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak beri hutang apa-apa dengannya lagi (yakni bebanan hutang itu terletak kepada Hassan Al Banna penterjemah). Pengakuan bertulis ini dikepilkan bersama- sama pengakuan bertulis para peniaga lain. Sekarang Ikhwanul Muslimin Ismailiah tidak berhutang kepada sesiapa lagi.

Selepas itu, saya pun menjemput semua ahli Ikhwan menghadiri satu mesyuarat. Empat orang penentang tadi juga turut hadir. Saya menceritakan segala tindakan saya itu kepada mereka. Keempat orang penentang tadi terkejut besar. Mereka pun mula mencipta alasan alasan yang lemah. Kata mereka, ‘Mengapa awak bersusah payah begitu banyak sekali? Kami tidak akan membenarkan awak memikul bebanan (hutang) itu sendirian. Patutkah awak diberi ganjaran di atas pengorbanan awak itu? Jika kesukaran timbul dengan tiba-tiba, apakah yang awak akan lakukan?’

Saya memberitahu mereka, ‘Perkara yang berkaitan dengan diri saya, biarkan saja kepada saya seorang. Berkenaan dengan hutang yang saya tanggung itu, saya Saya memberitahu mereka, ‘Perkara yang berkaitan dengan diri saya, biarkan saja kepada saya seorang. Berkenaan dengan hutang yang saya tanggung itu, saya

Salah seorang penentang itu menyatakan hasratnya hendak meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Kewangan. Perletakan jawatannya diterima dan jawatan itu diserahkan kepada ahli Ikhwan yang lain. Apabila dia mengeluarkan peti wang untuk diserahkan, dia kelihatan pucat. Sambil menyerahkan kunci peti itu, dia berkata, ‘Semoga, dengan izin Allah, tabung kewangan ini akan selamanya kosong,’

Saya membalas, ‘Bukan begitu saudara. Semoga dengan rahmat Allah, tabung kewangan ini akan sentiasa penuh.’ Para penentang tadi pun meninggalkan tempat itu. Setelah itu, dengan rahmat Allah, tabung kewangan tidak pernah kosong. Semoga Allah memberkati orang-orang yang telah memastikan agar tabung kewangan Ikhwanul Muslimin sentiasa penuh. Apabila mereka tahu saya telah menanggung seluruh bebanan hutang Ikhwan, mereka pun mengadakan mesyuarat di rumah Syeikh Muhammad Hussain Zamloot. Mereka yang berkumpul di situ begitu pemurah sekali sehingga mereka sanggup sama sama memikul bebanan hutang tadi. Dalam masa yang singkat saja, lebih 400 paun telah dikumpulkan dan kesemua hutang tadi dapat dijelaskan. Baki 5 paun yang tinggal telah dimasukkan ke tabung kewangan Ikhwan. Kami juga menerima derma yang mencukupi dari para anggota Ikhwan. Kini, wang yang ada di dalam tabung kewangan kami sudah cukup. Allah berfirman di dalam Al Quran (63 : 7):

Maksudnya:

“Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang orang munafik itu tidak memahami.”