Satu Contok Peribadi Yang Baik

Satu Contok Peribadi Yang Baik

Pada 1 hingga 12 Rabiulawal, kami telah berkumpul di rumah salah seorang anggota Hasafiyah dan berarak menyambut Maulud Nabi. Satu malam, secara kebetulan, kami telah berkumpul di rumah Syeikh Syilbi Ar-Rijal selepas waktu Isyak. Saya dapati seluruh rumah terang benderang dengan cahaya lampu. Rumah itu teratur, bersih dan terhias dengan baik. Dia pun memberi air kopi dan minyak wangi Pada 1 hingga 12 Rabiulawal, kami telah berkumpul di rumah salah seorang anggota Hasafiyah dan berarak menyambut Maulud Nabi. Satu malam, secara kebetulan, kami telah berkumpul di rumah Syeikh Syilbi Ar-Rijal selepas waktu Isyak. Saya dapati seluruh rumah terang benderang dengan cahaya lampu. Rumah itu teratur, bersih dan terhias dengan baik. Dia pun memberi air kopi dan minyak wangi

Selepas saja perarakan, kami pun kembali ke rumah Syeikh Syilbi ar-Rijal. Kami duduk bersamanya untuk seketika. Ketika kami hendak pulang, dia berkata sambil tersenyum. Insya Allah, kamu menziarahi saya awal-awal pagi untuk kita mengkebumikan Ruhiyah. ‘Ruhiyah adalah anak perempuan tunggalnya yang telah dikurniakan Allah kepadanya sebelas tahun yang lalu. Dia sangat mengasihinya sehingga dia tidak berpisah darinya walaupun ketika melakukan kerja-kerja harian. Kini dia telah besar dan memasuki alam remaja. Dia menamakannya Ruhiyah kerana dia berada di dalam hatinya seumpama roh berada di dalam jasad.’

Kami terkejut dengan kenyataan Syeikh ini. Kami bertanya, ‘Bilakah Ruhiyah meninggal dunia?’ Dia menjawab, ‘Hari ini, ketika hampir waktu solat maghrib.’ Kami pun berkata, ‘Mengapa tidak beritahu kami awal awal lagi? Sudah tentu kami akan membatalkan perarakan tadi.’ Katanya, ‘Segala yang berlaku adalah takdir (penentuan) Allah.’ Jawapannya ini mengurangkan rasa sedih kami. Kemudian perbualan kami pun bertukar kepada sudut tasawwuf. Syeikh Syilbi sendiri memberi nasihat-nasihat. Beliau menyifatkan kematian anak perempuannya yang dikasihi itu adalah kerana kehendak Allah. Allah tidak ingin hambanya menumpukan perhatian kepada orang lain melainkan kepada-Nya saja. Kemudian dia pun menceritakan kisah Nabi Ibrahim (a.s) yang cintakan Allah itu diuji oleh Allah. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail (a.s) sebagai korban. Seterusnya, Syeikh Syilbi menceritakan kisah Nabi Ya’akob (a.s) yang sangat sayangkan anaknya, Nabi Yusuf (a.s). Allah telah memisahkan Nabi Yaakob dari anaknya selama bertahun tahun. Oleh itu, manusia perlu menjauhkan dirinya dari berhubungan dengan makhluk melainkan dengan Allah saja. Jika tidak, dia akan termasuk di kalangan orang-orang yang tidak beriman dan kasih sayangnya kepada Allah adalah palsu.

Lepas itu, Syeikh Syilbi menceritakan pula kisah Fudail bin Iyadh seperti berikut: ‘Fudail memegang tangan anak perempuannya dan menciumnya. Anak perempuannya itu bertanya, ‘Bapa sayang saya tak?’ Fudail menjawab, ‘Ya, anakku.’ Anaknya pun berkata, ‘Demi Allah, saya tak sangka bapa seorang pendusta.’ Fudail bertanya, ‘Apakah sebabnya? Apakah perkara yang dibohongi bapa itu?’ Anaknya menjawab, ‘Saya sangka hubungan bapa dengan Allah adalah sedemikian rupa sehingga tiada orang lain yang lebih bapa kasihi melainkan Allah.’ Setelah mendengar kata-kata anaknya itu, dia pun menangis dan berteriak, ‘Ya Allah, kanak-kanak pun tahu rahsia hambamu ini.’

Syeikh Syilbi cuba menenteramkan kami dengan menceritakan kisah-kisah yang tersebut tadi. Dia ingin mengurangkan kesedihan kami lantaran kematian anak perempuannya itu. Namun begitu, kami memohon maaf kerana tidak dapat bermalam di situ. Kami pulang juga pagi itu ketika pengkebumian Ruhiyah. Walau bagaimanapun Syeikh Syilbi cuba meyakinkan kami bahawa perkara itu bukanlah satu kesalahan.

Salah seorang guru kami yang dimuliakan iaitu Syeikh Muhammad Zahran telah meninggal dunia. Walaupun begitu beliau berjaya menghapuskan keburukan itu dengan memberikan nasihat-nasihat serta pengajarannya sepanjang tiga hari berturut- Salah seorang guru kami yang dimuliakan iaitu Syeikh Muhammad Zahran telah meninggal dunia. Walaupun begitu beliau berjaya menghapuskan keburukan itu dengan memberikan nasihat-nasihat serta pengajarannya sepanjang tiga hari berturut-