Minat Saya Di Dalam Tariqat Sufi Hasafiyah

Minat Saya Di Dalam Tariqat Sufi Hasafiyah

Saya telah lihat ahli-ahli Tariqat Hasafiyah di dalam sebuah masjid kecil. Setiap hari selepas solah Isya’, mereka terus berzikir kepada Allah. Saya selalu menghadiri kuliah-kuliah Syeikh Muhammad Zahran antara solah Maghrib dan Isya’. Halaqah zikir yang diadakan itu disertai pula dengan nasyid yang merdu, menarik minat saya. lanya dihadiri oleh ulamak-ulamak dan pemuda-pemuda yang soleh. Mereka juga memberi layanan yang baik kepada kanak-kanak di situ untuk menyertai dalam halaqah zikir itu.

Lama-kelamaan hubungan saya dengan ‘Ikhwan Al-Hasafiyah’ semakin erat. Di antara orang-orang yang paling kuat mempengaruhi saya ialah Syeikh Syalbi Ar- Rijal, Syeikh Muhammad Abu Syousyah dan Syeikh Syed Uthman. Begitu juga dengan pendakwah-pendakwah muda seperti Muhammad Afandi Dimyatee, Sowi Afandi as-Sowi, Abdul Mut’al Afandi Sankal dan yang lain-lain lagi adalah hampir sebaya umur mereka dengan saya. Di sinilah saya bertemu dengan Ustaz Ahmad Sakri buat pertama kali, Beliau adalah wakil Ikhwanul Muslimun waktu itu. Pertemuan tersebut meninggalkan kesan yang hebat kepada kehidupan kami. Sejak itu, nama Syeikh Hasafi terus mempengaruhi saya dan saya berasa sangat gembira bila mendengar nama itu. Saya pun semakin kempunan hendak bertemu Syiekh itu dan mendapat faedah dari kuliah yang diberinya. Saya mula mengamal ‘Wazifah ar- Ruzooqiyyah’ di waktu subuh dan petang. Saya mula berminat dengan wazifah ini apabila bapa saya memberitahu bahawa kalimah di dalam wazifah tersebut diambil dari hadith-hadith sahih. Risalah ini dinamakan risalah (menerangkan hati untuk menjadi suci dengan zikir Ruzooqiyyah). Wazifah ini tidak melebihi dari ayat-ayat al- Quran dan hadith-hadith. Walaupun begitu tidak kedapatan padanya perkataan- Lama-kelamaan hubungan saya dengan ‘Ikhwan Al-Hasafiyah’ semakin erat. Di antara orang-orang yang paling kuat mempengaruhi saya ialah Syeikh Syalbi Ar- Rijal, Syeikh Muhammad Abu Syousyah dan Syeikh Syed Uthman. Begitu juga dengan pendakwah-pendakwah muda seperti Muhammad Afandi Dimyatee, Sowi Afandi as-Sowi, Abdul Mut’al Afandi Sankal dan yang lain-lain lagi adalah hampir sebaya umur mereka dengan saya. Di sinilah saya bertemu dengan Ustaz Ahmad Sakri buat pertama kali, Beliau adalah wakil Ikhwanul Muslimun waktu itu. Pertemuan tersebut meninggalkan kesan yang hebat kepada kehidupan kami. Sejak itu, nama Syeikh Hasafi terus mempengaruhi saya dan saya berasa sangat gembira bila mendengar nama itu. Saya pun semakin kempunan hendak bertemu Syiekh itu dan mendapat faedah dari kuliah yang diberinya. Saya mula mengamal ‘Wazifah ar- Ruzooqiyyah’ di waktu subuh dan petang. Saya mula berminat dengan wazifah ini apabila bapa saya memberitahu bahawa kalimah di dalam wazifah tersebut diambil dari hadith-hadith sahih. Risalah ini dinamakan risalah (menerangkan hati untuk menjadi suci dengan zikir Ruzooqiyyah). Wazifah ini tidak melebihi dari ayat-ayat al- Quran dan hadith-hadith. Walaupun begitu tidak kedapatan padanya perkataan-

Ketika ini saya berjumpa dengan sebuah kitab bertajuk 'Almanhal as-Safi fi Manaqib Hasnain al-Hasafi’. Hasnain al-Hasafi adalah pengasas dan pemimpin pertama Tariqat Hasafiyah (Ikhwan Al-Hasafi). Kini pemimpin Tariqat tersebut ialah Syeikh Abdul Wahab Hasafi, iaitu anak Syeikh Hasnain al-Hasafi. Semoga Allah merahmati Syeikh Abdul Wahab dan memberi kejayaan kepada segala usahanya. Saya tidak sempat menemui Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana dia telah meninggal dunia pada hari Khamis, 17 Jamadil Akhir, 1328 Hijrah. Saya berumur 4 tahun ketika itu. Walaupun dia kerap melawat negeri saya, tetapi saya tidak berpeluang menemuinya.

Melalui kitab tersebut, saya mendapat tahu bahawa Syeikh Hasnain adalah seorang ulamak Universiti al-Azhar yang alim. Beliau pakar dalam Ilmu Fiqh Mazhab Syafi’e dan Ulumud Din. Dia juga seorang ulamak yang luas pembacaannya. Beliau bersolat tepat pada waktunya dan banyak masanya habis dalam berzikir kepada Allah. Dia adalah seorang yang wara’ dan bertakwa. Dia juga menunaikan umrah dan Haji banyak kali. Para sahabatnya tidak dapat mencari orang lain yang lebih bertakwa yang mematuhi ajaran Allah, menunaikan segala perkara perkara yang wajib serta sentiasa memelihara perkara-perkara sunat.

Syeikh Hasnain Al-Hasafi tidak lalai dari mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara tersebut sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau berumur 60 tahun tetapi umurnya yang tua itu tidak menyekat dia dari menjalankan dakwah Islamiah. Dia menentang amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan menggalakkan amalan-amalan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau selalu menentang bida’ah-bida'ah yang menyusup masuk ke dalam amalan-amalan Tariqat Sufi. Dia menyeru manusia kepada perbuatan maaruf dan melarang manusia dari melakukan perbuatan yang haram. Beliau membawa perubahan yang hebat kepada masyarakatnya dengan membanteras banyak amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam. Pemikiran dan amalannya mengagumkan saya. Dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar, beliau tidak takut kepada sesiapa pun. Ada banyak peristiwa yang menggambarkan keberaniannya.

Pernah Syeikh Hasnain pergi menemui Perdana Menteri Mesir, Riyadh Basya. Pada waktu yang sama seorang ulama lain telah datang menemui Riyadh Basya. Ulama tersebut telah tunduk memberi hormat kepada Riyadh Basya. Syeikh Hanain naik radang dan terus menampar ulamak tadi sambil berkata, ‘Berdiri tegaklah engkau! Tidak dibenarkan ruku’ dalam Islam melainkan di hadapan Allah S.W.T. Janganlah engkau mencemar Islam dan ilmu yang ada padamu, nanti kelak Allah akan mencemarmu.’ Perdana Menteri Riyadh Basya dan ulamak tadi pun terpegun. Tidak seorang pun yang berani mengambil tindakan terhadap Syeikh Hasnain.

Apabila Syeikh Hasnain duduk, seorang pembesar pun tiba. Beliau adalah sahabat Riyadh Basya. Salah satu jarinya tersarung sebentuk cincin emas dan di samping itu dia juga membawa sebatang tongkat yang berkepala emas. Syeikh Hasnain pun menasihatinya, ‘Saudara ku! Kaum wanita diharuskan memakai perhiasan emas dan kaum lelaki diharamkan memakai emas. Lebih baik kau serahkan barang-barang emas yang ada padamu itu kepada kaum wanita di dalam keluargamu.

Jauhkan dirimu dari bertindak bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebelum pembesar tadi membangkang, Riyadh Basya masuk campur dan memperkenalkan mereka berdua. Namun begitu, Syeikh Hasnain masih bertegas supaya cincin emas dan emas di hujung tongkat ditanggalkan agar amalan yang bertentangan dengan Islam dapat dihentikan.

Satu hari Raja Mesir, iaitu Taufiq Pasya, telah menghadiri satu perhimpunan khas para ulamak. Syeikh Hasnain juga turut hadir di majlis itu. Apabila Syeikh Hasnain bertemu Taufiq Pasya, dia pun mengucap ‘Assalaamu’alaikum’ dengan kuatnya. Taufiq Pasya hanya membalas salam itu dengan mengangkat tangan saja. Tanpa rasa gentar, Syeikh Hasnain pun dengan lantang berkata, ‘Jawablah salam dengan cara yang sama atau dengan cara yang lebih baik lagi. Menurut Islam, tidak harus menjawab salam dengan tangan. Jawapan salam perlulah diberi dengan sepenuhnya iaitu ‘Wa a’laikumus-Salaam wa rahmatullahi wa barakatuh’. Taufiq Pasya berterima kasih pada Syeikh Hasnain kerana pendiriannya dan pegangannya dalam hal agama.

Satu hari Syeikh Hasnain pergi berjumpa salah seorang muridnya di Jabatan Ukur. Beliau lihat ada patung kecil di atas meja dalam pejabat muridnya itu. Syeikh Hasnain bertanya, ‘Apakah benda ini?’ Muridnya menjawab, ‘Patung ini perlu untuk kerja-kerja kami’. Syeikh itu menjawab, ‘Benda ini dilarang (diharamkan) Allah.’ Beliau pun mematahkan leher patung tersebut dengan tangannya sendiri. Di waktu itu, seorang Inspektor bangsa Inggeris masuk ke dalam pejabat itu. Dia bertanyakan Syeikh Hasnain mengenai perkara patung tadi. Dengan sopan santun, Syeikh itu menerangkan bahawa Islam datang untuk menegakkan Tauhid (Keesaan Allah) di atas muka bumi dan juga untuk menghapuskan berbagai bentuk penyembahan berhala. Islam telah mengharamkan patung agar ia tidak menjadi sumber penyembahan. Penerangan dasar-dasar Islam yang diberi oleh Syeikh Hasnain begitu elok sehingga dapat menyakinkan Inspektor tadi. Dia sangat tertarik dengan hujah-hujah Syeikh Hasnain sebab selama ini dia sangka penyembahan berhala wujud di dalam Islam. Dia menerima kebenaran Islam dan memuji Syeikh Hasnain.

Satu hari Syeikh Hasnain dan murid muridnya menziarahi Masjid Saidina Hussain (r.a.). Dia berdiri di hadapan kubur dan mengucapkan kalimah berikut:

Maksudnya: “Sejahtera ke atas mu ahli kubur yang Mu’min.”

Sementara itu seorang dari muridnya memohon, ‘Tuan! Beritahu Saidina Hussain agar dia memberkati aku.’ Syeikh Hasnain Al-Hasafi memandangnya dengan penuh marah dan berkata, “Semoga Allah memberkati kita dan dia (yakni Saidina Hussain). Kemudian dia, meminta semua murid-muridnya berhimpun di situ kerana dia hendak memberi syarahan. Dalam perhimpunan tersebut beliau menghurai secara terperinci adab dan peraturan menziarahi kubur. Beliau juga menjelaskan perbezaan antara bidaah dan syara’ dalam persoalan menziarahi kubur.

Bapa saya pernah menceritakan bahawa dia, Syeikh Hasnain dan para anggota Tariqat Hasafiah yang lain telah berkumpul di rumah Hasan bin Abu Syed Hasnain. Seorang pelayan wanita yang masih muda masuk ke dalam majlis untuk menghidangkan kopi. Kepala dan tangannya terdedah. Syeikh Hasnain memandang wanita tadi dengan marahnya dan dia menyuruh wanita itu keluar. Syeikh Hasnain Bapa saya pernah menceritakan bahawa dia, Syeikh Hasnain dan para anggota Tariqat Hasafiah yang lain telah berkumpul di rumah Hasan bin Abu Syed Hasnain. Seorang pelayan wanita yang masih muda masuk ke dalam majlis untuk menghidangkan kopi. Kepala dan tangannya terdedah. Syeikh Hasnain memandang wanita tadi dengan marahnya dan dia menyuruh wanita itu keluar. Syeikh Hasnain

Inilah di antara nilai-nilai akhlak Syeikh Hasnain Al-Hasafi yang banyak mempengaruhi saya. Para anggota Tariqat Hasafiah selalu memuji ajaran Syeikh Hasnain, tetapi saya lebih tertarik dengan ajaran-ajaran yang diamalkannya. Saya yakin Allah telah memberinya kuasa istimewa untuk menyebarkan Islam. Beliau telah berusaha mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran dengan tabahnya. Saya mula mengenal Syeikh Hasnain Al-Hasafi ketika saya berumur 12 tahun. Pengenalan saya dengan Syeikh itu kian teguh lantaran satu peristiwa aneh. Saya telah membaca buku beliau berulang kali. Satu hari saya telah bermimpi. Dalam mimpi itu, saya sedang berada di sebuah tanah perkuburan. Saya lihat salah satu kubur bergegar dan bergerak. Gegaran berterusan untuk tempoh waktu yang lama. Akhirnya kubur tadi pecah. Api memancut keluar darinya dan menjulang ke langit. Api itu bertukar membentuk satu lembaga manusia lelaki. Lembaga itu adalah satu lembaga panjang yang menggerunkan. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya. Gergasi itu berteriak sambil berkata kepada orang ramai yang berkumpul di sekelilingnya, ‘Wahai manusia! Perkara perkara yang diharamkan Allah kepada kamu kini telah dihalalkan. Sekarang kamu buatlah apa yang kamu suka.’ Saya pun muncul dari khalayak ramai dan berkata, ‘Kau pendusta.’ Orang ramai pun berpaling melihat saya dan saya memberitahu mereka, ‘Wahai manusia yang dikasihi! Dia adalah syaitan yang dilaknat. Dia telah datang untuk menyesat dan menghasutkan kamu. Jangan dengar kata katanya! Jika tidak, kamu akan sesat.’ Gergasi tadi naik marah dan berkata, ‘Sekarang kita akan berlumba lari di hadapan orang ramai. Jika kau menang, kau dianggap benar. Jika aku menang, akulah yang benar.’ Saya menerima cabarannya itu. Saya pun berlari sepantas yang saya mampu. Malangnya kaki saya tidak dapat bersaing dengan kaki gergasi yang besar itu. Belum sempat gergasi tersebut menangkap saya, Syeikh Hasnain Al-Hasafi muncul dan memeluk saya. Beliau memegang saya dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya diangkat dan dihalakan kepada gergasi yang sedang pantas bergerak itu. Beliau berteriak dengan kuat, ‘Nyahlah engkau wahai syAltan yang terkutuk!’ Gergasi tadi cabut lari dan menyembunyikan dirinya. Syeikh Hasnain pun turut lesap.

Saya pergi bertemu orang ramai tadi dan berkata, ‘Awak semua telah saksikan sendiri usaha syaitan hendak menyesatkan awak dari jalan kebenaran yang ditunjukkan Allah.’ Selepas itu saya pun terkejut jaga. Semenjak hari itu, saya pun begitu kempunan hendak bertemu Syed Abdul Wahab Al-Hasafi, iaitu putera Syeikh Hasnain Al-Hasafi kerana hendak belajar dasar dasar Akhlak Islam darinya tetapi dia tidak muncul.

Berhubung dengan peristiwa di perkuburan itu, saya teringat kepada saudara seagama saya, iaitu Syeikh Muhammad Abu Syousya, seorang saudagar di Mahmoodiyah. Saya terhutang budi kepadanya kerana dia banyak memberi bimbingan rohani kepada saya. Dia mengumpul lapan hingga sepuluh orang budak lelaki termasuk saya dan membawa kami ke tanah perkuburan. Kami menziarahi kubur sambil berzikrullah di masjid Syeikh Najeeli. Syeikh Muhammad Abu Syousya menceritakan kisah kisah para wali dan orang-orang soleh kepada kami dengan cara yang begitu menarik sehingga air mata kami mengalir. Kemudian dia menunjuk Berhubung dengan peristiwa di perkuburan itu, saya teringat kepada saudara seagama saya, iaitu Syeikh Muhammad Abu Syousya, seorang saudagar di Mahmoodiyah. Saya terhutang budi kepadanya kerana dia banyak memberi bimbingan rohani kepada saya. Dia mengumpul lapan hingga sepuluh orang budak lelaki termasuk saya dan membawa kami ke tanah perkuburan. Kami menziarahi kubur sambil berzikrullah di masjid Syeikh Najeeli. Syeikh Muhammad Abu Syousya menceritakan kisah kisah para wali dan orang-orang soleh kepada kami dengan cara yang begitu menarik sehingga air mata kami mengalir. Kemudian dia menunjuk

Hati saya sentiasa teringat Syeikh Hasan sehinggalah saya memasuki Maktab Perguruan Damanhur. Makam Syeikh Hasan berada di Damanhur. Masjid beliau yang belum siap itu juga berada di Damanhur. Ketika itu hanya asas masjid saja yang siap. Masjid itu dapat disiapkan kemudiannya. Saya menziarahi makam Syeikh Hasan setiap hari. Saya bergaul rapat dengan para anggota Tariqat Hasafiyah. Setiap malam saya menghadiri syarahan-syarahan yang diberi di Masjid At-Taubah. Saya bertanya berkenaan ketua Tariqat Hasafiyah di situ dan mendapat tahu namanya ialah Syeikh Basiyooni Alatt. Beliau adalah seorang peniaga yang bertaqwa dan wara’. Saya memohon kepada beliau supaya memperkenaikan saya dengan Syeikh Syed Abdul Wahab Al-Hasafi. Syeikh Basiyooni pun berjanji hendak memperkenalkan saya dengan Syeikh tersebut apabila dia melawat Damanhur. Sebelum ini saya belum pernah menyatakan bai’ah (sumpah setia) dengan sesiapa pun. Menurut para anggota Tariqat Hasafiyah, saya masih di peringkat ‘Muhib’ (orang yang kasih kepada orang orang wara’ dan soleh) dan bukannya murid (pengikut).

Satu hari Syed Abdul Wahab melawat Damanhur. Para anggota Tariqat Hasafiyah menyampaikan berita kedatangannya itu kepada saya. Alangkah gembiranya saya. Saya pergi bertemu Syeikh Basiyooni dan meminta beliau membawa saya kepada Syeikh Abdul Wahab Al-Hasafi pada hari Ahad, 4 haribulan Ramadhan, 1341 Hijrah, lepas solat Asar. Saya pun menyatakan bai’ah saya dengan meletakkan tangan saya di atas tangan Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab. Dengan demikian, rasmilah saya sebagai salah seorang anggota Tariqat Hasafiyah. Syed Muhammad Abdul Wahab membenarkan saya menggunakan segala kemudahan kemudahan yang dikhaskan kepada para anggota Tariqat Hasafiyah.

Semoga Allah merahmati Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab. Saya beruntung banyak dapat bergaul dengannya. Setiap usaha beliau adalah kebaikan semata. Beliau adalah seorang yang wara’ dan berakhlak mulia. Beliau tidak mengejar pangkat dan kekayaan orang lain. Setiap masalah dihadapinya dengan penuh bijaksana. Hayatnya habis dalam mengajar orang dan beribadat kepada Allah. Beliau memimpin para anggota Tariqat Hasafiyah dengan penuh kebaikan dan kejayaan.

Di antara ajarannya yang menarik ialah Syeikh Syed Abdul Wahab tidak membenarkan para anggota Tariqatnya yang terpelajar berbincang masalah-masalah khilaf dan meragukan dan menyebut-nyebut percakapan orang-orang Mulhid dan Zindiq di hadapan para anggota Tariqat biasa. Katanya kepada mereka, ‘Berbincanglah perkara perkara itu di dalam perjumpaan perjumpaan khas awak. Ketika berdakwah kepada orang awam, hendaklah menyentuh perkara-perkara yang Di antara ajarannya yang menarik ialah Syeikh Syed Abdul Wahab tidak membenarkan para anggota Tariqatnya yang terpelajar berbincang masalah-masalah khilaf dan meragukan dan menyebut-nyebut percakapan orang-orang Mulhid dan Zindiq di hadapan para anggota Tariqat biasa. Katanya kepada mereka, ‘Berbincanglah perkara perkara itu di dalam perjumpaan perjumpaan khas awak. Ketika berdakwah kepada orang awam, hendaklah menyentuh perkara-perkara yang

Pada waktu itu, kami berpakat hendak menubuhkan satu pertubuhan di Mahmoodiyah. Pertubuhan itu digelar ‘Persatuan Kebajikan Hasafiah’. Seorang peniaga/saudagar Mahmoodiyah terkenal yang bernama Ahmad Afandi as-Sakri telah dilantik Sebagai yang Di Pertua dan saya pula dilantik Sebagai Setiausaha. Kegiatan persatuan tertumpu kepada dua bidang yang penting. Bidang pertama menyebarkan dakwah untuk pembinaan akhlak orang ramai dan membanteras kemungkaran di kalangan masyarakat. Bidang kedua melibatkan usaha menentang kegiatan risalah Kristian. Para anggota ini yang paling gigih terdiri dari tiga orang wanita. Mereka berusaha menyebar agama Kristian dengan bertopengkan kursus jahitan serta tekat menekat dan juga dengan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan rawatan perubatan.

Persatuan Kebajikan Hasafiyah ‘menghadapi gerakan Kristian’ ini habis- habisan. Usaha ini mendapat penghargaan dari orang ramai. Kemudiannya, usaha ini diteruskan oleh Ikhwanul Muslimin.

Hubungan kami dengan Syed Abdul Wahab Al-Hasafi tetap baik sehinggalah tertubuh dan berkembangnya gerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh negara Mesir. Selepas itu, pendapat beliau dan pendapat kami mengenai Ikhwanul Muslimin berubah. Namun begitu, kami masih menyimpan rasa terhutang budi dan rasa hormat kepadanya. Beliau adalah seorang ahli ibadat yang baik dan wara’.