Tuhan yang Disembah

Tuhan yang Disembah

Pada suatu, hari dua orang anggota Ikhwan datang kepada saya dan berkata, ‘Satu fitnah yang menyentuh kita sedang disebarkan di seluruh bandar dan kami tidak Pada suatu, hari dua orang anggota Ikhwan datang kepada saya dan berkata, ‘Satu fitnah yang menyentuh kita sedang disebarkan di seluruh bandar dan kami tidak

Maksudnya: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu akan mendengar banyak perkataan yang menyakitkan hati dari orang-orang keturunan Kitab yang terdahulu, dan dari orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (penyembah berhala). dan kalau kamu sabar dan memelihara dirimu, sesungguhnya hal itu termasuk perkara keteguhan hati yang utama.”

‘Oleh itu, kita mestilah bersabar dan bertakwa. Apabila fitnah dilempar kepada kita, ini membuktikan bahawa kita benar-benar sedang berjuang untuk Islam. Sudah menjadi amalan para penentang Islam untuk menyebar fitnah terhadap pendakwah- pendakwah Islam yang benar. Cara yang serupa juga digunakan oleh musuh-musuh Islam ketika peringkat awal dulu bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak terkecuali dari tindakan mereka.’ Saya pun menerangkan dengan terperinci latar belakang sejarah gerakan Islam tetapi mereka masih berasa bimbang dan berkata, ‘Tuduhan ini sangat buruk dan kami tidak boleh berdiam diri. Tuduhan yang merbahaya ini sedang disebarkan oleh beberapa orang yang terkenal.’

Saya bertanya mereka, ‘Apakah tuduhan itu?’ Mereka menjawab, ‘Mereka menuduh awak sedang menyuruh kami supaya menyembah awak dan bukannya Allah. Mereka juga menuduh pihak Ikhwan yakin bahawa Hasan Al Banna itu tuhan dan tidak bersifat baharu (tidak mati dan kekal abadi) dan bukan pula seorang Rasul atau wali. Sebelum kami datang ke sini, kami telah mengetahui punca fitnah tersebut. Orang yang memulakannya adalah seorang pemimpin dan ulamak yang memegang jawatan penting. Kata-katanya dipercayai orang. Kami telah menyiasat perkara ini dengan teliti, bahkan kami telah menemui ulamak tersebut dan memintanya memberitahu dari mana dia mendapat maklumat yang mengatakan pihak Ikhwan menganggap Hasan Al Banna sebagai tuhan mereka. Dia menjawab, Saya dengar dari Hasan Al Banna sendiri.’ Kami terkejut mendengar jawapannya. Kami bertanya lagi dan dia memberi jawapan yang serupa.

‘Kami tidak percaya kata-katanya kamu. Kami datang menemui awak kerana hendak tahu perkara sebenarnya. Sebenarnya kami terpegun dengan, keyakinan itu. Kami ingin awak memberi penjelasan sebenar mengenai tuduhan itu.’

Berita ini betul-betul menggemparkan saya. Saya terkejut melihat orang-orang itu sanggup menipu manusia sehingga ke peringkat ini. Saya pun mula mengingat kembali kalau-kalau saya pernah bertemu dengan ulamak tersebut. Saya juga mual memikirkan sebab yang telah mencetuskan fitnah tadi. Namun begitu, saya gagal membuat sebarang kesimpulan. Saya pun bangun serta merta dan mengajak dua orang anggota Ikhwan mengikut saya. Saya juga mengajak dua orang guru Ikhwan yang kenal baik dengan ulamak tadi. Saya menceritakan perkara itu kepada mereka berdua dan terus berkata, ‘Kita mesti pergi berjumpa ulamak itu dan meminta dia memberitahu punca fitnah tersebut. Selepas mendengar laporan kedua sahabat kita ini, saya tidak ada pilihan lain lagi selain dari menyiasat perkara yang sebenarnya. Saya Berita ini betul-betul menggemparkan saya. Saya terkejut melihat orang-orang itu sanggup menipu manusia sehingga ke peringkat ini. Saya pun mula mengingat kembali kalau-kalau saya pernah bertemu dengan ulamak tersebut. Saya juga mual memikirkan sebab yang telah mencetuskan fitnah tadi. Namun begitu, saya gagal membuat sebarang kesimpulan. Saya pun bangun serta merta dan mengajak dua orang anggota Ikhwan mengikut saya. Saya juga mengajak dua orang guru Ikhwan yang kenal baik dengan ulamak tadi. Saya menceritakan perkara itu kepada mereka berdua dan terus berkata, ‘Kita mesti pergi berjumpa ulamak itu dan meminta dia memberitahu punca fitnah tersebut. Selepas mendengar laporan kedua sahabat kita ini, saya tidak ada pilihan lain lagi selain dari menyiasat perkara yang sebenarnya. Saya

Kami berlima pun pergi ke rumah ulamak tadi dan mengetuk pintu. Pintu dibuka dan kami pun masuk dan duduk di bilik menanti. Tidak lama kemudian, ulamak itu muncul dan mernberi salam kepada kami. Sebaik saja dia melihat kami mukanya menjadi pucat. Dia mula menggeletar dan suaranya pun tersekat-sekat. Dia tahu bahawa dia kini sedang menghadapi kesukaran. Saya pun berkata kepadanya, ‘Kedua sahabat saya ini mengatakan bahawa awak telah mendengar saya menyeru orang menyembah saya dan bukannya menyembah Allah. Sekarang saya hendak penjelasan sama ada awak mengaku atau menyangkal kenyataan mereka itu.’ Ulamak itu menjawab, ‘Benar, saya telah berkata begitu.’ Kemudian saya menyambung, ‘Sekarang jelaslah kedudukan dua sahabat saya itu. Mereka telah menyampaikan berita yang benar. Semoga Allah mencucuri rahmat dan berkat ke atas mereka kerana telah berkata benar.’

Selepas itu, saya berpaling ke arah ulamak tadi dan berkata, ‘Maulana, bilakah awak mendengar saya menyeru para pengikut saya supaya menyembah saya seperti Tuhan?’ Ulamak itu menjawab, Saya agak awak melakukan perkara itu sebulan yang lalu ketika kita berada di dalam sebuah masjid. Seorang guru yang bernama Muhammad Al Laitsee Afandi telah datang dan duduk bersama sama kita. Kemudian para anggota Ikhwan pun tiba seorang demi seorang dan mengucapkan salam kepada awak. Setelah melihat tingkah laku mereka ini, Muhammad AI Laitsee Afandi pun berkata kepada awak, ‘Tuan, para anggota Ikhwan menyayangi tuan sehingga ke peringkat menyembah.’ Kemudian awak menjawab, tika mereka kasih kerana Allah, itu adalah tindakan terpuji. Kami berdo'a kepada Allah agar menambahkan lagi kasih sayang yang seumparna itu.’ Awak juga menyebut kata-kata Imam Syafi’e yang berbunyi demikian:

Maksudnya: “Apabila ada golongan rafidh yang kasih pada keluarga Muhammad maka hendaklah jin dan manusia menyaksikan bahawa saya juga golongan itu (yakni rafidh).”

Saya pun berkata kepada ulamak itu, ‘Ya, saya masih ingat peristiwa itu.’ Ulamak itu pun terus menambah, ‘Bukankah itu bermakna mereka menyembah awak?’ Seorang anggota Ikhwan yang mengiringi saya dan di samping itu menjadi kawan kepada ulamak tadi pun bangun dan mula mengecamnya. Dia juga menyerbu dan memukul ulamak itu di dalam rumahnya sendiri. Katanya dengan penuh kemarahan, ‘Inikah saja yang awak dapat fahami? Adakah itu yang dipelajari oleh awak? Inikah caranya menyampaikan kebenaran?’ Kami pun menyuraikan mereka. Saya pun berkata kepada ulamak tadi, ‘Maulana, awak telah menyebut kata-kata saya dan awak juga berhak meletakkan maksud yang awak suka. Tetapi awak telah silap bila awak telah berpendapat saya telah menyuruh para anggota Ikhwan menyembah saya (sedangkan Islam melarang berbuat demikian). Awak tidak menyebut langsung tindakan saya memarahi Muhammad Al Laisee Afandi kerana menggunakan perkataan perkataan tadi (yakni menyembah) tadi. Saya telah memberitahunya bahawa penggunaan perkataan-perkataan itu bertentangan dengan Islam. Pendapat- Saya pun berkata kepada ulamak itu, ‘Ya, saya masih ingat peristiwa itu.’ Ulamak itu pun terus menambah, ‘Bukankah itu bermakna mereka menyembah awak?’ Seorang anggota Ikhwan yang mengiringi saya dan di samping itu menjadi kawan kepada ulamak tadi pun bangun dan mula mengecamnya. Dia juga menyerbu dan memukul ulamak itu di dalam rumahnya sendiri. Katanya dengan penuh kemarahan, ‘Inikah saja yang awak dapat fahami? Adakah itu yang dipelajari oleh awak? Inikah caranya menyampaikan kebenaran?’ Kami pun menyuraikan mereka. Saya pun berkata kepada ulamak tadi, ‘Maulana, awak telah menyebut kata-kata saya dan awak juga berhak meletakkan maksud yang awak suka. Tetapi awak telah silap bila awak telah berpendapat saya telah menyuruh para anggota Ikhwan menyembah saya (sedangkan Islam melarang berbuat demikian). Awak tidak menyebut langsung tindakan saya memarahi Muhammad Al Laisee Afandi kerana menggunakan perkataan perkataan tadi (yakni menyembah) tadi. Saya telah memberitahunya bahawa penggunaan perkataan-perkataan itu bertentangan dengan Islam. Pendapat-