Masyarakat Ismalliah

Masyarakat Ismalliah

Separuh dari tempoh tahun akademik di Ismailiah (iaitu dari akhir tahun 1927 sehingga permulaan tahun 1928) saya telah habiskan di dalam kegiatan-kegiatan yang telah saya sebutkan sebelum ini. Saya memang bertujuan hendak mengkaji bandaraya ini (yakni bandaraya Ismailiah) dan para penduduknya secara mendalam agar saya berupaya mengetahui ciri-ciri yang mempengaruhi kehidupan mereka. Setelah mengkaji, saya membuat kesimpulan bahawa ada empat ciri yang mempengaruhi kehidupan di bandaraya Ismailiah. Iaitu:

i) para ulamak;

ii) para Syeikh Tariqat (para pemimpin kumpulan Tariqat Sufi);

iii) golongan atasan (elite);

iv) dan kelab-kelab.

Saya mengambil sikap menghormati para ulamak di situ dan mengelak diri saya dari bertelingkah dengan mereka ketika saya menyampaikan ceramah atau syarahan. Jika seseorang ulamak muncul ketika saya menyampaikan ceramah, saya akan berundur diri dan memperkenalkannya kepada para hadirin. Sikap saya ini membawa kesan yang baik kepada para ulamak tersebut sehingga mereka selalu memuji saya.

Teringat saya kepada satu peristiwa yang berkaitan dengan perkara ini. Ada seorang Syeikh Al-Azhar (yang bernama Syeikh Abdus Salaam) yang telah menghabiskan banyak tahun di dalam sistem pengajian Al-Azhar yang lama. Dia gemar berbincang dan selalu memberi masalah kepada para penceramah dengan menimbulkan persoalan-persoalan luar biasa. Dia gemar berbincang tajuk-tajuk dan huraian-huraian yang diambil dari bahan-bahan rujukan lama. Satu hari dia cuba melibatkan saya di dalam perbincangannya itu. Ketika itu saya sedang menceritakan kisah Nabi Ibrahim a.s. kepada para hadirin. Dia bertanya kepada saya nama bapa Nabi Ibrahim a.s. Saya senyum dan menjawab, “Maulana Syeikh Abdus Salaam. Adalah dipercayai nama bapanya ialah Tarikh dan nama bapa saudaranya ialah Azar. Tetapi di dalam Al-Quran, nama bapa Nabi Ibrahim disebut Azar. Tidak salah jika Azar dianggap bapa saudaranya kerana di dalam kamus Arab, bapa saudara kerap kali dianggap bapa. Setengah pentafsir berpendapat bahawa Azar adalah nama berhala. Yakni Azar bukanlah nama bapanya atau bapa saudaranya. Huraian ayat Al-Quran: (s. An-An’aam .74)

Maksudnya:

“Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar. Mengapakah engkau mengambil berhala-hala sebagai tuhan-tuhan?”

Yang di mana ayat ini boleh membawa erti ‘Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya tinggalkan Azar. Mengapakah engkau mengambil berhala berhala sebagai tuhan-tuhan?”.

Syeikh itu tidak ingin perkara itu berakhir begitu saja. Dia berkata, ‘Nama bapa Nabi Ibrahim ialah Tarukh, tetapi awak menyebut Tarikh.’

Saya membalas, ‘Namanya mungkin juga Tarukh. Walau bagaimanapun, nama itu bukanlah nama Arab. Sebutan nama yang betul tertakluk kepada sejauh mana kita mengetahui bahasa itu. Apa yang penting ceramah ini bertujuan memberikan nasibat dan gambaran.’

Syeikh itu terus mengganggu saya dengan cara itu setiap kali saya memberi ceramah. Tujuannya ialah hendak menyuraikan para hadirin dengan tajuk-tajuk perbincangan yang beku agar medan dakwah terletak di tangan para ulamak saja. Saya pun menyusun satu rancangan untuk menyekat kegiatan Syeikh itu. Saya menjemput dia ke rumah dan mengalu-alukan kedatangannya. Saya menghadiahkan dua buah buku mengenai ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Saya memberitahunya saya sedia menghadiahkan sebarang buku yang dia suka. Dia sangat gembira mendengar kata- kata saya itu. Semenjak itu dia menghadiri majlis ceramah saya dan mendengar dengan penuh perhatian. Di samping itu, dia juga menasihati orang ramai supaya Syeikh itu terus mengganggu saya dengan cara itu setiap kali saya memberi ceramah. Tujuannya ialah hendak menyuraikan para hadirin dengan tajuk-tajuk perbincangan yang beku agar medan dakwah terletak di tangan para ulamak saja. Saya pun menyusun satu rancangan untuk menyekat kegiatan Syeikh itu. Saya menjemput dia ke rumah dan mengalu-alukan kedatangannya. Saya menghadiahkan dua buah buku mengenai ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Saya memberitahunya saya sedia menghadiahkan sebarang buku yang dia suka. Dia sangat gembira mendengar kata- kata saya itu. Semenjak itu dia menghadiri majlis ceramah saya dan mendengar dengan penuh perhatian. Di samping itu, dia juga menasihati orang ramai supaya

“Hendaklah kamu bertukar-tukar hadiah antara satu sama lain kerana hal ini akan mewujudkan kasih sayang di antara kamu.”

Cara ini begitu berkesan untuk tempoh waktu yang agak lama juga. Tetapi perangai manusia berterusan mengalami perubahan. Lihatlah contoh para Syeikh dan kumpulan Tariqat Sufi mereka. Di dalam bandaraya Ismailiah, jumlah mereka agak banyak juga. Sejumlah dari mereka melawat Ismailiah berulang kali. Saya tidak akan lupa majlis-majlis perjumpaan Syeikh Hasan Abdullah Al-Muslimi, Syeikh Abood As-Syazli, Syeikh Abdul Wahab ad-Dandrawi dan lain-lain lagi. Waktu inilah Syeikh Abdur-Rahman Saad melawat Ismailiah. Dia ialah salah seorang Khalifah Tariqat Hasafiyah. Caranya ialah dengan memberi ceramah dahulu kemudian baru mengepalai majlis zikir. Dia datang ke masjid. Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Mula-mula dia berceramah, kemudian dia menjemput para hadirin menyertai majlis zikirnya. Saya dapati caranya itu bertepatan dengan peraturan Tariqat Hasafiyah. Akhirnya saya memperkenalkan diri saya kepadanya.

Sebenarnya saya tidak tertarik dengan mana-mana cara (sistem) tertentu untuk menyebarkan Islam. Saya ada berbagai alasan kerana bersikap demikian. Sebab utama ialah saya tidak mahu mewujudkan perselisihan di kalangan orang-orang yang mengikuti cara-cara lain. Saya juga tidak.terkongkong kepada sesuatu golongan Muslimin tertentu saja atau menumpukan kegiatan saya kepada salah satu sudut Islam saja. Sebaliknya, saya berusaha sedaya upaya agar dakwah saya sampai kepada rakyat biasa berdasarkan ilmu, pengalaman, latihan dan usaha-usaha yang berterusan. Ini merupakan rukun dakwah. Orang ramai patut diberi kebebasan memilih cara yang mereka suka. Namun begitu, saya mengalu-alukan kedatangan Syeikh Abdur-Rahman Saad walaupun saya tidak terikat secara langsung dengan kumpulannya. Dia juga menasihati orang ramai supaya mendengar ceramah saya dengan penuh minat. Selepas beberapa hari, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggalkan Ismailiah.

Ketika ini juga saya bertemu dengan Syed Muhammad Al-Hafiz At-Tijani. Tujuannya datang ke Ismailiah kerana hendak memberi amaran kepada orang ramai mengenai rancangan jahat golongan yang menganut fahaman Bahai. Waktu itu, penyokong-penyokong Bahai sangat giat menjalankan dakyah mereka di Ismailiah. Syed Muhammad Al-Hafiz memainkan peranan penting dalam menyedarkan orang ramai kepada komplot orang Bahai. Dia mendedahkan kepalsuan dan penipuan orang Bahai terhadap agama. Saya begitu tertarik kepada Syed Muhammad Al-Hafiz di segi ilmu; di segi kemuliaan dan kealimannya terhadap Islam. Saya mengemukakan kepadanya segala pandangan yang pernah disuarakan oleh masyarakat terhadap amalan Tariqatnya yang bergelar Tijaniyah itu. Banyak malam telah saya habiskan untuk perbincangan-perbincangan ini. Syed Al-Hafiz menerangkan pendapatnya mengenai Tariqat sufinya itu. Namun begitu, dia menolak pendapat-pendapat yang bertentangan dengan Islam.

Memang menjadi dasar saya untuk menurut ragam dan bahasa mereka setiap kali saya menghadiri majlis-mailis Syeikh Tariqat Sufi. Tetapi, apabila saya bertemu mereka secara berasingan, saya pun menceritakan kepada mereka nasib umat Islam yang begitu menyedihkan sekali sehingga dasar-dasar Islam yang paling asasi pun Memang menjadi dasar saya untuk menurut ragam dan bahasa mereka setiap kali saya menghadiri majlis-mailis Syeikh Tariqat Sufi. Tetapi, apabila saya bertemu mereka secara berasingan, saya pun menceritakan kepada mereka nasib umat Islam yang begitu menyedihkan sekali sehingga dasar-dasar Islam yang paling asasi pun

Saya masih ingat pertemuan saya dengan Syeikh Abdul Wahab ad-Dandrawi. Dia adalah seorang pemuda yang sebaya umur dengan saya. Dia mungkin berumur dua puluh atau dua puluh satu waktu itu. Saya dapati beliau termasuk di kalangan orang-orang yang benar dan berakhlak mulia. Saya menghadiri majlisnya dengan penuh tertib. Apabila majlisnya itu berakhir, saya memohon berjumpa dengannya secara tertutup di dalam sebuah bilik. Sebaik saja saya masuk ke dalam biliknya, saya pun menanggalkan tarbus saya dan meletakkannya di atas sebuah kerusi. Lantas saya pun menanggalkan serbannya dan meletakkannya berdekatan dengan tarbus tadi. Dia terkejut metihat perbuatan saya itu. Belum pernah dia mengalami peristiwa seperti itu. Saya berkata kepadanya, ‘Saudara, janganlah menegur sikap saya.ini. Saya lakukan ini untuk menghilangkan perbezaan antara kita berdua. Saya ingin bercakap dengan seorang pemuda Islam yang bernama Abdul Wahab ad-Dandrawi. Saya telah pun meninggalkan Syeikh Abdul Wahab di majlis tadi. Saudara, umur awak baru menjangkau dua puluh tahun. Dengan rahmat Allah, awak kini berada di kemuncak keremajaan hidup. Perhimpunan-perhimpunan manusia berada di hadapan awak. Orang ramai mengerumuni awak kerana Allah inginkan demikian. Mereka menghabiskan malam mereka di dalam ibadat dan zikir tanpa melakukan kegiatan- kegiatan lain. Kebanyakan mereka juga turut jahil mengenai dasar-dasar Islam. Mereka juga tidak sedar tentang keagungan dan kegemilangan Islam. Adakah awak sanggup membiarkan perkara ini berlaku?’

Dia menjawab, ‘Apa yang boleh saya buat?’ Saya pun terus berkata, ‘Cubalah awak sedarkan mereka melalui ilmu, penyusunan dan pengawasan dan satukan mereka. Semaikan ke dalam diri mereka kesedaran bahawa mereka akan dihisabkan oleh Allah kelak. Ceritakan kepada mereka sejarah para Mujahidin Islam dan kisah riwayat hidup tokoh-tokoh Islam terkemuka yang wara’ dan bertakwa.’ Syeikh ad- Dandrawi berbincang mengenai perkara-perkara ini dengan saya agak lama juga.

Behau tertarik dengan percakapan saya. Akhirnya kami berdua pun berjanji untuk bekerjasama dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sesungguhnya, kami telah menjadi saudara di dalam Islam dan sama-sama berazam untuk berkhidmat kepada Islam. Kami mengambil keputusan bahawa setiap orang dari kami akan bergiat di bidang masing-masing dan menyampaikan Risalah Islamiah kepada rakyat. Saya Behau tertarik dengan percakapan saya. Akhirnya kami berdua pun berjanji untuk bekerjasama dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sesungguhnya, kami telah menjadi saudara di dalam Islam dan sama-sama berazam untuk berkhidmat kepada Islam. Kami mengambil keputusan bahawa setiap orang dari kami akan bergiat di bidang masing-masing dan menyampaikan Risalah Islamiah kepada rakyat. Saya