Berdakwah di luar Ismaillah - Aboo Suwair

Berdakwah di luar Ismaillah - Aboo Suwair

Aboo Suwair terletak di sebelah perkhemahan tentera British dan berhampiran dengan Ismailiah. Jaraknya dari Ismailiah ialah 15 kilometer. Para penduduknya Aboo Suwair terletak di sebelah perkhemahan tentera British dan berhampiran dengan Ismailiah. Jaraknya dari Ismailiah ialah 15 kilometer. Para penduduknya

Beberapa orang lain juga sedang berada di dalam kedainya. Saya memperkenalkan diri saya kepadanya dan menerangkan tujuan saya melawat Aboo Suwair. Saya memberitahunya, ‘Saya dapati awak memiliki sifat-sifat yang mulia. Saya rasa awak mampu memikul tugas di dalam Ikhwanul Muslimin.’ Saya menjelaskan tujuan dan matlamat perjuangan Ikhwanul Muslimin kepada Syeikh Muhammad Al Ajroodi dan rakan-rakannya. Saya menerangkan kepada mereka bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang yang teragung dan termulia bagi seluruh umat manusia. Saya memperingatkan mereka bahawa masyarakat kita sedang menuju kemusnahan dan kemungkaran telah merebak luas. Hal ini berlaku kerana kita lupa kewajipan kita kepada Allah. Kita berkewajipan melancarkan gerakan menyekat kemungkaran dari berleluasa dan menegakkan undang-undang Islam. Ini saja caranya manusia dapat merasa kebahagiaan dan masyarakat yang baik dapat ditegakkan. Kita berdosa jika kita mengenepikan kewajipan ini. Kita juga berkewajipan mencegah kemungkaran dan menyebar kebaikan. Perjuangan ini tidak boleh dilaksanakan bersendirian (atau berseorangan). Sebuah jemaah yang tersusun rapi diperlukan untuk menjalankan tugas ini. Jemaah sedemikian perlu ditubuhkan di setiap kawasan. Kita boleh namakan jemaah itu “Ikhwanul Muslimin’.

Syeikh Ajroodi dan rakan-rakannya mendengar penjelasan saya dengan penuh minat. Pada mulanya mereka menyangka saya mewakili satu pertubuhan kebajikan atau hanya hendak menyampaikan ceramah kepada mereka. Syeikh Ajroodi menunjukkan sikap baiknya dengan mengajak saya makan tengahari dan memesan secawan kopi untuk saya. Saya tersinggung dengan ajakan itu dan lantas bangun untuk pergi dari situ. Tetapi Syeikh Ajroodi meminta saya menyampaikan ceramah di masjid atau di surau yang terletak di tepi laut kerana orang kerap berkumpul di situ. Walaubagaimanapun saya memilih sebuah kedai kopi untuk menyampaikan ceramah. Cadangan saya itu diterima. Orang ramai berkumpul di kedai kopi tersebut. Mereka mendengar ceramah saya dengan penuh minat. Mereka terkejut dengan apa yang mereka dengar dan lihat. Mereka terpegun melihat seorang pemuda menyampaikan ceramah sedemikian rupa di dalam sebuah kedai kopi. Mereka tahu saya bukannya seorang Imam sebuah masjid atau seorang wali atau seorang ulamak besar. Mereka tertarik hati dengan ceramah saya itu dan meminta saya datang lagi untuk memberi ceramah. Saya memenuhi permintaan mereka itu.

Lawatan saya yang berulang kali ke Aboo Suwair telah membuahkan hasil yang baik. Satu hari, kami berkumpul di rumah Ahmad Afandi Dasuqi dan membuat keputusan membuka cawangan Ikhwanul Muslimin di Aboo Suwair. Walaupun bandarnya kecil, tetapi masih wujud perselisihan dan iri hati di kalangan penduduknya. Saya bukanlah penduduk asal Aboo Suwair. Ahmad Afandi telah dipilih menjadi Yang Di Pertua Ikhwanul Muslimin Cawangan Aboo Suwair. Beliau Lawatan saya yang berulang kali ke Aboo Suwair telah membuahkan hasil yang baik. Satu hari, kami berkumpul di rumah Ahmad Afandi Dasuqi dan membuat keputusan membuka cawangan Ikhwanul Muslimin di Aboo Suwair. Walaupun bandarnya kecil, tetapi masih wujud perselisihan dan iri hati di kalangan penduduknya. Saya bukanlah penduduk asal Aboo Suwair. Ahmad Afandi telah dipilih menjadi Yang Di Pertua Ikhwanul Muslimin Cawangan Aboo Suwair. Beliau

Kelebihannya yang paling penting ialah dia mampu meluangkan masa. Selepas waktu sekolah habis, seluruh masa lapang yang terluang itu beliau gunakan untuk kegiatan Islam. Peluang ini tidak mungkin ada kepada seorang peniaga atau pekerja lain. Saya sangat setuju dengan cadangan mereka. Saya pergi menemui Abdullah Badwi di Aboo Suwair. Saya dapati beliau sangat bertepatan seperti yang diceritakan bahan lebih baik dari itu. Puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Saya gembira mendengar beliau seorang yang berilmu pengetahuan. Dia meneruskan pelajaran Al-Qurannya. Dia adalah seorang yang berwibawa, teliti dan jitu ketika berfikir. Saya pun menyuarakan tujuan saya menemuinya. Pada mulanya dia melahirkan rasa beratnya untuk menerima tugas itu. Setelah saya mendesak, barulah dia menerima dengan syarat dia dibenarkan mengatur rangka pentadbiran pertubuhan dengan mengambil rakan-rakan sejawatnya. Dia berpendapat guru-guru itu sangat menyayanginya dan mereka bersedia memberi kerjasama. Dia juga bercadang hendak mengambil beberapa orang tempatan yang agak matang pemikiran mereka. Saya menerima cadangannya itu. Dia pun mula menjalankan tugasnya dengan penuh kegigihan dan berazam untuk terus melaksanakannya dengan tegas. Allah memberkatinya dengan kejayaan dan cawangan Ikhwanul Muslimin di situ pun bertambah teguh.