Pertikaian Antara Syelkh Farghali Dengan Syarikat Terusan Suez

Pertikaian Antara Syelkh Farghali Dengan Syarikat Terusan Suez

Para pegawai Syarikat tersebut mengambil keputusan memecat Syeikh Farghali. Seorang pegawai telah ditugaskan untuk pergi menemuinya. Pegawai tadi berkata kepada Syeikh Farghali, ‘Pengarah memberitahu saya bahawa perkhidmatan awak tidak diperlukan lagi. Pihak Syarikat bercadang hendak melantik orang lain menggantikan tempat awak. Dia akan menjalani tugas sebagai imam solah berjamaah di masjid. Pengarah menyuruh saya menyampaikan gaji terakhir awak.’

Dengan tenang Syeikh Farghah menjawab, ‘Encik Franso (Francoise), saya tidak tahu bahawa saya ini bekerja dengan Syarikat Terusan Suez. Kalau saya tahu, saya tidak akan menerima tugas ini. Saya adalah wakil Ikhwanul Muslimin Ismailiah. Saya tidak akan menerima sebarang bayaran dari awak dan juga tidak akan berhenti bertugas di masjid walaupun kekerasan digunakan terhadap saya. Saya dilantik oleh ketua Ikhwanul Muslimin. Oleh itu, saya akan pergi jika ketua Ikhwanul Muslimin Dengan tenang Syeikh Farghah menjawab, ‘Encik Franso (Francoise), saya tidak tahu bahawa saya ini bekerja dengan Syarikat Terusan Suez. Kalau saya tahu, saya tidak akan menerima tugas ini. Saya adalah wakil Ikhwanul Muslimin Ismailiah. Saya tidak akan menerima sebarang bayaran dari awak dan juga tidak akan berhenti bertugas di masjid walaupun kekerasan digunakan terhadap saya. Saya dilantik oleh ketua Ikhwanul Muslimin. Oleh itu, saya akan pergi jika ketua Ikhwanul Muslimin

Pegawai tadi kembah ke tempatnya selepas mendengar kata-kata Syeikh Farghali. Mereka menunggu kalau-kalau Syeikh Farghali datang meminta gajinya. Sebaliknya, beliau datang menemui saya di Ismailiah dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu. Saya menasihatinya supaya bertegas dengan keputusannya dan jangan meninggalkan tempatnya dalam keadaan apa sekalipun. Saya memberitahunya supaya jangan berasa bimbang kerana tindakannya itu betul dan tidak mengambil apa apa pun dari pihak Syarikat. Berikutan itu, pihak pengurusan Syarikat itu akhirnya telah menghubungi Ibu pejabat mereka. Pengarah Syarikat tersebut pula kemudiannya menghubungi Gabenor Suez. Gabenor serta merta mengarah Inspektor Polis menghantar sepasukan polis ke Jabasat Al Balah untuk mengawal keadaan. Inspektor itu membawa sepasukan polis dan pergi ke pejabat Syarikat. Dia meminta Syeikh Farghali datang menemuinya di pejabat. Waktu itu, Syeikh Farghali berada di masjid. Beliau memberi jawapan berikut kepada orang yang datang memanggilnya ke pejabat, ‘Saya tidak ada urusan dengan Pengarah atau Inspektor Polis. Urusan saya ialah di masjid. Jika salah seorang dari mereka ingin berjumpa saya, biarlah dia datang ke sini.’ Akhirnya, Inspektor Polis itu datang menemuinya di masjid. Dia mendesak Syeikh Farghali supaya mematuhi arahan Pengarah Syarikat dengan meletakkan jawatannya dan kembali ke Ismailiah. Syeikh itu mengulangi jawapan yang pernah diberinya dahulu sambil menambah, ‘Saya akan meninggalkan tempat ini jika awak membawa surat tamat perkhidmatan dari pejabat Ikhwan di Ismailiah. Jika awak ingin menggunakan kekerasan terhadap saya, silakan. Saya tidak akan berganjak dari tempat ini walaupun seinci. Hanya mayat saya saja yang akan meninggalkan tempat ini.’

Berita ini sampai kepada buruh-buruh Syarikat tersebut seperti halilintar. Mereka melancarkan mogok, berbaris dan terus datang ke situ. Inspektor Polis tadi dapat merasakan bahaya yang kian mengancamnya. Dia cepat-cepat kembali ke Ismailiah. Akhirnya dia menemui saya dan menyatakan kesediaannya untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Saya memberitahunya saya tidak boleh berkata apa-apa lagi sehinggalah saya telah mengkaji perkara itu dengan teliti dan mengadakan mesyuarat dengan ahli ahli Jawatankuasa. Sementara itu, saya telah pergi ke Kaherah dan menemui satu-satunya orang Mesir yang menjadi ahli Lembaga Pentadbir Syarikat Terusan Suez. Saya berbincang dengannya mengenai perkara itu tetapi dia menunjukkan sikap tidak mempedulikan langsung kebajikan buruh-buruh Syarikat tersebut. Pendapatnya menyebelahi Pengarah dan Syarikat tadi. Bahkan dia tidak ada perasaan cintakan negaranya sendiri.

Akhirnya saya menemui Pengarah Syarikat dan meminta dia memberitahu sebab Syeikh Farghali hendak dipecat. Dia tidak menyatakan apa-apa sebab. Dia hanya mahu orang yang sanggup mematuhi arahannya. Saya masih ingat kata katanya:

‘Saya berkawan dengan ramai pemimpin Islam. Saya tinggal di Aljazaair (Algeria) selama dua puluh tahun. Namun begitu, saya belum pernah berjumpa dengan orang seperti Syeikh Farghali yang ingin menguasai kami seperti seorang Jeneral tentera.’

Saya bercakap dengannya dengan cara yang lembut dan berusaha sedaya upaya meyakinkan bahawa Syeikh Farghali tidak bersalah. Sebenarnya Syarikat ini berlaku zalim terhadap buruh-buruh Islam dan merampas hak-hak mereka yang sah. Mereka tidak dilayan seperti manusia. Syarikat mendapat keuntungan banyak tetapi membayar gaji yang sedikit kepada buruh-buruh mereka. Keadaan Syarikat ini perlu diperbaiki.

Akhirnya, pengarah tadi setuju menyambung perkhidmatan Syeikh Farghali selama dua bulan lagi. Selepas itu, pihak Syarikat minta dia berhenti. Pengarah itu juga meminta pihak Ikhwan menghantar seorang imam lain selepas Syeikh Farghali tamat. Dia sanggup membayar gaji dua kali ganda dan menyediakan rumah dan lain lain kemudahan untuk imam baru itu. Selepas tempoh dua bulan, Syeikh Farghali kembali ke Ismailiah dan Syeikh Syafi’ie Ahmad dilantik menggantikan tempatnya. Semenjak itu, kegiatan di situ berjalan dengan aman dan jayanya.