Sekolah Khartaba Buhairah
Sekolah Khartaba Buhairah
Saya kembali dari Kaherah selepas ujian kemasukan. Selepas beberapa hari, saya mengambil peperiksaan Diploma Maktab Perguruan. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, saya telah mendapat nombor satu di Maktab saya dan nombor lima di seluruh Mesir. Tidak lama kemudian, keputusan ujian kemasukan Darul Ulum di umumkan dan saya juga telah lulus di dalam ujian tersebut. Kejayaan ini adalah di luar dugaan saya. Teringat saya kepada guru saya, Ahmad Badwi. Beliau adalah salah seorang pemeriksa bahagian ujian lisan. Dia juga seorang yang alim dan lemah lembut. Kita dapat merasa keilmuannya. Apabila saya duduk dihadapannya untuk menduduki ujian, dia bertanya, ‘Adakah awak berniat memasuki peringkat atasan di Darul Ulum?’ Saya menjawab, ‘Ya, tuan.’ Dia melihat saya dengan penuh Saya kembali dari Kaherah selepas ujian kemasukan. Selepas beberapa hari, saya mengambil peperiksaan Diploma Maktab Perguruan. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, saya telah mendapat nombor satu di Maktab saya dan nombor lima di seluruh Mesir. Tidak lama kemudian, keputusan ujian kemasukan Darul Ulum di umumkan dan saya juga telah lulus di dalam ujian tersebut. Kejayaan ini adalah di luar dugaan saya. Teringat saya kepada guru saya, Ahmad Badwi. Beliau adalah salah seorang pemeriksa bahagian ujian lisan. Dia juga seorang yang alim dan lemah lembut. Kita dapat merasa keilmuannya. Apabila saya duduk dihadapannya untuk menduduki ujian, dia bertanya, ‘Adakah awak berniat memasuki peringkat atasan di Darul Ulum?’ Saya menjawab, ‘Ya, tuan.’ Dia melihat saya dengan penuh
Pemeriksa lain yang berada di situ bernama Abdul Fateh Asyoor. Saya tidak biasa berseloroh begini dengan orang yang baru saya kenali. Umur saya yang muda itu telah menjadi perhatian para penuntut di situ. Sebahagian dari mereka menegur saya seperti berikut: ‘Saudara, di sini adalah tempat ujian untuk peringkat atasan. Tempat ujian untuk peringkat bawahan adalah di situ.’ Apabila saya memberitahu mereka saya hendak mengambil ujian peringkat atasan, mereka semua merenung tajam dan kemudian beredar dari situ.
Saya mula bimbang dengan sikap berseloroh Ahmad Badwi dan bersedia hendak berhenti menjawab segala soalan-soalannya. Tiba-tiba Abdul Fateh Asyoor mencelah dan memarahi Ahmad Badwi. Ahmad Badwi pun berhenti berseloroh dan mula mendengar bacaan saya dengan teliti. Saya membaca dengan pantasnya. Kemudian saya disoal mengenai pengetahuan umum, kesusasteraan Arab dan ujian lisan. Akhirnya, Ahmad Badwi memberi galakan dan mendo’akan saya sebelum saya keluar. Berikutnya ialah ujian Al-Quran yang di jalankan oleh Syeikh Ahmad Bik Zanati. Beliau merupakan seorang alim yang riang. Saya tidak sangka mendapat kejayaan walaupun kejayaan itu telah menjadi kenyataan.
Satu lagi perkara yang ketiga terduga telah berlaku iaitu saya telah dilantik menjadi guru sekolah rendah Khartaba oleh Lembaga Pelajaran Buhairah. Saya diarah memulakan tugas sebaik saja cuti musim panas berakhir. Hal ini membuat hati saya berbelah bagi. Keputusan yang perlu saya ambil ialah bertugas sebagai guru atau menyambung pengajian ke Darul Ulum, Kaberah. Saya tertarik dengan Darul Ulum dan di samping itu, kediaman Syeikh Abdul Wahab Hasafi juga berada di Kaherah. Hanya satu perkara yang membimbangkan saya, iaitu saya terpaksa meninggalkan Mahmoodiyah untuk tempoh yang lama. Saya selalu teringat kepada sahabat saya, Ahmad Afandi Sakri yang sememangnya menetap di Mahmoodiyah. Namun demikian, saya tetap berazam melanjutkan pengajian saya ke Darul Ulum. Menuntut ilmu ialah satu jihad, maka saya tidaklah boleh teragak-agak untuk mengorbankan sesuatu yang sangat saya sayangi.