Sepanduk dan Bahan Penerbitan Yang Mengandungi Kenyataan Palsu

Sepanduk dan Bahan Penerbitan Yang Mengandungi Kenyataan Palsu

Para penentang tadi mencari jalan lain untuk memburukkan Ikhwanul Muslimin. Mereka mula membuat majalah dan buku-buku kecil yang mengandungi tuduhan-tuduhan palsu. Di antara tuduhan mereka ialah: ‘Tidak ada kebebasan bersuara di dalam pertubuhan Ikhwan. Ikhwan tidak mengamalkan syura.’ Mereka sendiri menentang kenyataan ini apabila mereka berkata bahawa Jawatan Kuasa Kerja dan Majlis Tertinggi tidak menentang sebarang cadangan saya (Hasan Al Banna), bahkan meluluskannya secara membuta tuli. Jika sesuatu cadangan itu telah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja dan Majlis Tertinggi, bagaimanakah boleh dikatakan Ikhwan mengenepikan syura? Lagipun, membangkang semata-mata kerana hendak membangkang tidaklah termasuk di dalam adab syura. Mereka juga berkata wang Ismailiah dibelanjakan di Kaherah dan Hasan Al Banna menghantar wang tersebut kepada adiknya di Kaherah. Mereka juga menuduh Hasan Al Banna membelanjakan wang Ismailiah untuk Aboo Suwair dan Pelabuhan Sa’id. Ini bermakna seseorang itu tidak boleh meminta bantuan atau kerjasama dari mana-mana saudara maranya untuk kepentingan pertubuhan walaupun saudaranya itu sangat berguna kepada pertubuhan. Ini tidak adil kerana saudara maranya itu tidak patut dikecam atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh mereka.

Para penentang tadi juga berkata, ‘Penyata kewangan masjid tidak dibentangkan kepada orang ramai. Kita tidak tahu pendapat masjid dan bagaimana ia dibelanjakan. Barang-barang sekolah dibeli tanpa megeluarkan tawaran (tender) dan hal ini tidak sah di segi undang-undang. Orang ramai berkewajipan meminta penyata kira-kira dari orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Ikhwanul Muslimin.’

Akhirnya saya mendapat tahu mengenai laporan yang palsu dan tidak berasas yang diterbitkan oleh para penentang tadi. Saya pun pergi ke rumah ketua mereka. Dia seorang yang bijak. Saya menghormatinya. Saya berkata kepadanya, ‘Saya mendapat tahu awak telah menerbitkan kenyataan-kenyataan sebegini. Betulkah begitu?’ Dia Akhirnya saya mendapat tahu mengenai laporan yang palsu dan tidak berasas yang diterbitkan oleh para penentang tadi. Saya pun pergi ke rumah ketua mereka. Dia seorang yang bijak. Saya menghormatinya. Saya berkata kepadanya, ‘Saya mendapat tahu awak telah menerbitkan kenyataan-kenyataan sebegini. Betulkah begitu?’ Dia

Saya menyambungkan, ‘Tidak mengapa Pak Cik. Awak boleh buat apa yang awak suka. Saya datang ke sini bukan untuk meminta awak berhenti mencetak dan menerbitkan laporan ini. Saya juga tidak akan meminta awak berhenti dari menjalankan usaha menentang gerakan Ikhwan. Awak adalah tuan bagi segala pendapat-pendapat awak. Oleh itu awak boleh lakukan apa saja yang awak suka. Setakat yang saya tahu dan ingat, awak adalah seorang yang bertimbang rasa. Setiap tindakan ada tindak balasnya. Membalas dendam tidak menguntungkan sesiapa. Apakah yang awak inginkan dari laporan ini?’

Dia menjawab, ‘Kami hendak menerangkan perkara yang sebenarnya kepada orang ramai.’ Saya membalas, ‘Perkara yang awak anggap benar itu adalah satu dusta. Saya tidak mahu bertengkar mengenai perkara ini. Awak silap jika awak fikir kami tidak berupaya menjawab tuduhan itu dan meyakinkan orang ramai kepada perkara yang sebenarnya. Insya Allah, kami akan membuktikan awak adalah seorang pendusta dan kami di pihak yang benar. Awak hanya mempunyai alasan-alasan palsu dan tidak berasas tetapi kami ada surat-surat yang sah di segi undang-undang. Lagi pun awak lebih tahu perkara yang sebenarnya. Awak sendiri pernah menjaga buku kira-kira masjid. Segala barang-barang yang dibeli untuk sekolah diketahui oleh awak. Kebanyakan pembelian barang-barang untuk masjid dan lain-lain institusi dibuat melalui awak. Oleh itu, apabila awak menghadapi orang ramai, kamilah yang memiliki kelebihan dan bukannya awak. Lagi pun, kami ada bukti yang tidak awak miliki. Kami lebih rapat dengan orang ramai dan hubungan kami dengan mereka adalah lebih kuat dari awak. Kami boleh menjelaskan perkara ini kepada orang ramai melalui penulisan, ceramah ceramah umum, persidangan dan perjumpaan. Kami boleh menyatakan pendapat kami kepada orang ramai di masjid, kedai-kedai kopi, jalan- jalan raya, pasar-pasar dan lain-lain tempat umum. Kami mempunyai beberapa lidah dan pena untuk menyatakan kebenaran. Lagi pun, kebenaran itu tetap ketara. Ia tidak dapat disembunyikan. Ada satu perkara yang menyakitkan saya. Selama ini saya memaparkan awak kepada orang ramai dengan penuh penghormatan seperti anak memuliakan bapanya. Saya telah memperkenalkan awak kepada mereka sebagai orang yang cintakan Islam. Tetapi sekarang saya terpaksa mendedahkan peribadi awak yang sebenarnya kepada orang ramai. Saya akan berkata awak telah mengkhianati pertubuhan Ikhwan dan terbukti sebagai seorang pendusta dan berpura- pura. Perkara inilah yang membuat hati saya merasa tersangat pedih. Semoga Allah memberkati penyair Arab yang telah berkata:

Maksudnya:

“Kita kerap memenggal kepala orang orang yang sangat kita kasihi kerana mereka telah menjadi kejam.”

‘Usaha membalas dendam ini tidak akan mendatangkan hasil yang. baik kepada kita berdua. Usaha awak untuk memburukkan nama ahli-ahli Ikhwanul Muslimin akan gagal. Adalah lebih baik awak tahu akibat tindakan awak itu terlebih dahulu. Andainya awak ingin meneruskan kegiatan awak itu kerana hendak membalas dendam, maka kerugian tetap berada di pihak awak.

Orang ramai telah tahu apa yang hendak awak katakan. Sudah cukup bagi awak jika awak sedar Allah itu Maha Mengetahui. Jika awak fikir awak melakukan semua ini kerana Allah, maka Allah lebih mengetahui mengenai perkara ini. (Wallahualam)

Orang alim ini telah terpengaruh dengan kata-kata saya itu. Akhirnya dia berjanji hendak berhenti mencetak risalah palsu itu dan mengambil balik naskah asalnya dari kedai cetak. Saya menerima janjinya itu dan terus pulang.