Dua Peribadi Yang Hebat.

Dua Peribadi Yang Hebat.

Saya ingin mencatitkan ingatan saya kepada dua peribadi hebat yang bersemadi di dalam hati dan fikiran serta mempengaruhi saya untuk tempoh waktu yang lama. Yang pertama ialah Syeikh Ahmad Asy-Syarqawi Al-Huriyani. Saya berpeluang menemuinya hanya sekali sahaja. Dia telah datang ke Damanhur untuk menemui anak-anak lelakinya, para penuntut dan para pengikutnya. Dia melawat rumah rumah mereka untuk bertanya khabar. Dia sempat bersama dengan kami untuk satu malam. Sifat-sifatnya yang unggul itu mengagumkan saya. Dia sangat mencintai ilmu, oleh itu dia menasihati orang ramai mendapatkan pendidikan. Sesiapa

yang tidak mampu menuntut ilmu kerana masalah pembiayaan, maka Syeikh Ahmad Asy-

Syarqawi akan menanggung perbelanjaan itu sehingga tamat pengajiannya. Kemudian dia hendaklah pula membiayai pengajian pelajar miskin yang lain sehinggalah sempurna pengajiannya.

Usahanya ini mendapat kejayaan besar. Di Huriyan, semua orang, termasuk yang miskin, berpeluang mendapatkan pendidikan. Kerjasama bentuk ini membantu semua orang mendapatkan pendidikan. Di samping itu, hal ini menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat di antara mereka.

Hiburan Syeikh Ahmad Asy-Syarqawi di waktu musim panas ialah mengumpulkan para penuntut dari berbagai pusat pengajian untuk mengadakan perbincangan (muzakarah). Di dalam perbincangan tersebut, dia suka bercerita, mengemukakan teka teki, mendengar bangkangan bangkangan dari para penuntut dan kemudian membasuh fikiran mereka dengan ceramah-ceramahnya yang bernas itu.

Kegiatannya ini telah mengakibatkan kebanyakan penuntut di Maktab Perguruan terdiri dari mereka yang datang dari Huriyan. Dia datang untuk memberi galakan dan menaikkan semangat mereka. Dia menghabiskan lawatannya yang pendek itu membincangkan masalah-masalah mengenai pendidikan. Saya juga mendapat perhatiannya. Semoga Allah mengasihani dan menempatkannya di Syurga.

Orang yang kedua yang sangat saya ingati ialah Syeikh Sawi Daraz. Beliau merupakan seorang pemuda yang wara’. Syeikh Sawi Daraz seorang petani. Ketika itu umurnya lebih kurang 25 tahun. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Beliau adalah seorang yang cerdik dan berpandangan jauh. Pernah di satu ketika kami berbincang kisah beberapa orang wali dan ulamak. Di antara tokoh-tokoh yang turut dibincangkan ialah Syed Ibrahim ad-Dasuqi yang dikuburkan di Damanhur dan Syed Ahmad Al-Badwi yang dikuburkan di Thantha. Syeikh Sawi Daraz bertanya, ‘Awak tahukah kisah Syed Ahmad Al-Badwi?’ Saya menjawab, ‘Ya, dia adalah seorang ulamak besar yang wara’ dan bertaqwa.’ Syeikh itu menyoal lagi, ‘Setakat itu saja yang awak tahu mengenainya?’ Saya menjawab, ‘Ya, setakat itu saja yang saya tahu.’ Syeikh itu berkata, ‘Dengarlah! Saya akan menceritakan lebih lanjut mengenainya. Syed Badwi meninggalkan Mekah, tempat asalnya dan datang menetap di Mesir. Beliau sebenarnya adalah rakyat Maghribi dan datang ke Mesir ketika di bawah kerajaan Mamalik. Mamalik berketurunan hamba dan pemerintahannya ialah sah. Syed Ahmad Al-Badwi pula berketurunan dari Saidina Ali r.a.. Syed Badwi berketurunan mulia, berilmu tinggi dan mempunyai hak dari segi pemerintahan. Golongan ‘Ahli Bait’, (yakni keturunan keluarga Rasulullah s.a.w.) menganggap jawatan Khalifah itu hak mereka. Daulah Abbasiah telah berakhir di Baghdad. Masyarakat Islam telah berpecah-belah kepada beberapa wilayah kecil yang diperintah oleh pemerintah-pemerintah yang telah berjaya merampas kuasa.

Salah seorang dari mereka itu ialah Mamalik, pemerintah Mesir waktu itu. Syed Badwi hendak memperjuangkan dua perkara. Yang pertama ialah menegakkan pemerintahan berkhalifah semula. Yang kedua ialah menggulingkan pemerintahan Mamalik yang dianggapnya tidak sah itu. Untuk menjayakan perjuangannya, dia telah mengatur satu rancangan khas. Dia telah mengumpul beberapa sahabat dan penasihat termasuk Syed Mujahid dan Syed Abdul ‘Aaal. Mereka mengambil keputusan untuk menyebarkan dakwah dan mengumpul orang ramai untuk membaca Al-Quran dan berzikrullah. Mereka juga menetapkan beberapa lambang untuk majlis anjuran Salah seorang dari mereka itu ialah Mamalik, pemerintah Mesir waktu itu. Syed Badwi hendak memperjuangkan dua perkara. Yang pertama ialah menegakkan pemerintahan berkhalifah semula. Yang kedua ialah menggulingkan pemerintahan Mamalik yang dianggapnya tidak sah itu. Untuk menjayakan perjuangannya, dia telah mengatur satu rancangan khas. Dia telah mengumpul beberapa sahabat dan penasihat termasuk Syed Mujahid dan Syed Abdul ‘Aaal. Mereka mengambil keputusan untuk menyebarkan dakwah dan mengumpul orang ramai untuk membaca Al-Quran dan berzikrullah. Mereka juga menetapkan beberapa lambang untuk majlis anjuran

‘Para pengikut Syed Badwi mengadakan perhimpunan besar mereka setahun sekali. Tanta terpilih sebagai pusat kegiatan mereka kerana tempat itu terletak di tengah tengah kawasan yang mengandungi segala bandar-bandar termasyhur di Mesir, dan jauh dari pusat pemerintahan. Di dalam perhimpunan tahunan inilah Syed Badwi dapat mengukur kemajuan usahanya. Syed Badwi tidak muncul di hadapan khalayak ramai. Dia memencilkan dirinya di bilik atas dan menutup mukanya dengan serban kerana hendak menimbulkan kegerunan di kalangan orang ramai. Perkara ini adalah perkara biasa di waktu itu. Para pengikutnya menyebarkan khabar angin kononnya sesiapa yang melihat Syed Badwi akan menemui maut. Dengan demikian, gerakan Badwi kian terkenal dan banyaklah orang mendampinginya. Tetapi, keadaan di waktu itu tidak membantu kejayaan gerakan Syed Badwi kerana Az-Zahir Baibris Al-Band Qadari telah menaiki takhta kerajaan Mesir. Raja Az-Zahir telah berjaya mengalahkan tentera Salib di dalam banyak pertempuran. Dia juga berjaya mengalahkan kaum Monggol (Tartar) dengan bantuan Muzaffar Qataz. Kejayaan-kejayaannya ini telah membawanya ke kemuncak kemasyhuran. Banyaklah orang yang mendampinginya. Di samping itu, dia telah menjemput seorang putera Bani Abbasiah ke Mesir dan berbai’ah di tangannya. Tindakan Az-Zahir Baibris telah menggagalkan rancangan Syed Badwi.

Perkara ini tidak habis setakat ini saja. Az-Zahir telah memperbaiki hubungan politiknya dengan Syed Badwi. Dia masih lagi berhubung dengan Syed Badwi dan menaikkan pangkat serta kedudukan Syeikh tersebut. Az Zahir melantik Syed Badwi sebagai orang yang bertanggungjawab membahagi bahagikan tawanan perang di kalangan keluarganya. Tugas ini dianggapnya mulia. Hal ini wujud sekian lama sebelum Syed Badwi sempat menyempurnakan cita-citanya. Kerajaan terus berada di tangan Mamalik dan peranan sistem berkhalifah tetap kecil saja. Hal ini berterusan untuk tempoh yang lama.’

Saya terus mendengar kisah riwayat hidup Syed Badwi dari Syeikh Sawi. Saya sungguh kagum dengan kecerdasan Syeikh Sawi Daraz, seorang petani muda yang hanya mendapat pendidikan rendah di kampungnya. ‘Berapa banyakkah terdapat orang-orang yang bijak di Mesir seandainya ada orang yang boleh mencari dan menggerakkan mereka.’ Kata-kata Syeikh Sawi masih lagi bergema di telinga saya hingga sekarang. Kata-katanya itu sungguh mulia dan penuh dengan pengajaran. Nasib seluruh manusia berada di tangan Allah. Allah berfirman:

Maksudnya:

“Sesungguhnya bumi ini diwarisi kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambanya. Kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertaqwa.”