Ke Hijaz

Ke Hijaz

Saya masih mengadakan hubungan dengan Syubban Al Muslimin. Saya terus menghantar pandangan, tinjauan dan laporan kepada pertubuhan tersebut. Para pemimpin pertubuhan itu sangat menghormati hubungan saya ini. Di segi rohaninya, kami sangat rapat walaupun kami berjauhan antara satu sama lain (iaitu di Kaherah).

Suatu hari, Syeikh Hafiz Wahbah melawat Kaherah. Beliau adalah Setiausaha kepada Raja Abdul Aziz ibni Sa'ud. Dia datang kerana hendak memilih sejumlah guru bagi pihak Kementerian Pelajaran Arab Saudi. Guru-guru ini diperlukan untuk sekolah sekolah baru yang didirikan di Hijaz.

Waktu itu, kerajaan Mesir masih lagi tidak mengiktiraf kerajaan Arab Saudi kerana politik Kerajaan British ialah mengamalkan dasar memecah-belah kemudian memerintah. Pihak British ingin memutuskan hubungan persaudaraan Islam antara buah negara tersebut. Rakyat Mesir menentang usaha British ini. Mereka yang Waktu itu, kerajaan Mesir masih lagi tidak mengiktiraf kerajaan Arab Saudi kerana politik Kerajaan British ialah mengamalkan dasar memecah-belah kemudian memerintah. Pihak British ingin memutuskan hubungan persaudaraan Islam antara buah negara tersebut. Rakyat Mesir menentang usaha British ini. Mereka yang

13 Oktober, 1928. Surat itu berbunyi berikut:

‘Saudara ku Al Banna Affandi. Assalamualaikum. Semoga awak berada di dalam sihat sejahtera. Syed Muffibuddin AI Khateeb telah bercakap dengan saya mengenai masalah tugas mengajar di Hijaz. Abdul Hameed Bik Sa’id telah menghantar maklumat kepada kami memberitahu bahawa awak perlu membuat permohonan melalui sekolah awak kepada Kementerian Pelajaran menyatakan awak hendak mengajar di sekolah Al Ma'hadus-Saudi di Mekah. Permohonan itu hendaklah dibuat dengan syarat awak mendapat kemudahan pekhidmatan seperti yang diberi oleh Kementerian Pelajaran, Kerajaan Mesir dan elaun awak ketika pulang juga serupa dengan elaun yang diperolehi oleh rakan rakan sejawat awak. Saya harap awak membuat permohonan mengikut garis panduan ini dan menghantarnya secepat mungkin agar ia dapat dibentangkan di mesyuarat Majlis Menteri Menteri.’

Pada 6 November, 1928, saya menerima sepucuk surat dari Pengarah Jamiatu- as-Syubbanul Muslimin, iaitu Dr. Yahya Al Darderi. Dia menulis, 'Kami berharap awak akan datang ke pejabat akhbar kami pada hari Khamis ini, pukul 7 malam. Awak akan bertemu dengan Hafiz Wahbah, iaitu Setiausaha Raja Abdul Aziz ibni Sa'ud untuk mengatur perjalanan awak ke sana. Awak juga didikehendaki berbincang dengannya mengenai syarat-syarat perkhidmatan. Saya akan menunggu kedatangan awak.’

Sepertimana yang telah dijanjikan, saya sampai pada waktu yang telah ditentukan dan bertemu dengan Hafiz Wahbah. Syarat yang paling utama saya minta darinya ialah supaya saya jangan dianggap sebagai pegawai yang hanya berkewajipan menerima arahan untuk dipatuhi, tetapi sebagai seorang yang mempunyai sesuatu fahaman tertentu. Saya lebih berminat mendakwahkan fahaman tadi di negara yang baru membangun ini yang merupakan cita-cita dan harapan Islam dan juga orang- orang Islam. Ia adalah sebuah negara yang perlu kepada penguatkuasaan peraturan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. serta sejarah orang-orang Islam soleh yang dahulu. Saya tidak mempedulikan syarat-syarat perkhidmatan yang lain seperti gaji dan lain-lain kemudahan. Bahkan saya tidak menyentuh langsung perkara tersebut. Hafiz Wahbah tertarik dengan semangat yang saya tunjukkan. Dia berjanji akan berjumpa Menteri Luar di Kaherah dan berbincang perkara itu dengannya. Selepas itu dia akan memberitahu saya hasilnya. Selepas pertemuan ini, saya pun kembali ke Ismailiah.

Saya menerima surat dari Hafiz Wahbah pada 12 November, 1928 yang berbunyi demikian, ‘Saudara ku Hassan AI Banna. Assalamualaikum! Hari ini saya telah bertemu Menteri Luar dan berbincang dengannya mengenai perkara awak itu. Dia ingin berjumpa awak di pejabatnya untuk memberi sepucuk surat. Surat itu dialamatkan kepada Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran bersedia memberi kerjasama kepada awak dan orang-orang lain yang ingin pergi berkhidmat ke Hijaz.

Dari Ismailiah, saya pergi ke Kaherah dan berjumpa dengan Menteri Luar melalui Hafiz Wahbah. Menteri Luar telah cuba menghubungi Menteri Pelajaran, iaitu Ahmad Pasya Lutfi tetapi beliau tidak ada. Saya pun kembali ke Ismailiah. Hafiz Wahbah meneruskan usahanya untuk menghubungi Menteri Pelajaran tetapi gagal. Halangan yang terbesar ialah Kerajaan Mesir tidak mengiktiraf Kerajaan Hijaz Saudi. Saya menulis surat kepada Hafiz Wahbah untuk mengetahui kemajuan yang telah dicapai olehnya.

Dia membalas surat saya seperti berikut, ‘Assalamualaikum w.b.t. Saya telah menerima surat awak. Dukacita saya nyatakan bahawa Menteri Pelajaran telah menolak permohonan kita walaupun Menteri Luar telah memberi jaminan permohonan kita itu akan diterima. Namun begitu saya akan terus berusaha. Semoga Allah akan membantu kita. Terima kasih atas pertautan jiwa yang telah awak tunjukkan kepada saya.’

Segala usaha Hafiz Wahbah tidak membuahkan hasil. Saya tinggal di Ismailiah. Saya menemui salah seorang sahabat saya yang bernama Ibrahim Syoora untuk meneruskan usaha ini. Beliau berjaya dalam usahanya itu.

Peristiwa tadi menunjukkan perbezaan yang ketara di antara dahulu dan sekarang. Kini, kerajaan Mesir sedang menghantar perwakilan dan guru-guru ke seluruh Dunia Arab. Di samping itu, Mesir juga mempunyai hubungan kebudayaan yang memuaskan dengan Dunia Arab.