Onak dan duri

Onak dan duri

Di setiap zaman dan di berbagai tempat, para pendakwah Islam terpaksa menghadapi para penentang dan musuh yang menghalang usaha dakwah Islamiahnya. Para penentang dan musuh ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan perjuangan Islam. Namun begitu, kebenaran tetap menang. Ini adalah sunnatullah (peraturan Allah). Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Sebagai suatu Sunnatullah 1 yang telah ber laku sejak dahulu, kamu sekal- kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.”

(Al Fath : 23)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang

terdahulu. 2 Maka sekali-kali kamu tidak (pula) akan mendapat pemindahan bagi sunnah Allah itu.”

(Al-Faathir :43)

Firman Allah yang lain yang bermaksud:

"Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang- orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhan Mu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.”

(Al-Furqan : 31)

Firman Allah seterusnya yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan- syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-

indah untuk menipu (manusia). 3 Jikalau Tuhan Mu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang

mereka ada-adakan.

(Al- An'aam : 112)

Dan Firman Allah lagi yang bermaksud:

1 Sunnatullah ialah hukum Allah yang telah ditetapkan-Nya. 2 Yang dimaksudkan dengan 'sunnah orang orang yang terdahulu' ialah turunnya seksa kepada orang-

orang yang mendustakan rasul. 3 Maksudnya: syaitan-syaitan jenis jin dan jenis manusia berdaya upaya menipu manusia agar tidak

beriman kepada Nabi.

“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan; syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu; Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu; dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(surah al Hajj : 52)

Begitu jugalah nasib perjuangan Islam di Ismailiah. Sebaik saja orang ramai mula meminati ajaran Islam dan mendampingi para anggota Ikhwan, maka adalah segelintir manusia rakus yang merasa dengki. Mereka mula menyemai bibit permusuhan dan syak wasangka terhadap, kami dan usaha kami. Mereka mula menyemai bibit tuduhan terhadap pendakwah dan dakwah. Kadangkala mereka menuduh Al Ikhwan Muslimin sedang muncul sebagai mazhab yang kelima. Di ketika lain pula mereka menuduh para anggota Ikhwan sebagai pemuda-pemuda gila dan bangsat yang tidak tahu satu apa pun. Mereka juga menuduh kami sebagai penipu yang mengumpul wang untuk kepentingan diri kami. Begitulah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami oleh golongan ini. Apabila mereka mendapat tahu Syeikh Ali Abdul Karim memberi sebidang tanah kepada kami untuk membina masjid, mereka pun mendatanginya dan menyusahkannya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengubah fikiran Syeikh Ali Abdul Karim dengan cara mengumpat. Syeikh tersebut akhirnya berjaya dipengaruhi oleh mereka kerana dia adalah seorang yang lurus. Keadaan menjadi meruncing. Kami menyelesaikan masalah tersebut dengan menyerah kembali surat perjanjian tanah itu kepada Syeikh Ali Abdul Karim. Saya yakin kami akan berjaya kerana kami bertindak semata-mata kerana Allah dan kami yakin Dia pasti menolong kami.

Golongan penentang tadi melancarkan usaha besar-besaran untuk menentang kami. Mereka memupuk sikap membenci kami. Tetapi kami tidak mempedulikan mereka. Kami terus berusaha menghilangkan syak wasangka yang ada di fikiran orang ramai yang tidak bersalah itu. Kami membentangkan kenyataan-kenyataan sebenar kepada orang ramai dan menyakinkan mereka melalui perbincangan- perbincangan yang munasabah. Kami berjaya di dalam usaha kami dan derma pun datang mencurah-curah dari mereka. Semoga Allah memberi rahmat kepada Abdul Hamid Askariya dan menempatkannya di Syurga kerana beliau telah mengatasi kami semua. Dia telah berusaha dengan ikhlas dan menumpukan kebanyakan masanya untuk Dakwah Islamiah. Allah saja yang boleh memberi ganjaran yang setimpal dengan usahanya itu.

Dia merupakan seorang yang berwibawa. Pada kebanyakan malam, beliau berjaga dari waktu Isya' sehingga waktu Subuh kerana beribadat. Beliau menjalankan dakwah Islamiah dari rumah ke rumah, kedai ke kedai dan juga di tempat tempat orang berhimpun, Dalam bulan Ramadhan, kerap kali dia terlupa untuk bersahur kerana terlalu sibuk dengan usaha dakwahnya.

Ada seorang lagi orang yang berhati mulia. Namanya ialah Syeikh Muhammad Hussain Zamlot. Dia juga banyak membantu kami di segi tenaga dan kewangan. Dia menderma wang berjumlah 500 junaih kepada tabung gerakan. Waktu itu, dia belum lagi menjadi bendahari kami. Tindakannya ini telah membina keyakinan dan kelegaan di dalam hati para sahabat yang lain. Dia terus membina Ada seorang lagi orang yang berhati mulia. Namanya ialah Syeikh Muhammad Hussain Zamlot. Dia juga banyak membantu kami di segi tenaga dan kewangan. Dia menderma wang berjumlah 500 junaih kepada tabung gerakan. Waktu itu, dia belum lagi menjadi bendahari kami. Tindakannya ini telah membina keyakinan dan kelegaan di dalam hati para sahabat yang lain. Dia terus membina

Usaha kami untuk mencari sebidang tanah sebagai tapak bangunan masjid diteruskan. Kami telah menemui sebidang tanah yang sesuai di hujung perkampungan Arab. Kami membeli tanah itu dan surat perjanjian ditandatangani oleh Muhammad Hussain dan Haji Hussain as-Souli bagi bagi pihak Ikhwanul Muslimin. Ketika itu, Ikhwanul Muslimin telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan dan perlembagaannya pun telah siap digubal. Ikhwanul Muslimin juga telah membentuk Lembaga Pengurus dan Majlis Tertingginya pada waktu itu.