Syeikh Muhammad Sa’id Al 'Urfi

Syeikh Muhammad Sa’id Al 'Urfi

Orang yang mencadang nama ‘Sekolah Islam Hira’ adalah scorang sahabat yang alim dan berwibawa. Beliau bernama Syeikh Muhammad Sa’id Al ‘Urfi, seorang ulamak ahli parlimen Syria dari Deer-az-Zoor. Dia menentang kekejaman dan penjajahan Perancis. Lantaran itu, pihak Perancis telah merampas harta benda dan perpustakaannya dan dia juga dibuang negeri. Dia datang ke Mesir dan menetap di Kaherah. Dia menyewa sebuah bilik di jalan Ibni Yunus dan menamakannya ‘Qasri al-‘Ali. Kami bertemu secara kebetulan. Saya dapati dia bersifat ikhlas, amanah, Orang yang mencadang nama ‘Sekolah Islam Hira’ adalah scorang sahabat yang alim dan berwibawa. Beliau bernama Syeikh Muhammad Sa’id Al ‘Urfi, seorang ulamak ahli parlimen Syria dari Deer-az-Zoor. Dia menentang kekejaman dan penjajahan Perancis. Lantaran itu, pihak Perancis telah merampas harta benda dan perpustakaannya dan dia juga dibuang negeri. Dia datang ke Mesir dan menetap di Kaherah. Dia menyewa sebuah bilik di jalan Ibni Yunus dan menamakannya ‘Qasri al-‘Ali. Kami bertemu secara kebetulan. Saya dapati dia bersifat ikhlas, amanah,

Syeikh Muhammad Sa’id al Urfi pandai menembak. Dia boleh menembak menembusi sepuluh sasaran dengan hanya menggunakan sepuluh butir peluru. Dia juga ahli sejarah dan sasterawan. Dia mampu menulis karangan dan juga sajak. Beliau juga pandai dalam falsafah dan berbicara. Dalam pada itu, dia juga bijak mematah hujah orang. Saya beruntung banyak dapat bergaul dengannya. Apabila beliau melawat Ismailiah, dia menghabiskan masa berhari-hari bersama-sama dengan kami. Hari-hari tersebut ialah hari-hari yang paling baik dalam hidup saya. Sebaik saja Syeikh Urfi mengetahui rancangan kami hendak membina sebuah sekolah dan sedang memikirkan nama yang sesuai untuk sekolah tersebut, dia pun berkata, ‘Ismailiah ialah sebuah pusat gerakan Islam. Sekolah ini ialah sekolah pertama yang diasaskan oleh para anggota dakwah. Dakwah ini ialah dakwah Quran. Al Quran diturunkan buat pertama kalinya di Gua Hira. Oleh itu, sekolah ini patut diberi nama ‘Sekolah Islam Hira’.’Cadangannya itu diterima dan sekolah itu pun diberi nama tersebut.

Setiap malam, Syeikh Urfi tidur hanya empat jam. Dia bangun awal dan mengetuk pintu-pintu bilik kami sambil berteriak, ‘Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.’ Syeikh Urfi pernah berkata, ‘Panggillah sahabat-sahabat awak dengan nama dan gelaran. Katakanlah kepada mereka bahawa mereka memiliki sifat-sifat Abu Bakar. Kepada setengah sahabat-sahabat yang lain pula, katakanlah mereka mempunyai sifat- sifat Umar al Khattab. Sikap ini akan mendorong mereka kepada ketakwaan dan juga menyemai sifat-sifat yang mulia di dalam kehidupan mereka.’ Saya memberitahunya, ‘Jika kami mengamalkan cara ini, orang ramai akan mengancam kami.’ Dia menjawab, ‘Awak tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Awak adalah hamba- hamba Allah. Oleh itu, lakukanlah apa saja yang baik. Awak boleh namakan pusat pengajian awak itu ‘Sekolah Lelaki Hira’, ‘Sekolah Perempuan Ummat-ul- Mu’minin’, ‘Kelab Khandaq’ dan lain-lain nama lagi. Dengan cara itu, awak akan menghidupkan kembali sejarah Islam yang lampau.’

Dia juga selalu berkata, ‘Tidak ada bahaya menerima masuk ke dalam pertubuhan kita, orang-orang yang masih lalai dalam solahnya dan masih melakukan dosa-dosa kecil dengan syarat mereka adalah orang-orang yang takutkan Allah dan bersedia untuk mematuhi undang-undang serta peraturan pertubuhan. Orang seperti ini akan meningkat maju dan menjadi patuh. Risalah kita ialah umpama sebuah Pusat Perubatan di mana pesakit datang menemui doktor untuk mendapat rawatan. Janganlah kita menutup pintu terhadap mereka ini. Berusahalah membawa dan menarik mereka kepada kita (yakni risalah kita - penterjemah). Ini patut menjadi tugas utama pertubuhan awak. Namun begitu, ada dua golongan manusia yang patut dijauhi. Yang pertama ialah golongan mulhid (atheis) yang tidak beragama itu. Mereka ini susah hendak diperbetulkan kerana mereka sangat berjauhan dari keimanan kepada Allah. Awak tidak mendapat sebarang kebaikan dari mereka. Yang kedua pula ialah orang-orang yang baik tetapi tidak dapat memelihara tatatertib pertubuhan (atau Dia juga selalu berkata, ‘Tidak ada bahaya menerima masuk ke dalam pertubuhan kita, orang-orang yang masih lalai dalam solahnya dan masih melakukan dosa-dosa kecil dengan syarat mereka adalah orang-orang yang takutkan Allah dan bersedia untuk mematuhi undang-undang serta peraturan pertubuhan. Orang seperti ini akan meningkat maju dan menjadi patuh. Risalah kita ialah umpama sebuah Pusat Perubatan di mana pesakit datang menemui doktor untuk mendapat rawatan. Janganlah kita menutup pintu terhadap mereka ini. Berusahalah membawa dan menarik mereka kepada kita (yakni risalah kita - penterjemah). Ini patut menjadi tugas utama pertubuhan awak. Namun begitu, ada dua golongan manusia yang patut dijauhi. Yang pertama ialah golongan mulhid (atheis) yang tidak beragama itu. Mereka ini susah hendak diperbetulkan kerana mereka sangat berjauhan dari keimanan kepada Allah. Awak tidak mendapat sebarang kebaikan dari mereka. Yang kedua pula ialah orang-orang yang baik tetapi tidak dapat memelihara tatatertib pertubuhan (atau

Syeikh Urfi juga berkata, ‘Para ulamak meraba-raba di dalam alam pemikiran. Hanya Iman saja merupakan jelmaan kebenaran. Orang-orang Mu’min akan mencapai kejayaan walaupun mereka lemah di segi kebendaan, jika Iman mereka teguh. Mereka yang lemah Iman akan kalah (rugi) walaupun mereka kuat di segi lahiriah dan kebendaan. Justeru itu, Iman ialah senjata yang paling kuat (ampuh) untuk menghadapi perjuangan hidup.’ Dia juga selalu menyebut, 'Setiap benda ada kebangkitan (kenaikan) dan kejatuhannya. Saya sendiri pernah mengalaminya. Apabila manusia itu bernasib baik, segala-galanya menurut kemahuannya. Bahkan seorang perompak pun akan datang dan menundukkan kepalanya. Tetapi, apabila nasibnya telah berubah kepada buruk, maka setiap orang akan berpaling darinya (yakni tidak mempedulikannya). Saya telah datang ke Mesir sebanyak dua kali. Kali pertama saya datang ke Mesir, saya adalah seorang ulamak terkemuka dan diiktiraf di negara saya. Orang-orang terhormat bandaraya awak telah mengalu-alukan kedatangan saya di stesen. Kali kedua saya melawat bandaraya awak, saya hanyalah seorang manusia biasa bernama Muhammad Sa’id al ‘Urfi. Kedatangan saya tidak disambut lagi kerana saya telah menjadi orang buangan kerajaan Perancis dan telah hilang segala pangkat dan kedudukan. Ketika inilah saya merasa malu dengan diri saya sendiri. Sepatutnya, pada waktu inilah saya layak menerima layanan dan sambutan yang lebih baik dan dikasihani. Walau bagaimanapun, dengan rahmat Allah, saya sangat gembira dapat bertemu dengan Ikhwanul Muslimin.’

Syeikh Muhammad Sa’id al ‘Urfi adalah seorang yang bermaruah tinggi, sederhana dan berjiwa besar. Ketika di Mesir, dia bekerja keras untuk menyara dirinya. Kerja yang dilakukannya termasuklah menyunting buku-buku. Dia tidak pernah meminta pertolongan dari sesiapapun. Dia membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk dirinya sendiri dan bakinya diberinya kepada Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang menziarahinya. Dia kembali ke Syria setelah lama berada di Mesir. Di sina, dia sekali lagi dipilih menjadi ahli Parlimen. Dia datang ke Mesir bersama sebuah rombongan untuk kali ketiganya dan mengambil bahagian di dalam satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan masalah Palestin. Sebaik saja dia menyimpan barang-barangnya di Hotel Intercontinental, dia terus pergi ke pusat gerakan Ikhwanul Muslimin. Dia sibuk dengan rakan-rakannya ketika acara rasmi. Masa lapangnya dihabiskan bersama-sama kami. Rasanya dia seorang hakim sekarang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Semoga Allah juga memberi pertolongan di dalam segenap bidang kehidupannya. Semoga Allah memberi kami peluang untuk menemuinya berkali-kali lagi.