Di kedai kopi.

Di kedai kopi.

Saya pun mula memikirkan cara-cara untuk menghadapi pertikaian yang sedang berlaku di kalangan orang ramai itu. Saya sedar bahawa sesiapa yang cuba bercakap mengenai Islam akan menghadapi tindak balas dari berbagai kumpulan. Setiap kumpulan akan cuba menariknya masuk ke dalam kumpulan masing-masing atau sekurang-kurangnya mereka ingin menganggap dia sebagai termasuk di dalam sesuatu kumpulan tertentu sama ada pihaknya atau musuhnya. Walaupun orang itu cuba menghubungi semua kumpulan untuk menyatukan mereka, namun begitu mereka tetap tidak menyukainya.

Saya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Akhirnya saya mengambil keputusan menjauhkan diri dari semua kumpulan dan jika boleh, menjauhkan diri dari berbincang dengan orang-orang di dalam masjid. Saya berpendapat orang-orang di masjid suka bercakap dan berbincang mengenai perkara-perkara khilafiah di dalam agama. Apabila ada saja peluang, mereka akan mengapi-apikan perkara itu. Saya mengambil keputusan tidak menjadikan mereka ini sasaran dakwah saya. Saya mula memikirkan cara-cara lain untuk menghubungi orang ramai dalam rangka usaha dakwah saya. Kemudian terlintas satu soalan di flkiran saya, ‘Mengapa kedai-kedai kopi tidak dijadikan sasaran dakwah saya?’ Pendapat ini menghantui fikiran saya untuk tempoh waktu yang agak lama juga. Akhirnya, saya pun melaksanakan pendapat itu. Saya memilih tiga kedai kopi utama yang selalu melimpah ruah dengan beribu para pelanggan. Saya mengatur rancangan ceramah untuk kedai kedai kopi tersebut. Saya memberi dua ceramah di setiap kedai kopi pada setiap minggu.

Saya menyampaikan ceramah di kedai-kedai kopi ini mengikut jadual. Pada mulanya orang ramai terpegun dengan cara saya berdakwah itu. Lama kelamaan, mereka pun menjadi biasa dengan cara itu dan terus meminatinya. Saya menjalankan dakwah dengan uslub (cara) yang tersendiri. Saya terpaksa bersusah payah Saya menyampaikan ceramah di kedai-kedai kopi ini mengikut jadual. Pada mulanya orang ramai terpegun dengan cara saya berdakwah itu. Lama kelamaan, mereka pun menjadi biasa dengan cara itu dan terus meminatinya. Saya menjalankan dakwah dengan uslub (cara) yang tersendiri. Saya terpaksa bersusah payah

Dengan cara ini, saya telah berusaha sedaya upaya untuk menarik hati orang ramai kepada saya. Saya mengelak diri dari menyampaikan ceramah yang panjang kerana hal ini biasanya membosankan para pendengar. Ceramah saya memakan masa kurang sepuluh hingga lima belas minit (10-15 min.). Saya cuba menyentuh semua perkara-perkara penting di dalam masa yang singkat agar ceramah saya itu meninggalkan kesan kepada para pendengar. Saya memilih ayat ayat Al-Quran dan hadith yang sesuai dengan keadaan di situ. Saya membaca ayat-ayat dan hadith-hadith tadi dan kemudian menghurai isinya dengan ringkas kepada mereka dan memberi kesimpulannya.

Orang ramai di Ismailiah suka dengan cara saya berdakwah dan mereka mula berbincang mengenai ceramah-ceramah yang telah saya sampaikan. Jiwa mereka telah tercuit dan mereka pun memenuhi kedai-kedai kopi kerana hendak mendengar ceramah. Saya dapati kesedaran mula meresapi para pendengar yang kerap pergi ke situ. Segala nasihat dan pendapat saya diamati oleh mereka dengan bersungguh sungguh. Lama kelamaan, mereka pun menerima pendapat-pendapat dan nasihat nasihat yang saya berikan. Timbullah keinginan di dalam diri mereka untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan kepada Allah; kepada akidah Islam dan kepada umat Muslimin agar selamatlah mereka di Akhirat kelak. Saya menjawab segala soalan mereka dengan cara yang tidak berterus terang. Saya sengaja berbuat begitu kerana hendak menghidupkan minat mereka agar mereka mahu berfikir mengenai masalah-masalah yang sedang mereka hadapi.