Kemasukan ke Darul Ulum.

Kemasukan ke Darul Ulum.

Tempoh tiga tahun di Maktab Perguruan merupakan satu termpoh yang penuh dengan ibadat dan kegiatan sufi. Di samping itu, saya juga berkesempatan menuntut ilmu-ilmu yang lain. Dua perkara telah banyak membantu saya. Yang pertama ialah perpustakaan bapa saya. Bapa saya juga menggalakkan saya supaya gemar menuntut ilmu. Banyak buku yang dihadiahkannya kepada saya. Buku-buku yang banyak Tempoh tiga tahun di Maktab Perguruan merupakan satu termpoh yang penuh dengan ibadat dan kegiatan sufi. Di samping itu, saya juga berkesempatan menuntut ilmu-ilmu yang lain. Dua perkara telah banyak membantu saya. Yang pertama ialah perpustakaan bapa saya. Bapa saya juga menggalakkan saya supaya gemar menuntut ilmu. Banyak buku yang dihadiahkannya kepada saya. Buku-buku yang banyak

Saya sangat terpengaruh dengan cerita yang bertajuk ‘Puteri Yang Berani’. Buku itu mengingatkan saya kepada corak buku-buku cerita waktu itu. Buku-buku cerita waktu itu bersekitar mengenai rintihan, keberanian, sikap sanggup mempertahankan tanah air, berpegang kepada agama Islam, jihad pada jalan Allah dan perjuangan untuk mencapai kehidupan yang mulia. Sebaliknya, buku-buku cerita serta novel-novel sekarang penuh dengan kelucahan dan kekosongan. Terdapat perbezaan yang jelas antara perkembangan kebudayaan dahulu dan sekarang. Saya rasa sudah sampai masanya untuk menyiasat mengapa para penerbit menerbitkan bahan-bahan bacaan lucah yang berbentuk buku cerita, majalah dan akhbar dan kemudian dipaparkan kepada masyarakat lapis baru.

Perkara kedua yang mendorong saya berminat untuk menuntut ilmu ialah adanya para guru terpilih dan terkemuka di Maktab Perguruan Damanhur. Mereka ini ialah Abdul Aziz Atiya iaitu Pengetua Maktab Perguruan di Iskandariah dan Ketua Ikhwan di sana, Syeikh Farhat Salim, Syeikh Abdul Fattah Abu Alam, Haji Ali Sulaiman dan Syeikh Al Basiyooni. Mereka ini semua adalah orang orang yang wara’ dan bertaqwa. Semoga Allah merahmati mereka. Mereka sentiasa menggalakkan para penuntut mengkaji ilmu. Saya mempunyai hubungan rohani dengan mereka. Hubungan ini sentiasa menjadi satu dorongan kepada saya.

Abdul Aziz Atiya mengajar kami pendidikan amali. Setiap bulan dia mengadakan ujian untuk kami. Dia sangat suka kepada jawapan yang saya beri di dalam ujian tersebut. Dia menulis kata-kata berikut di dalam buku jawapan saya: ‘Awak telah memberikan jawapan yang baik. Jika boleh, saya akan memberi markah yang lebih tinggi dari yang tertinggi. Dia mengembalikan buku jawapan tadi sambil memberi kata kata pujian, nasihat dan galakan. Tidak lama kemudian, dia telah memilih saya untuk membaca proof buku bertajuk ‘al-Mu’alim’. Buku tersebut dicetak di Syarikat Percetakan Al-Mustaqbil, Damanhur.

Hal ini semua terbukti sangat berfaedah di dalam menambah ilmu dan membina peribadi saya. Di samping mengikuti kursus yang telah ditetapkan, saya juga mengkaji buku-buku umum yang lain. Saya berjaya menghafal kitab-kitab berikut:

i) Mulhatul ‘Airab oleh Hariri,

ii) Alfiyah ibni Malik

iii) Al-Yaqootiyah iii) Al-Yaqootiyah

v) kitab Ar Rajbiyah

Saya juga menghafal sebahagian besar kitab-kitab

i) Fiqh Mazhab Hanafi yang bernama Qadoori, Matan Qadoori dalam Fiqh Mazhab Abi Hanafi.

ii) Matan Al Ghayat wail Taqreeb oleh Abu Syuja dalam Fiqh Mazhab Syafie.

iii) Matan Manzooma oleh ibni Amir dalam Mazhab Maliki.

Saya masih ingat lagi nasihat bapa saya: ‘Sesiapa yang mengkaji matan, maka dia akan menguasai ilmu.’ Nasihat ini mempengaruhi saya. Saya cuba menghafal matan Asy-Syatibiyah dalam ilmu Qiraat. Walaupun saya tidak berapa kenal istilah istilahnya, namun begitu saya berupaya menghafal muqaddimah-muqaddimahnya. Saya masih lagi ingat sebahagian dari rangkap-rangkap di dalam kitab itu.

Satu hari, Inspektor Pelajaran telah melawat kelas kami ketika bahasa Arab sedang diajar. Waktu itu saya berada di dalam tahun Ketika itu saya hanya menghafal kitab ‘Milhatul Alrab’ oleh Hariri. Dia menyoal para penuntut mengenai tanda ‘isim’ (nama) dan ‘Fi’il’ (perbuatan) dalam ilmu nahu. Kemudian dia bertanya mengenai tanda huruf. Guru saya, Syeikh Muhammad Ali Al-Najar memilih saya untuk menjawab soalan itu. Sebagai jawapan, saya telah membaca serangkap dari Milhatul: ‘Huruf tidak mempunyai tanda/alamat. Sesiapa yang dapat berfikir mengenai penjelasan saya ini akan mendapat alamatnya/tandanya.’ Inspektor itu tersenyum sambil berkata: ‘Baiklah saya akan memikirkannya dan mendapat tandanya/alamatnya.’ Kemudian dia mengucap terima kasih kepada guru kami dan terus beredar dari situ.

Minat saya yang mendalam di segi menuntut ilmu telah menarik ramai kawan kami yang sedang membuat persiapan untuk masuk ke Darul Ulum. Mereka semua adalah guru-guru sekolah rendah yang sedang menuntut di Maktab Perguruan. Mereka mencadangkan diadakan pengajian secara bersama agar semua dapat masuk Darul Ulum. Syeikh Ali Naufal yang mencadangkan supaya berbuat demikian. Waktu itu, Darul Ulum terbahagi kepada dua Bahagian. Bahagian Tajheezi [Persediaan] terbuka kepada para penuntut Al-Azhar dan Maktab Perguruan. Bahagian Al-‘Ali al-Mu-aqit [Bahagian Pengajian Tinggi] menerima para penuntut yang lulus Sijil Pelajaran Menengah dari Al-Azhar. Jabatan Aali telah ditutup pada tahun akademik 1923-1924. Sebagai ganti, satu Jabatan yang lebih tinggi telah dirancangkan, yang akan diterima hanya para penuntut yang telah habis pengajian mereka di Jabatan Tajheezi. Sebahagian dari rakan-rakan kami dari Maktab Perguruan membuat keputusan memasuki Jabatan Tajheezi. Tetapi kebanyakan mereka memilih untuk memasuki Jabatan Aali Aarzi kerana ia merupakan peluang terakhir. Syeikh Ali Naufal mahu berbincang dengan saya. Syeikh Ali Naufal adalah seorang guru di Maktab Perguruan Pelajaran dan saya pula dalam tahun tiga dikehendaki mengambil peperiksaan untuk mendapat Diploma Perguruan Pelajaran Rendah. Lantaran itu saya pun tidak dapat Minat saya yang mendalam di segi menuntut ilmu telah menarik ramai kawan kami yang sedang membuat persiapan untuk masuk ke Darul Ulum. Mereka semua adalah guru-guru sekolah rendah yang sedang menuntut di Maktab Perguruan. Mereka mencadangkan diadakan pengajian secara bersama agar semua dapat masuk Darul Ulum. Syeikh Ali Naufal yang mencadangkan supaya berbuat demikian. Waktu itu, Darul Ulum terbahagi kepada dua Bahagian. Bahagian Tajheezi [Persediaan] terbuka kepada para penuntut Al-Azhar dan Maktab Perguruan. Bahagian Al-‘Ali al-Mu-aqit [Bahagian Pengajian Tinggi] menerima para penuntut yang lulus Sijil Pelajaran Menengah dari Al-Azhar. Jabatan Aali telah ditutup pada tahun akademik 1923-1924. Sebagai ganti, satu Jabatan yang lebih tinggi telah dirancangkan, yang akan diterima hanya para penuntut yang telah habis pengajian mereka di Jabatan Tajheezi. Sebahagian dari rakan-rakan kami dari Maktab Perguruan membuat keputusan memasuki Jabatan Tajheezi. Tetapi kebanyakan mereka memilih untuk memasuki Jabatan Aali Aarzi kerana ia merupakan peluang terakhir. Syeikh Ali Naufal mahu berbincang dengan saya. Syeikh Ali Naufal adalah seorang guru di Maktab Perguruan Pelajaran dan saya pula dalam tahun tiga dikehendaki mengambil peperiksaan untuk mendapat Diploma Perguruan Pelajaran Rendah. Lantaran itu saya pun tidak dapat