Menuju Ismailiah

Menuju Ismailiah

Pada hari Isnin, 19 September, 1927 (maaf, saya tidak ingat tarikh Hijrahnya), saudara mara dan kawan-kawan telah berkumpul untuk mengucapkan selamat jalan kepada saya. Saya telah ditugaskan menjadi guru di sebuah sekolah rendah kerajaan di Ismailiah. Saya tidak ada pengetahuan langsung mengenai Ismailiah. Setakat yang saya tahu, ia adalah nama satu dataran di persisiran Mesir. Terdapat padang pasir luas yang memisahkan di antara Kaherah dan Ismailiah. Ia terletak di tebing Tasik At Timsah dan bertentangan Pelabuhan Suez. Para sahabat dan saudara mara pun mengucapkan selamat jalan dan saya mengucap selamat tinggal kepada mereka. Saya berbual dengan para sahabat mengenai beberapa perkara. Salah seorang sahabat saya itu ialah Muhammad Afandi As Syarnoobi. Ketika berbual dia telah berkata, ‘Ke mana saja seorang yang soleh pergi, dia meninggalkan kesan yang baik. Kami harap saudara kami ini akan meninggalkan kesan-kesan yang baik di bandaraya Ismailiah yang merupakan tempat baru untuknya.’ Kata-katanya itu sangat memberi kesan Pada hari Isnin, 19 September, 1927 (maaf, saya tidak ingat tarikh Hijrahnya), saudara mara dan kawan-kawan telah berkumpul untuk mengucapkan selamat jalan kepada saya. Saya telah ditugaskan menjadi guru di sebuah sekolah rendah kerajaan di Ismailiah. Saya tidak ada pengetahuan langsung mengenai Ismailiah. Setakat yang saya tahu, ia adalah nama satu dataran di persisiran Mesir. Terdapat padang pasir luas yang memisahkan di antara Kaherah dan Ismailiah. Ia terletak di tebing Tasik At Timsah dan bertentangan Pelabuhan Suez. Para sahabat dan saudara mara pun mengucapkan selamat jalan dan saya mengucap selamat tinggal kepada mereka. Saya berbual dengan para sahabat mengenai beberapa perkara. Salah seorang sahabat saya itu ialah Muhammad Afandi As Syarnoobi. Ketika berbual dia telah berkata, ‘Ke mana saja seorang yang soleh pergi, dia meninggalkan kesan yang baik. Kami harap saudara kami ini akan meninggalkan kesan-kesan yang baik di bandaraya Ismailiah yang merupakan tempat baru untuknya.’ Kata-katanya itu sangat memberi kesan

Saya bertemu seorang rakan yang merupakan seorang guru Sekolah Rendah Suez. Dia seorang ahli Tariqat Hamidiyah Syazlijah. Saya menceritakan kepadanya cita-cita hidup saya iaitu berjuang untuk menyebarkan Islam. Saya mencatitkan ingatan saya mengenainya ke dalam buku harian (diari) saya seperti berikut:

‘Waktu yang singkat ini tidak cukup untuk menyelami pemikiran dan jiwa orang ini. Setakat yang saya tahu, dia hidup untuk menjaga kehidupannya dengan amalannya. Dia bangga dengan keyakinannya kepada Allah, Islam dan Syeikhya. Dia suka melihat para sahabatnya berada di sekelilingnya. Dia tidak mahu atas tindakan semata-mata. Dia tidak ingin fahamannya terhad kepada dirinya seorang saja. Dia tidak suka menonjolkan kebanggaan yang dilahirkan oleh para sahabatnya terhadap dirinya. Ada perkara lain lagi yang dari penghormatan kawannya kepadanya.

Keretapi pun tibalah ke stesen Ismailiah. Para penumpang pun bersurai untuk menuju ke matlamat masing masing. Saya merenung bandaraya yang indah itu. Ia begitu cantik sekali jika dilihat dari jambatan stesen keretapi. Saya tertarik dan terpegun dengan kecantikan bandaraya Ismailiah. Saya menunggu sebentar di situ sambil mula berfikir dengan mendalam. Saya tertanya tanya apakah nasib masa depan saya di bandaraya suci ini, Saya pun berdo’a kepada Allah:

‘Ya Allah, berilah saya segala yang baik dan selamatkan saya dari segala kemungkaran.’ Di sebelah hotel saya tiba ke sebuah hotel dan menyerahkan beg saya kepada pengurusnya. Hanya beg itulah saja barang yang saya bawa. Saya pergi bertemu Pengetua dan guru-guru sekolah yang saya ditugaskan mengajar. Saya berbual dengan mereka mengenai berbagai perkara. Kemudian saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama yang menjadi guru di sekolah tersebut. Beliau bernama Syeikh Ibrahim al-Bonhawi Afandi. Saya ingin berkongsi tempat tinggal dengannya di Bansiyun. Oleh itu, saya pun mengajaknya tinggal di sebuah hotel biasa. Dia bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami pun tinggal bersama-sama di dalam sebuah bilik. Pada mulanya kami menyewa sebuah bilik di rumah seorang wanita Inggeris yang bernama Puan Jeemy. Kemudian kami berpindah pula ke rumah seorang wanita Itali yang bernama Puan Babina.