Ceramah-Ceramah dan Kesan-Kesannya

Ceramah-Ceramah dan Kesan-Kesannya

Saya masih ingat satu ceramah yang saya berikan atas tajuk ‘Pentingnya Kebersihan Hati'. Dalam ceramah ini, saya menekankan betapa perlunya kesejahteraan itu wujud di kalangan semua manusia dan betapa pentingnya didamaikan pihak pihak yang bersengketa. Selepas menyampaikan ceramah ini, saya duduk di satu sudut dan mula bertafakkur. Saya mempersoalkan diri saya sendiri, Wahai Hasan Al Banna. Awak menyuruh orang lain berbuat baik tetapi lupa kepada diri sendiri. Apakah maksudnya ini? Allah mengasihi orang yang benar dan orang yang berkata benar. Allah tidak suka kepada orang yang tidak patuh dan gemar bertengkar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, Maksudnya:

“Mahukah kamu sekalian aku menunjukkan kamu kepada sesuatu yang lebih tinggi darjatnya daripada sembahyang, puasa dan sedekah.” Mereka menjawab, ”Tentu, wahai Rasulullah!”

“Memperbaiki hubungan sesama manusia sesungguhnya rosaknya hubungan sesama manusia suatu perkara yang ‘mencukur’. Maksud aku bukan ia mencukur rambut tetapi ia mencukur agama.”

Allah telah berfirman di dalam Al Quran (4: 128).

Maksudnya:

“Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu menggauli isterimu dengan baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

‘Allah dan RasulNya telah memperkatakan yang benar. Bagaimana dengan diri saya? Saya menyuruh orang lain tetapi saya sendiri tidak mengamalkannya. Sikap saya ini tidak betul. Hati dan rohani perlu bersih dan suci. Perasaan marah mesti dihancurkan. Saya dahulu perlu mengamalkan kebenaran. Walaupun saya tidak melakukan dosa atau bertindak ganas terhadap seseorang, namun begitu saya perlu. menguji diri saya.’

Saya mengambil pena dan mula menulis surat kepada ketua para penentang tadi. Dalam surat itu, saya menulis, ‘Saya sedia melupakan perkara yang lepas. Para Saya mengambil pena dan mula menulis surat kepada ketua para penentang tadi. Dalam surat itu, saya menulis, ‘Saya sedia melupakan perkara yang lepas. Para

Saya juga menulis sebab yang mendorong saya berbuat demikian. Ini adalah kesan dari ceramah saya sendiri terhadap diri saya. Saya melakukan perkara ini kerana takut kelak saya dimasukkan di kalangan orang-orang yang Allah ceritakan di dalarn Al-Quran (Saff:2-3):

“Hai orang orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?”

“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.”

Kenapa (mengapa) kamu katakan sesuatu sedangkan ianya tidak kamu lakukan. Ini adalah satu dosa besar bagi mereka yang berkata apa yang mereka tidak lakukan.

Surat saya itu tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka walaupun saya telah berterus terang dan jujur. Saya mengambil keputusan hendak membawa surat itu sendiri kepada Ketua para penentang tadi. Ahli-ahli Ikhwan membangkang keputusan saya itu dan mereka keberatan membenarkan saya berbuat demikian. Tetapi saya tetap bertegas dengan keputusan saya itu. Saya juga bertegas hendak membawa surat itu kepadanya seorang diri. Para anggota Ikhwan terkejut dengan keputusan saya ini. Namun begitu, saya dapat merasa satu kekuatan yang hebat di sebalik kelemahan saya ini kerana kelemahan ini menepati kepatuhan kepada Allah.