Pusat Pengajian Islam

Pusat Pengajian Islam

Dengan izin Allah, bangunan sekolah dibina di atas masjid. Saya masih ingat pelajaran yang berkaitan teladan yang baik di sekitar tarbiyyah dan murabbi (pendidik). Saya sangat kenal dengan pendapat dan cara-acara mendidik beberapa orang pendidik Barat seperti Beethoven, Pestalozy, Herbart dan lain lain. Namun begitu, saya tidak menurut pendapat mereka secara membuta tuli. Sebaliknya saya mengubahsuaikan pendapat dan cara-cara mereka itu menurut acuan Islam. Sebaik saja bangunan sekolah siap, kami memberinya sebuah nama Islam iaitu ‘Maahad Hira`al Islami’. Kami mengenakan satu pakaian seragam khas untuk para penuntutnya. Pakaian seragam itu terdiri dari baju gamis (baju tup) labuh dan kot yang dibuat dari bahan tempatan, sebuah kopiah putih serta sepasang sepatu. Jadual waktu sekolah itu berbeza dari sekolah-sekolah lain. Ada peruntukan waktu untuk menunaikan solah di dalam jadual waktu tersebut. Waktu belajar bermula awal pagi dan berakhir sebelum solah Zohor. Kemudian semua penuntut dikehendaki menunaikan solah Zohor secara berjemaah di masjid. Selepas itu mereka pulang ke rumah dan kembali semula ke sekolah selepas makan tengahari untuk menunaikan solah Asar secara berjemaah.

Susunan pengajian (silibus) terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama menepati sistem pelajaran sekolah-sekolah rendah. Penuntut kumpulan ini disediakan untuk memasuki Al-Azhar dan lain-lain pusat pengajian agama. Para penuntut kumpulan kedua menjalani corak pengajian yang serupa dengan yang pertama tadi untuk separuh hari. Waktu yang separuh hari lagi dihabiskan untuk pelajaran yang berkaitan dengan pertukangan (perindustrian atau vokasional). Selepas makan tengahari, para penuntut kumpulan ini dihantar ke bengkel-bengkel dan kilang- kilang Ikhwanul Muslimin untuk menjalani latihan amali. Para pemilik bengkel- bengkel dan kilang kilang itu adalah ahli-ahli Ikhwan yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk melatih para penuntut tadi. Hanya Sekolah Islam Hira yang menyediakan kemudahan khas ini. Kumpulan ketiga pula menjalani corak pengajian yang berdasarkan sistem pelajaran rendah pihak kerajaan. Para penuntut ini diberi persediaan untuk mengikuti pelajaran menengah dan pelajaran yang lebih tinggi. Para penuntut ini semua dikenakan yuran yang bersesuaian. Mereka tidak pernah diberi bebanan yang lebih (dari kemampuan mereka). Mereka diberi biasiswa menurut kadar peratus keluarga-keluarga miskin yang ada. Mereka diajar oleh guru-guru dan jurulatih-jurulatih yang berkelayakan tinggi. Tenaga pengajar ini semua menguasai mata-mata pelajaran yang mereka sampaikan.

Kami melaksanakan tugas kami dengan ikhlas dan cekap dan Allah telah membantu kami. Orang ramai mula tertarik dengan Sekolah Islam Hira. Kami Kami melaksanakan tugas kami dengan ikhlas dan cekap dan Allah telah membantu kami. Orang ramai mula tertarik dengan Sekolah Islam Hira. Kami

Setelah saya meninggalkan Ismailiah, kedudukan Ma’ahad Hira' al Islami yang dijadikan contoh itu telah diturunkan ke taraf sekolah rendah biasa. Kementerian Pelajaran tidak memberi galakan; sebaliknya tentangan yang diberinya. Akhirnya ia menjadi sekolah rendah biasa. Sebab utama Sekolah Islam Hira' gagal mempertahankan kedudukannya ialah kekurangan guru-guru yang sanggup bekerja dengan semangat perjuangan Islam dan di samping itu sanggup mengorbankan masa serta wang ringgit mereka.

Setiap kali saya ada masa lapang, saya akan menyampaikan ceramah di Sekolah Islam Hira. Guru-guru pun turut hadir mendengar ceramah itu. Saya memimpin para guru di dalam dan di luar kelas dan juga membantu mereka membuat persediaan mengajar. Kadangkala saya turut mengiringi para guru dan penuntut- penuntut yang melawat taman-taman kerana tujuan pembelajaran mereka. Saya bersama-sama mereka lebih 2 jam setelah selesai mengajar sehingga hampir waktu Maghrib. Para penuntut tersebut berpeluang bergerak bebas dan bertanya apa saja soalan yang mereka suka. Hal ini memberi mereka hiburan dan juga pelajaran. Masa saya tidak sia-sia dan ianya habis di dalam suasana riang. Hubungan saya dengan para penuntut begitu baik sekali sehingga saya mengenali sungguh keadaan mereka dan keluarga mereka. Saya mengasihi mereka seperti anak-anak saya sendiri. Mereka pula menghormati saya seperti ibu bapa mereka atau abang mereka sendiri. Saya juga menggesa para guru supaya bersikap sedemikian lunak terhadap para penuntut.

Saya mengingatkan mereka bahawa mereka adalah para pendakwah Islam dalam generasi muda, patut sekali mereka mencorakkan hidup mereka dan melaksanakan kewajipan mereka menurut dasar-dasar Islam. Ramai dari mereka memiliki semangat yang begitu. Ada juga yang gagal memahami saya. Masyarakat kita memerlukan orang orang yang boleh berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati. Kita kekurangan guru guru yang boleh bekerja tanpa tekanan dan rasa takut. Namun begitu, segala-galanya berada dibawah kekuasaan Allah. Dia boleh mengubah hati manusia mengikut kehendak-Nya.