Jangan Sibuklah dengan kerja tak ada guna ‘turrahat’..!
Jangan Sibuklah dengan kerja tak ada guna ‘turrahat’..!
Demikianlah kamus para da’i. Ia sentiasa berkembang dan subur. Setiap generasi menambah istilah-istilah baru ciri mereka. Setengah mereka meletakkan perkataan kemerdekaan: “Jadilah kamu selama-lamanya orang merdeka yang tidak tunduk.” Yang lain akan menambah perkataan ‘harapan’: “Esok milik kita.” Kemudian, yang ketiga menambah: “Agama Allah itulah tanahair kita dan kami memandang remeh segala ujian, mehnah dan tribulasi.”
Sebelum mereka pula, Khalid telah meletakkan ungkapan: “Mereka sangat inginkan kematian.” dan Ibnu al-Mubarak pula menambah: “Menjual diri” Al-
Zahid Ruwaim pula memberi satu istilah lain ketika diminta nasihat oleh sahabatnya, beliau berkata: “Ia adalah pengorbanan jiwa, kalau tidak (maknanya) kamu menyibukkan diri dengan kerja tak guna.” 208
Demi Allah, demikianlah gaya hidup da’I !
Umat ini tidak mungkin akan kembali semula kepada Islamnya kecuali dengan adanya dakwah yang ditegakkan asasnya pada pengorbanan jiwa. Jika tidak, ia hanya tinggal angan-angan kosong, dengan mengharapkan pemimpin kufur dan jahiliah akan mendengar nasihat dan diplomasi. Itu semua hanya kerja tak guna ‘vanity, farce’ dan sia-sia.
Dengarlah laungan suara Ibnu al-Jauzi di pantai Dajlah di Baghdad: “Langkah pertama di jalan ini ialah pengorbanan jiwa.
Ini adalah serius. Siapakah yang hendak melaluinya?” 209 Sentiasa ada generasi pemuda yang berseri-seri wajahnya di segenap
pelusuk muka bumi Islam, menyahut seruan Ibnu al-Jauzi ini dan berkata: “Kamilah yang akan mengikutinya.
Engkau telah menyampaikan dakwah Islam dan kami menjadi saksi. Engkau telah menyampaikan kepada kami, kami telah menggabungkan diri ke dalam jamaah, kami tidak lagi membuat tindakan sendiri berkecelaruan. Inilah
dia roh dan jiwa, ambil dan letakkannya di bawah perencanaan teratur. Kami serahkan jiwa kami pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki.
Di zaman seruan Ibnu al-Jauzi dan Ruwaim itu, di sambut pula di sebelah barat oleh lidah Lisan al-Din bin al-Khatib dengan menegaskan: “Ya, sesungguhnya jalan ummat ini dibina di atas pengorbanan jiwa.”
Seorang da’i yang low profile generasi pertama, menamakannya jalan ini
207 Ibid, Jilid 10, m.s. 166 208 Ibn al-Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 183 209 Al-Mudhish, m.s. 299
‘jalan titisan darah’ . Beliau tidaklah mempunyai apa-apa ijazah dari mana-mana universiti dan namanya tidaklah masyhur, namun, beliau berkata kepada
pemimpinnya dengan kata-kata yang penuh keimanan: “Sesungguhnya titisan darah masih mahal bagi umat Islam. Selagi mana mereka menganggap titisan darah itu mahal, mereka tidak akan sampai ke mana, kerana harga kemuliaan dan kemerdekaan hanya dapat dibayar dengan titisan darah.” 210
Demikian kuat dan indahnya bahasa apabila datang dari lidah yang benar, sekalipun pengucapnya tidak mengenali sasterawan al-Jarjani dan al-Jahiz.
Itulah ketegasan dan keberanian menurut Muhammad Iqbal di mana kedua- duanya digabungkan di dalam satu rangkap puisi:
Seorang mukmin itu menjadi tegas apabila melihat kebatilan itu melampaui batas
dan berani di dalam menghadapi setiap pertarungan. 211
Itulah pengorbanan yang dikatakan oleh Walid al-‘A c zamiyy: “Itulah Islam, menuntut pengorbanan.” Seorang da’i telah menukilkan kata-kata di dalam puisinya, ingin menyatakan bahawa keagungan itu tidak mungkin tegak jika hanya hidup untuk untuk nafsu:
Sesungguhnya jiwa ini meredhai Islam ini sebagai agamanya Andainya dia duduk berdiam diri dan puas hati atau melihat Islam ini terhina di muka bumi ini
dan jiwanya mencintai kehidupan dunia yang fana ini Dia tidak tergolong di kalangan umat Islam yang agong
Seorang da’i yang faqih menghimpunkan semua istilah itu di dalam satu fatwa fiqhiyah yang jelas, jauh sekali dari emosional. Kata beliau:
“Tugas amar makruf nahi mungkar adalah fardhu kifayah yang wajib ada dalam ummat Islam. Tetapi, sekiranya pemerintah itu zalim, melampau serta tidak mahu mendengar nasihat sehingga ke peringkat membunuh sesiapa yang memberi nasihat serta menyuruh dia membuat kebaikan dan melarang dia dari kemungkaran, maka pada ketika itu kefardhuan ini gugur dari seseorang individu. Tetapi tugas ini tidak gugur dari ummah. Walaubagaimanapun digalakkan kepada individu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar ini sekalipun dia akan dibunuh.
Ini telah dijelaskan oleh hadis yang bermaksud : “Penghulu seluruh para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang mengucapkan kata-kata yang benar kepada pemerintah yang zalim lalu dia dibunuh.” (Tabrani, Hakim – pent)
Dapat difahamkan dan hadis ini, digalakkan menyuruh pihak berkuasa yang zalim kepada makruf dan melarangnya dari mungkar sekalipun membawa kepada dibunuh. Perbuatan sedemikian bukannya bererti dia
mencampakkan dirinya di dalam kebinasaan. Ia tidak termasuk dalam pengertian yang dimaksudkan di dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu di dalam kebinasaan.” Syahid di jalan Allah bukanlah satu kebinasaan. Itulah sebahagian dari
bentuk jihad. Ia akan menguatkan semangat orang yang benar, melemahkan kebatilan dan menghalang mereka melakukan kezaliman. Pengertian ini amat
210 Muzakkirat al-Dakwah wa al-Da’iyah, m.s. 114 211 Diwan al-Karb, m.s. 29 210 Muzakkirat al-Dakwah wa al-Da’iyah, m.s. 114 211 Diwan al-Karb, m.s. 29
Tiga Peringkat
Fatwa-fatwa, himpunan istilah dalam kamus da’i, kemaraan mengharungi bahaya di jalan dakwah, tauladan dari Yaman dan puluhan tauladan para
ulama’ dan da’i Islam dulu dan sekarang itu sebenarnya bukanlah satu tindakan gopoh tanpa berfikir. Tetapi ini semua sebenarnya memantapkan satu fasal dalam undang-undang tarbiyyah harakiyyah bagi qai’dah sulbah. Tajuknya: Menanamkan rasa sedia dan menjelaskan beban perjalanan sejak
dari permulaan lagi.
Perlunya persediaan jiwa untuk mengorbankan nyawa dan titisan darah ketika diperlukan. Dakwah bukanlah persatuan kebajikan yang hanya berpuas hati dengan sedikit pengorbanan !
Perlu persediaan untuk penat lelah setiap hari... perjalanan dakwah adalah panjang sebelum sampai ke matlamatnya. Tidak cukup dengan bertepuk tangan dalam perhimpunan atau memuji ucapan dan pidato.
Begitu juga perlu persediaan untuk mengorbankan kegembiraan, memikul musibah dan penderitaan umat yang berat. Bermula dengan masalah Palestin, masalah Kristianisasi di Indonesia, penyembelihan umat Islam di India, Bangladesh dan Filipina serta di seluruh dunia yang dikuasai oleh jahiliah.
Salah seorang jurunasihat Islam telah menyimpulkan tiga marhalah ini sejak dulu lagi dalam ucapannya: “Wahai saudara, permulaan jalan ini mudah, kemudian datanglah peringkat duka
cita. Permulaannya dengan mengorbankan kegembiraan, pertengahannya mengorbankan nyawa.”
Sepatutnya ada peringkat terakhir, yang lebih besar dari mengorbankan nyawa tetapi beliau tidak menyebutkan. Para da’I dapat merasakannya iaitu mengorbankan sesuatu yang lebih dari nyawa. Saya rasa ia adalah kerinduan yang bersangatan kepada tujuh puluh bidadari. Ia merupakan himpunan kerinduan sehingga mereka lupa nikmat rehat, nikmat makan dan minum di dunia dan lupa kepada gurauan isteri di dunia. Dia terus terawang-awangan, berlarian tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan.
Dari sifat marhalah yang diterangkan lama oleh juru nasihat ini dan dari perspektif lain pula dari tiga persediaan tersebut, kesemuanya menjelaskan kepada kita ciri haraki moden bagi marhalah yang bertahap-tahap menurut
kesesuaian kemampuan kekuatan dan waqi’. Ianya mengalir ke arah masa depan dalam aliran yang gabungan mantap antara fiqh syar’i dan pengalaman.