Memimpin Umat Lebih Utama Dari Menambah amal kebajikan
Memimpin Umat Lebih Utama Dari Menambah amal kebajikan
Pengalaman kita menunjukkan bahawa sebahagian besar dari orang yang kita seru pada hari ini sebenarnya kekurangan kesedaran politik, manhaj fiqhiy dan belum menyala roh jihad dalam diri mereka.
Tapi yang nyata, aspek amal kebajikanlah yang masih menguasai pemikiran mereka. Mereka suka membuat kebajikan meskipun pada hakikatnya mereka kurang harta untuk mengejar dan menyempurnakan pemikiran yang luas ini. Oleh itu, mereka perlu kepada diperbanyakkan tumpuan bicara untuk difahamkan tentang kesempurnaan dan keistimewaan dakwah ini berbanding dengan pendekatan badan-badan kebajikan.
Tidak dinafikan bahawa faktor yang menjadikan mereka cenderung kepada pendekatan kebajikan itu adalah kerana hati-hati mereka yang lembut dan
fitrah iman yang mereka miliki. Hati-hati itu sentiasa dihangatkan oleh nasihat demi nasihat tentang peri pentingnya erti kebaikan dan kemuliaan akhlak, mengobarkan semangat mereka untuk bekerjasama di dalam kerja-kerja memelihara anak-anak yatim, membangunkan sekolah dan masjid.
Demi Allah, apa yang diucapkan oleh para penasihat itu adalah benar belaka. Hadis-hadis fadilat itu bukan dusta. Kita tidak pernah melupakan kesan
dan pengaruhnya di dalam memajukan dakwah dengan tarbiyah secara praktikal yang memecahkan segala tabir. Melalui cara itu juga para da’i yang bersifat pendidik dapat berinteraksi dengan orang awam secara langsung setelah mereka tenggelam dalam pelbagai bidang kehidupan.
Tetapi da’I mempunyai kerja yang lebih penting dan lebih besar dari itu. Dia wajib melaksanakan kerja yang tidak dilakukan oleh orang lain melainkan dia. Pahalanya tidak kurang dari pahala membuat kerja-kerja amal, jika tidak
berganda-ganda pun.
Sesungguhnya da’i Islam wajib melaksanakan tugas tajmi’iyy, tarbawiyy, thaqafi, I’laamiyy, siyasiyy, jihadiyy, khairiyy dalam kesyumulannya yang luas dan takamul
yang saling berkaitan di antara satu dengan yang lain.
Itulah ciri keistimewaan kedua yang membezakannya dari umat Islam umum yang lain setelah ciri pertama iaitu kerja secara jamai’e.
Sebenarnya ciri istimewa ini bukanlah pandai-pandai kita sahaja. Ianya adalah arahan anjuran Imam Ahmad Ibnu Hanbal selaku pemimpin da’I di zamannya. Ketika beliau ditanya oleh muridnya Zuhair bin Abu Zuhair: “Bagaimana jika si polan itu boleh jadi berusaha di dalam sesuatu bidang seperti perkilangan, membina masjid dan pengairan?” Kata Zuhair: “Imam Ahmad berkata kepadaku: “Tidak, dirinya lebih utama baginya.” Imam Ahmad tidak suka laki-laki ini mengorbankan diri dan air mukanya.” 163
Di sini ada dua masalah yang telah disingkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal: Pertama: Ucapannya itu mendedahkan supaya da’i Islam tidak menjatuhkan air mukanya, tidak merendahkan harga dirinya dengan usaha mengumpulkan harta dari orang kaya meskipun untuk maslahah umum. Kegiatan sedemikian akan menahan lidahnya dari mengucapkan kebenaran, sama ada amar ma’ruf atau nahi mungkar.
Kedua: Maksud dari memelihara air muka itu ialah tafarrugh-fulltime dengan penuh megah memandu orang ramai, memerangi bid’ah dan musuh-
musuh Islam, amar ma’ruf dan nahi mungkar dan mengembangkan ilmu.
Fatwa itu hampir sama dengan apa yang dinyatakan oleh ulamak-ulamak perundangan politik Islam. Mereka mewajibkan khalifah atau sultan supaya tidak mengabaikan politik negara dan pentadbiran tentera kerana kesibukan
mereka melakukan ibadah-ibadah individu dan amal kebajikan peribadi. Kewajipan khalifah ini juga telah dinyatakan oleh Imam al-Mawardi:
“Sepatutnya, khalifah itu sendiri memimpin urusan negara secara langsung dan memerhatikan setiap situasi perkara untuk menjalankan pentadbiran umat ini dan memelihara agama. Dia tidak boleh menyerahkan urusan negara kepada pembesar-
pembesar negara semata-mata kerana sibuk bermewah atau beribadah. Ini kerana, boleh jadi pembesar yang diamanahkan itu melakukan khianat dan menipu. Allah S.W.T. telah berfirman:
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di muka bumi, maka hukumlah antara manusia dengan haq, dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti
ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah.” (Surah Sad 38: 26)
Allah S.W.T. tidak menyuruh Nabi Daud a.s. menyerahkan urusan negara kepada pembantunya, tetapi disuruh mengurusnya sendiri. Kemudian Allah melarangnya dari memerintah mengikut hawa nafsu kerana perbuatan demikian disifatkan sebagai sesat.
Tugas ini walaupun kelihatan kerana tanggungjawab agama dan atas jawatannya sebagai khalifah, tetapi tugas-tugas mentadbir merupakan hak-hak politik yang mesti dipenuhi oleh setiap pemimpin yang diamanahkan.
Rasulullah S.A. W. bersabda: “Setiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal tentang rakyatnya.” 164
163 Ibnu Abi Ya’la, Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 1, m.s. 159 164 Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah, Cetakan Kedua, m.s. 16
Memang dakwah adalah betul-betul penjagaan. Ia adalah benar-benar suatu tanggungjawab. Dari sinilah barulah difahami betapa jauhnya perbezaan di antara dua usaha, iaitu:
1. Usaha hanya semata-mata untuk menjaga kebajikan manusia meskipun sepenat manapun, dan
2. Usaha untuk bersama-sama dakwah secara syumul, penyertaan yang mengorbankan jasmani, memenatkan fikiran dan menghirup nyawa.
Oleh kerana itulah, kesyumulan dalam dakwah merupakan satu ketinggian. Hanya orang mukmin yang kuat sahaja yang mampu mendokongnya.
Panji Kebaikan
Pekong jahiliyyah telah terbongkar. Keburukan dan kepincangannya telah diketahui oleh manusia menyebabkan manusia menjadi sangat benci dan jemu kepadanya. Kini, tibalah giliran perpindahan dunia dan kepimpinan jahiliyah kepada kepimpinan Islam.” 165
Dengan begitu simple Syed Qutb mengungkapkan apa yang dilihatnya. Beliau memperkatakan satu perkara besar dan agung. Suatu peralihan besar, tetapi sememangnya satu hakikat.
Oleh itu, ia diungkapkan dengan ungkapan yang simple. Begitulah sifat sesuatu hakikat bila-bilapun. Suatu yang menjadi suatu hakikat tidak perlu diperbungakan bahasanya, tak perlu penjelasan panjang lebar dan tidak perlu warna warni atau dekorasi lagi.
Itulah hakikat yang sedang dialami oleh Barat. Kekosongan jiwa, kerosakan seks, dasar perkauman dan kezaliman penjajah Barat bukan sahaja dikira sebagai kebankrapan, malah ianya adalah pekong besar bagi tamadun mereka.
Hakikat ini tergambar dalam kerosakkan masyarakat Komunis. Kalaupun ia hanyalah pelampauan dan penindasan ke atas kebebasan hak asasi, itupun sudah cukup menjadi keaiban yang besar.
Sebaliknya hakikat itu mempamerkan keadilan, toleransi dan ketenteraman Islam yang ditawarkan kepada setiap hati yang menderita dan merana lantaran tekanan kebendaan.
Renungan sepintas lalu itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam telah jemu dan bosan dengan apa yang ditiru dari fahaman dan sistem materialisme Barat dan apa yang mereka taqlid dari kebuasan dan cara brutal blok Komunisme. Hati dan pemikiran mereka sekarang sudah cukup bersedia untuk kembali semula kepada Islam buat kali kedua.
Tetapi, untuk tiba ke tempat aman tersebut, ia terpaksa melintasi padang pasir yang luas. Untuk melintasinya perlu pula ada pemandu jalan dan pemimpin yang berpengalaman dan mahir dengan selok-belok perjalanan di gurun yang luas, mampu mengesan perjalanan, berpandangan jauh dan tepat serta bijak menentukan arah berpandukan bintang-bintang di langit.
Sekiranya pemandu dan penunjuk jalan telah ada, bermakna mereka telah hampir sampai ke tujuan.