Tinggalkan Rumahmu di Belakang
Tinggalkan Rumahmu di Belakang
Duduk sahaja di rumah -setelah beruzlah di masjid- adalah lebih teruk lagi dan tidak langsung menggambarkan sifat seorang muslim. Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. membantah keras orang yang bersembunyi di rumah sambil bersenda gurau dengan isterinya dan anak-anaknya, meninggalkan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar. Mereka ini mengosongkan tempat mereka dalam barisan mujahidin yang sepatutnya dipenuhkan untuk menentang taghut.
Para perawi telah meriwayatkan kepada kita dari seorang sahabat
86 Ibnu al-Jauzi, Said al-Khatir, m.s. 224, karangan Muhammad al-Ghazali 87 Majalah al-Muslimun, Bil. 3, m.s. 199, (Petikan dari Qasidah yang panjang)
Rasulullah S.A.W. yang telah dijamin masuk syurga, iaitu Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi r.a. Beliau telah berkata: “Cukup jadi keaiban pada seseorang bila
dia duduk diam di rumahnya.” 88
Tiada seorang pun ulama’ yang terkemuka yang redha dengan sikap demikian. Contohnya Imam al-Ghazali, beliau berkata:
“Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya telah melakukan kemungkaran. Bagaimana mereka boleh duduk saja-saja tanpa membimbing manusia, tidak mengajar mereka dan
tidak membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar manusia masih jahil tentang syariat hinggakan syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung pedalaman. Di antara mereka ada
orang Arab Badwi, Kurdis dan Turki serta berbagai golongan etnik lagi.
Sepatutnya ada seorang ulama’ atau faqih yang mengajar manusia tentang agama di setiap masjid dan kampung. Wajib ke atas setiap ahli fiqh -yang telah
selesai melaksanakan kewajiban fardhu ain dan fardhu kifayahnya- keluar ke negara berdekatan, sama ada ia didiami oleh manusia tidak kira bangsa Arab, kaum Kurdi atau kaum etnik lain bagi mengajar mereka tentang agama dan
hukum-hukum syariat mereka.” 89
Firman Allah S.WT. :
“Wahai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah, lalu berilah peringatan! (kaummu)” (Al-Muddassir 74: 1-2) Ibnu Taimiyah mentafsirkan ayat di atas dengan berkata:
“Wajib ke atas umat Islam untuk menyampaikan apa yang diturunkan kepada baginda Muhammad S.A.W., memberi peringatan sebagaimana baginda Muhammad S.A.W. memberi peringatan dan ancaman.
Firman Allah S.W.T.:
“ Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya; oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang- orang itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga.” (At-Taubah 9:122)
Bangsa jin pula apabila mereka mendengar ayat al-Quran, “..mereka kembali kepada kaumnya, memberi peringatan . 90 ” 91
Dalam timbangan Islam dan iman, ada amalan-amalan tertentu yang perlu diutamakan oleh seseorang pada satu ketika dan pada situasi tertentu mengikut konsep fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat). Satu amalan mungkin perlu dilakukan
88 Tabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, m.s. 221 89 Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 242 90 Seperti diceritakan oleh Allah di dalam surah Al-Ahqaf: 29. 91 Ibnu Taimiyah,, Majmu’ Fatawa, Jilid 12, m.s. 327 88 Tabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, m.s. 221 89 Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 242 90 Seperti diceritakan oleh Allah di dalam surah Al-Ahqaf: 29. 91 Ibnu Taimiyah,, Majmu’ Fatawa, Jilid 12, m.s. 327
Ibnu al-Qayyim Rahimahullah telah mengatakan: “Bagi orang yang berani dan kuat yang mampu menggerunkan musuh dengan serangannya, perlu
berdiri di barisan depan dan berjihad menentang musuh Allah. Tindakan ini lebih utama dari mengerjakan haji, puasa, sedekah dan ibadah sunat yang lain.”
“Bagi tokoh-tokoh agama yang alim dan memahami sunnah, halal haram, kebaikan dan kejahatan, pandai bergaul dengan orang ramai, mengajar dan menasihati dalam bab-bab agama lebih utama baginya dari mengasingkan diri
dari orang ramai dan menghabiskan masa untuk bersolat, membaca al-Quran
dan bertasbih semata-mata.” 92
Janganlah ada di kalangan kita berhujah dengan hadis-hadis keutamaan ibadat-ibadat sunat, tasbih dan zikir untuk menjustifikasikan tindakan kita mengasingkan diri dari orang ramai, meninggalkan tugas untuk membimbing
manusia lain serta mengajar dan menasihati mereka, berdasarkan pengetahuannya. Sesungguhnya menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai lebih baik daripada melakukan ibadah yang sunat.
Da’i Adalah Pengembara
Da’i tidak perlu merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa lebih untuk banyak berqiamullail setiap hari, dan memperbanyakkan
khatam Al-Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, kerja- kerjanya di dalam dakwah seperti mengajar manusia, memimpin mereka, mendidik pemuda-pemudi Islam dan membentuk mereka dengan bentuk Islam yang sejati itu lebih utama baginya dan lebih banyak pahalanya.
Contoh bagi para da’I ialah tokoh-tokoh da’i dan ahli salaf yang mengembara di serata dunia untuk mengembangkan dakwah Islam dan
menyampaikan risalah kepada manusia. Mereka memulakan bicara, dan bergaul dengan manusia lain dengan tujuan dakwah dan tidak menunggu- nunggu orang ramai untuk datang dan bertanya kepada mereka
Begitulah sikap da’i yang sentiasanya….
Da’i Islam pada hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung, negeri untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia.
Sebagai contoh, lihatlah bagaimana utusan-utusan Rasulullah S.A.W. yang round ke lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan
Islam kepada seluruh orang Arab. Mereka tidak menunggu orang datang ke Madinah. Cubalah kamu saksikan, apakah jawapan baginda apabila seorang badwi bertanya tentang rukun Islam. Bila Rasulullah saw menjawab, orang badwi tersebut berkata: “Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatupun darinya.”
Orang badwi tersebut ketika memulakan soalannya berkata: “Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan bahawa kamu adalah utusan Allah?” 93
92 Ibnu al-Qayyim, Iddah al-Sabirin wa Dakhirah al-Syakirin, m.s. 93 93 Sahih Muslim, Jilid 1, m.s. 32
Jelaslah bahawa utusan Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai da’i. Manusia perlu dilawati. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai
datang kepadanya, orang itu bukanlah da’i.
Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila
mereka dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.
Pelukan Cendekiawan
Orang yang beriman sentiasa berharap semoga Allah mengampuni segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga. Keampunan Allah dan syurga itu adalah kejayaan yang besar yang hanya tercapai setelah dia dapat melintasi pintu syurga beberapa langkah sahaja. Tetapi, rasa ketamakan terhadap apa yang ada di sisi AlIah itu adalah satu keinginan yang manis dan lazat.
Apabila harapan itu ada bersama kita, kita tidak merasa cukup hanya setakat melintasi pintu syurga, tidak cukup rasanya kalau sekadar tinggal di tingkat syurga yang rendah darjatnya, bahkan kita bercita-cita untuk masuk ke syurga‘illiyyin (yang tertinggi) dan syurga Firdaus yang yang tertinggi.
Di sinilah lojiknya kata-kata: “Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di
martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia. Satu dengan satu Setiap barang ada harganya Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah
dengan melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah. Demikianlah tulisan Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah di dalam bukunya yang bertajuk “Futuh ul-Ghaib”.
Beliau adalah seorang da’I dan reformis. Oleh itu, kita dapati setiap bukunya tertumpu kepada pengertian dakwah dan kewajipan dakwah. Menurut
pandangan Abdul Qadir al-Kailani, ‘orang yang berjaya’ ialah orang yang dipilih oleh Allah:
“…dan Allah menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya.” Kemudian beliau berkata: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain
mengatasai mereka kecuali darjat kenabian.” 94