Surah Al-’Asr Sudah Memadai
Surah Al-’Asr Sudah Memadai
Terdapat sebaris ayat di dalam Al-Quran yang cukup memadai dan besar ertinya bagi pendokong manhaj yang pertama dan sahih iaitu firman Allah S.W.T.
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berwasiat (nasihat-menasihati)
dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.” (Al-’Asr 103:1-3) Bahkan sebenarnya satu perempat dari surah tersebut pun sudah mencukupi iaitu yang menyifatkan orang yang saling berpesan atas kebenaran
sebagai orang yang mendapat keuntungan. Kerana itulah Rasulullah S.A.W. menyifatkan surah al-’Asr sebagai menyamai satu pertiga dari al-Quran. 107 Dua perkataan sahaja (iaitu saling berpesan atas kebenaran) sudah cukup untuk
menjelaskan kewajipan dakwah. Inilah yang menjadikannya menyamai dengan satu pertiga dari al-Quran.
Setiap manusia berada di dalam kerugian. “Kecuali orang yang telah menyempurnakan kekuatan ilmiahnya dengan beriman kepada Allah dan menyempurnakan kekuatan amalannya dengan mengerjakan ketaatan kepada
Allah. Inilah kesempurnaan pada dirinya. Kemudian, dia juga perlu menyempurnakan orang lain dengan menasihati dan menyuruh mereka untuk melakukan perkara yang sama untuk kesempurnaan iman dan amal. Untuk
memiliki segala kesempurnaan tersebut, kuncinya adalah kesabaran. Individu tersebut menyempurnakan dirinya dengan ilmu yang berguna dan amal yang soleh dan menyempurnakan orang lain dengan mengajar mereka perkara yang
sama dan berpesan agar mereka bersabar di dalam melaksanakan perkara tersebut.
107 Sahih al-Bukhari, Jilid 6, m.s. 233
Oleh itu, Imam Syafi’ie telah berkata: “Sekiranya manusia berfikir tentang kandungan surah al-‘Asr, ia sudah mencukupi bagi mereka.” 108
“Allah bukan hanya menyuruh manusia agar mengenali kebenaran dan bersabar di atasnya, tetapi Dia juga menyuruh mereka agar saling menasihati
sesama mereka dengan kebenaran dan kesabaran sambil mendorong mereka untuk melakukannya. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang rugi.” 109
Sebagaimana yang dijelaskan oleh seorang da’i lain; Muhammad Mahmud Al-Sawwaf: “Syarat untuk selamat dari sebarang kerugian telah ditentukan oleh
Allah S.W.T. iaitu bergantung kepada pengetahuan manusia kepada kebenaran. Setelah manusia itu mengenali kebenaran, mereka kemudiannya beriltizam pula dengannya, menegakkannya di dalam hati mereka, serta hidup bersama- sama kebenaran dan demi kebenaran. Setelah mengenali kebenaran, mereka tidak akan terlepas dari tanggungjawab dan tidak akan dapat selamat sekiranya mereka tidak menceritakan kepada manusia tentang kebenaran tersebut, menyeru manusia kepada kebenaran dan bersungguh-sungguh membawa mereka untuk berpegang teguh dan mengikut kebenaran.
Mengajak kepada kebenaran dan menyampaikan khabar gembira kepada manusia dengan kebenaran merupakan cabang kepada keyakinan dan mengenali kebenaran. Tidak sempurna akar tanpa cabang ini. Sesiapa yang tidak berusaha membawa manusia kepada kebenaran yang sebenar setelah mengenali dan mengikutinya, dia adalah orang-orang yang rugi. Perintah Allah S.W.T. yang jelas dinyatakan di dalam ayat tersebut iaitu saling berpesan dengan kebenaran terang-terang dan jelas membawa erti dakwah kepada kebenaran.
Sekiranya kamu telah mengenali kebenaran dan kamu telah melihat pula pendokong kebatilan menyimpang dari kebenaran, tetapi kamu tidak menyeru dan mengajak mereka agar menurut jalan kebenaran, jalan yang lurus dan cahaya yang jelas, tidak syak lagi bahawa kamu adalah dari kalangan orang yang rugi. Kamu berada dalam kerugian kerana tidak melaksanakan perintah Allah dan kamu tidak berpesan-pesan atas kebenaran. Kamu hanya mengambil kebenaran itu untuk dirimu sahaja dan tidak membawa sinarnya kepada orang yang sesat, menyeleweng, salah dan bingung tentang kebenaran. Sedangkan, seorang muslim yang sejati tidak hidup untuk dirinya sahaja bahkan dia juga hidup untuk orang lain. Jika dia telah memperbaiki dirinya, maka dia wajib pula berusaha memperbaiki seluruh manusia di sekelilingnya, mengikut kemampuan dan lingkungan masing-masing. Nas di dalam ayat ini adalah dalil yang terang dan tidak boleh ditakwilkan lagi.” 110