Al-Maududi Menjelaskan Segala Marhalah

Al-Maududi Menjelaskan Segala Marhalah

Al-Maududi juga turut sama melakarkan bagaimanakah bentuk gerakan Islam yang diyakini layak dan sesuai untuk merealisasikan tugas istikhlaf (pemerintahan Islam) dan membangunkan daulah Islam di muka bumi ini.

Beliau mewajibkan jamaah Islam yang haraki supaya mereka beriltizam dengan proses tarbiyah. “Tarbiyah yang berdasarkan pandangan dan fikrah kehidupan Islam yang sejati. Tarbiyah yang didasarkan di atas kaedah-kaedah

dan nilai-nilai akhlak dan proses yang sesuai dengan roh dan jiwa Islam serta sesuai dengan tabiatnya.” 195

Seterusnya, jamaah Islam itu mestilah bersungguh-sungguh melaksanakan tarbiyyah Islam ke atas setiap anggotanya berdasarkan asas ini

bagi melahirkan para da’i yang melaksanakan tugas mengembangkan fikrah Islam kepada manusia. “Dengan bilangan yang cukup dari pelbagai bidang kelayakan; perundangan, politik dan segala cabang disiplin ilmu sains dan seni. Mereka juga adalah manusia yang telah mensebatikan fikrah Islam dalam darah dan daging mereka. Mereka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, luas sehingga mampu untuk menyusun sistem pemikiran dan teori-teori, mempu membina metod kehidupan secara praktikal yang sempurna berdasarkan prinsip dan kaedah-kaedah Islam.

Mereka inilah adalah orang yang telah dikurniakan bakat dan kemampuan oleh Allah sehingga mampu menentang dan bertarik tali dengan pemimpin- pemimpin yang mempunyai fikrah yang kufur dengan Allah dan hari kiamat.

Akhirnya dengan kehabatan pemikiran mereka itu mampu menawan pemikiran dan akal lawan mereka dan menarik mereka untuk menerima dan tunduk kepada fikrah dan pemikiran Islam.” 196

Apabila harakah Islam ini telah melalui medan tarbiyyah dan dakwah umum ini, mereka akan mara setapak pula memasuki era pertembungan yakni; “..fasa pertarungan menentang sistem batil dan pincang yang menguasai masyarakat manusia.” 197

Ini adalah kerana “sistem pemerintahan dan kepimpinan tidak mungkin berubah semata-mata dengan wujudnya satu golongan atau gerakan Islam di

muka bumi. Dengan erti kata lain apabila wujud satu gerakan Islam, tersusun dan bertapak di bumi, maka kita menyangka malaikat akan turun dari langit untuk mengusir orang fasik dan jahat dari kerusi kepimpinan dan kekuasaan dan seterusnya meletakkan orang yang soleh dan beriman di kerusi tersebut. Ia tidak mungkin terjadi. Tiada jalan lain bagi jamaah Islam yang ‘haraki’ itu kecuali terus bertarung dan menentang kuasa-kuasa kufur dan kefasikan itu.” 198

194 Al-Muktamar al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 272 195 Manhaj al-Inqilab al-Islami, Majmu’ah Nazariyah al-Islam wa Hadiyah fi al-Siyasah wa al-Qanun, m.s. 82-83 196 Ibid 197 Ibid 198 Al-Usus al-Akhlaqiyah li al-Harakah al-Islamiyah, m.s. 34

Di tengah-tengah pertarungan itu; “..para da’i dan pengibar panji-panji harakah Islam akan diuji dengan pelbagai musibah, kesukaran atau tribulasi

yang sukar. Mereka akan mengalami gangguan dan tekanan yang mengerikan. Mereka akan dihentam, diserang dan diusir dari tanahair. Mereka mengorbankan jiwa raga mereka dengan sabar, tabah, ikhlas dan keazaman yang kuat. Mereka diuji dengan kepayahan, kesusahan dan fitnah.” 199

Namun, ketahanan dan kesabaran mereka menggelorakan lagi pertarungan haq dan batil dalam diri individu masyarakat yang melihat dan memerhatikan ketahanan mereka. Apabila pertarungan itu tiba ke

kemuncaknya, rasa simpati di jiwa beberapa orang individu makin hari makin bergelora. Mereka pun mengambil keputusan dengan begitu berani untuk bersama-sama menggabungkan diri mereka di dalam jamaah dakwah Islam

yang bertahan itu. Begitulah bilangan kumpulan dakwah itu terus bertambah. Manakala mereka yang bertabiat teruk, sakit hati, pengikut hawa nafsu dan syahwat, lama kelamaan suara mereka akan hilang, pengaruh dan

kekuasaan mereka akan merosot sedikit demi sedikit di hadapan arus harakah Islam yang mengalir deras dan perjalanan yang menderu ini.” 200

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19