Kita ingin menjadi pimpinan
Kita ingin menjadi pimpinan
Sikap itu adalah tuntutan iman. Namun begitu, menjadi lumrah manusia cenderung untuk mempunyai ramai teman. Mata gembira melihat iman mengalahkan kufur. Tatkala itu, bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah.
Perasaan itulah yang mendorong da’i berusaha bersungguh-sungguh mempelajari seni dakwah supaya mereka berjaya menyelamatkan sebanyak mungkin generasi muda dari kesesatan ke jalan yang lurus. Kamu melihat
mereka sangat gembira apabila berjaya mendapat satu bai’ah baru. Menjadi doa yang paling di sukai mereka ialah doa yang tersebut dalam al-Quran:
“Dan jadikanlah kami imam, pimpinan (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al- Furqan 25:74)
Doa itu bukan kerana mereka inginkan kuasa atau suka menunjuk-nunjuk yang merupakan suatu perbuatan tercela. Tetapi ianya adalah apa yang diperkatakan oleh Imam Ibnu al-Qayyim:
“Dia suka menjadi imam (ikutan) di dalam agama bahkan dia memohon kepada Tuhannya supaya menjadikannya sebagai imam dan pemimpin bagi mereka yang bertakwa kepadaAllah, diteladani oleh orang-orang yang bertakwa dan soleh sebagaimana dia sendiri menjadi pengukit kepada orang- orang yang bertakwa.
Sekiranya seorang da’I itu suka dipandang tinggi oleh orang yang bertakwa, hebat di hati mereka, dicintai dan ditaati; dan semua itu kerana niat membimbing orang bertaqwa itu mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.,
maka sikap demikian tidak mengapa, bahkan ia suatu yang terpuji kerana dia mendokong dakwah Islam dan menyeru manusia kepada agama Allah. Ia mahu Allah dicintai, ditaati, disembah dan diesakan. Oleh itu dia suka segala
perkara yang membantu untuk mencapai matlamatnya itu. Untuk itu, Allah S.W.T. telah menyebut golongan hamba-hambanya yang khusus untukNya, memuji mereka di dalam kitabNya dan memberi balasan baik kepada mereka
pada hari akhirat. Allah memuji amal dan sifat mereka yang terbaik dalam firmanNya:
“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan
220 Ma’alim fi al-Tariq, m.s. 181 220 Ma’alim fi al-Tariq, m.s. 181
Mereka ini memohon kepada Allah supaya sejuk mata mereka ialah apabila isteri-isteri dan zuriat mereka taat kepada Allah S.W.T. . Kegembiraan hati mereka ialah bila mereka menjadi ikutan orang-orang yang bertakwa dan soleh
untuk mentaati Allah beribadah kepadanya. Sesungguhnya imam dan makmum itu saling bekerjasama dalam mengerjakan ketaatan. Oleh itu, mereka hanya memohon kepada Allah sesuatu
yang boleh menolong mereka mencapai keredhaan Allah dan taat padaNya. Doa mereka ialah supaya mereka dijadikan imam dan pemimpin dalam agama.” 221
Perluasan tajmik Perlu seimbang Dengan Tenaga Tarbiyah
Tetapi keinginan untuk menjadi ikutan dalam dalam agama tidak sepatutnya pula tidak menjadikan kita bermudah-mudah dengan sifat
imaniyyah dan sifat semulajadi yang kita telah syaratkan bagi sesiapa yang hendak bergabung dalam gerombolan ini. Perlu ada keselarasan dan keseimbangan di antara peluasan tajmik dan kemampuan tenaga tarbiyyah yang kita miliki.
Satu kesilapan yang paling merbahaya ialah bagi dakwah ialah apabila ia melakukan tajmik yang luas sebelum adanya sekumpulan da’I yang mampu
mentarbiah mereka yang telah ditajmik itu. Kumpulan da’i itu sendiri pula mesti memperuntukkan sebahagian dari waktunya pula untuk meneruskan tarbiyyah diri sendiri dengan ilmu dan ibadat, kerana jika tidak, hati mereka akan menjadi keras setelah mereka dapat menikmati kelazatan di peringkat permulaan. Apabila hati telah keras, akan hilanglah pula roh-roh persaudaraan.
Keseimbangan ini bukan hanya khusus pada permulaan dakwah sahaja, bahkan mestilah meliputi seluruh fasa pengembangan dakwah. Jika tidak, dakwah akan diancam bahaya yang besar.
Oleh itu perencanaan dakwah pada peringkat permulaannya jangan digambarkan akan merangkumkan seramai mungkin orang awam dan orang biasa ‘rajul syari’’, kecualilah jika kita melonggarkan syarat-syarat penggabungan. Adalah satu kesilapan besar jika kita biarkan dakwah cuba mengutip dan beriya-iya mendapatkan ‘rajul syari’’ sebelum wujudnya satu bilangan yang cukup mereka yang yang mempunyai kesedaran dan tarbiyyah yang mantap.
Kalangan da’i yang terlibat dalam bidang politik biasanya mahu supaya dakwah berlumba-lumba dengan parti-parti politik untuk menarik sebanyak
mungkin orang biasa. Sedangkan kita dapati yang jelasnya orang biasa ‘rujul syari ’’ di mana-mana negara Islam sekalipun tabiat biasanya ialah tidak bersedia untuk duduk lama bersama-sama dengan mana-mana jamaah.
‘Rajul Syari’, ghaugha’, duhama’ (mob, riffraff & rabble) dan orang ramai yang bising-bising ini biasanya adalah orang yang tidak tetap pendirian. Mereka
itulah yang biasanya menjadi tunggak utama dan asas hidupnya parti-parti jahiliah kerana biasanya boleh menukar gantikan program dan uslub mereka menurut kehendak pengikut atau pasaran semasa yang laris.
221 Ibn al-Qayyim, Al-Ruh, m.s. 252
Tetapi dakwah Islam tidak akan menang dengan orang-orang seperti ini. Bukan orang-orang sebegini yang akan mengubah perjalanan sejarah. Tajmik untuk ramai dalam masa singkat mungkin tetapi ia tidak dapat bertahan lama.
Lebih dari itu, tajmik yang meluas akan meletakkan jamaah pada situasi baru yang memerlukan penggunaan tenaga yang besar untuk pengurusan. Ia juga memerlukan kumpulan qudwah yang tinggi tarafnya untuk mengekalkan
perkumpulan tersebut di dalam lingkungan kehidupan rohaniah ketika mengharungi pelbagai peristiwa. Sekiranya kemampuan tenaga dan qudwah tersebut tidak cukup sebelum dilakukan tajmik meluas dan bekerja dengan
‘rajul syari’’ itu, maka ini bermakna dakwah telah menghimpunkan orang ramai yang hanya Islam pada nama tetapi mempunyai pelbagai kecenderungan yang tidak terkawal dan tidak mahu tunduk kepada langkah yang bijaksana. Mereka
hanya akan bertindak tanpa arah dan tujuan. Mereka mungkin menggunakan Islam untuk membuat sesuatu yang bukan Islam. Bahkan kadangkala memburukkan Islam dengan fahaman yang bercampur baur, teori-teori kufur
dan akidah-akidah yang bercampur aduk dengan bid’ah.