Jadilah rijal ‘ammah
Jadilah rijal ‘ammah
Langkah-langkahmu selanjut dalam hijrah mu kepada Allah ialah dengan mengembangkan usahamu memperkatakan kebenaran. Pergilah kepada orang
118 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 16, m.s. 96 119 Ibnu al-Jauzi, Said al-Khatir, m.s. 38 120 Ibid , m.s. 42 118 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 16, m.s. 96 119 Ibnu al-Jauzi, Said al-Khatir, m.s. 38 120 Ibid , m.s. 42
Ulangi sejarah kegemilangan da’I salafussoleh r.a. Mereka adalah pemimpin orang ramai. Mereka tampil ke hadapan untuk membimbing manusia, sehingga manusia sedikit demi sedikit beransur-ansur mengasihi mereka. Orang ramai melihat mereka sebagai contoh dan teladan yang baik yang tidak dapat dipertikaikan lagi kewibawaannya, akhirnya orang ramai menurut dan kemudian mengikut arahan mereka.
Seorang ahli zuhud yang masyhur, Bisyru bin al-Haris al-Hafi Rahimahullah mendapati ada tiga sifat istimewa yang terdapat pada Imam
Ahmad bin Hanbal. Dengan sifat-sifat ini, Imam Ahmad dianggap melebihinya berbanding dirinya. Salah satu daripada sifat-sifat istimewa itu ialah; “...beliau merupakan imam orang ramai..”. 121
Para ilmu rijal menyifatkan Imam Al-Auza’i pula sebagai rajul ‘ammah – orang yang bersama orang ramai. 122
Demikian juga seorang ahli hadis dan faqih yang thiqah lain iaitu Abu Ishak al-Fazari. Ulama rijal berkata: “Dia adalah seorang rajul ammah. Dia telah
mendidik penduduk-penduduk dipersempadanan Islam di tanah tinggi Syam dan semenanjung yang mengadap ke Rom.. Beliau mengajar mereka tentang sunnah dan cara hidup Rasulullah S.A.W., menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran. Apabila seorang ahli bid’ah memasuki kubu itu, beliau mengusir lelaki tersebut. 123
Demikian juga Khalid bin Abdullah al-Wasiti, salah seorang ahli hadis yang thiqah dan merupakan salah seorang dari guru-guru Imam al-Bukhari. Mereka sifatkannya sebagai rajul ammah. 124
Pengenalan-pengenalan kepada rijal di atas menjelaskan bahawa mereka semua adalah da’i yang mengajar manusia. Ilmu mereka tidak meletakkan
mereka hanya di dalam bilik-bilik. Mereka turun ke medan, memimpin masyarakat membuat pendirian dan sikap politik. Demikianlah Imam Ahmad bin Hanbal memimpin masyarakat yang masih terpelihara bagi memerangi puak Jahmiyah dan Muktazilah yang cuba memesongkan akidah masyarakat dengan bid’ah ‘al-Quran adalah makhluk’. Beliau menentang kerajaan pada masa itu bila kerajaan hendak memaksa bid’ah menggunakan kuasa mereka. Akhirnya, Allah menolong beliau dengan perlantikan khalifah al-Mutawakkil yang memiliki akidah yang benar. Baginda telah menukar struktur kerajaan, membersihkannya dari bid’ah dan seterusnya menyekat dan memadamkan kegiatan ahli bid’ah.
Apa yang dimaksudkan dengan ammah ialah orang ramai samada terpelajar atau buta huruf dan bukannya menurut istilah moden yang
121 Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 23 122 Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 6, m.s. 241 123 Ibid, Jilid 1, m.s. 152 124 Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 3, m.s. 100 121 Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 23 122 Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 6, m.s. 241 123 Ibid, Jilid 1, m.s. 152 124 Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 3, m.s. 100
Imam Al-Zuhri, pemimpin ahli hadis telah mendidik beberapa generasi penduduk beberapa kota raya Islam dan membentuk mereka menjadi
pemimpin-pemimpin di dalam bidang hadis. Bukan itu sahaja, bahkan beliau sendiri turun menemui masyarakat badwi dan penduduk kampung untuk mengajar mereka, memelihara yang masih kekal dalam akidah yang benar dan berlemah lembut terhadap orang yang telah diselewengkan oleh ahli bid’ah yang sesat, lalu akhirnya diselamatkan kepada tauhid yang sejati.
Para ulama’ dan da’i kemudian pula memperbaharui sejarah al-Zuhri ini. Antaranya ialah: Seorang faqih dan pembimbing, Ahmad al-Ghazali, saudara kandung kepada Abu Hamid al-Ghazali pengarang Ihya’ ‘Ulumuddin. Beliau memasuki kampung-kampung dan kebun-kebun, memberi nasihat kepada penduduknya agar mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. 125