Sensitif Markaz Qudwah

Sensitif Markaz Qudwah

‘Markaz qudwah’ sangat sensitif dan seni. Sepatutnya tidak diletakkan di posisi tersebut kecuali individu yang telah bersedia berpegang kepada ‘azimah

dan menjauhi sama sekali dari rukhsah. Ia hanya boleh diisi oleh orang yang serius bekerja, zuhud dan penuh ‘tajarrud’, sanggup bersusah payah dan berkorban. Ini kerana, ia akan menjadi ‘imam’ bagi orang di sekitarnya yang meniru dan meneladaninya. Perbuatannya hendaklah lebih ‘power’ lagi dari kata-kata mulutnya dalam menceritakan pegangan dan nilai dakwah yang ingin disampaikan. Pemerhatian lebih berpengaruh berbanding kata-kata.

Kerana itulah apabila al-Laith bin Said, ‘imam’ di Mesir hendak melakukan kerja yang ‘mafdhul’ yang tidak sesuai dengan ‘azimah’, Yahya bin Sa’id al-

Ansori, Imam di Madinah berkata kepada beliau: “Jangan buat... Kerana sesungguhnya engkau adalah ‘imam’ yang diperhati dan diteladani.” 230

Dikatakan bahawa: sesiapa yang tidak memberi apa-apa pengajaran pada kamu apabila engkau memerhatikannya, ketahuilah bahawa dia bukan pendidik.

Siapa yang kamu tidak dapat hidu keharumannya dan jauh, ketahuilah bahawa dia tidak ada wangian dan tidak perlulah kamu bersusah payah cuba mencium-ciumnya...!

Da’i sebenar akan sentiasa bertambah kehebatan imannya. Akan terus meningkat ketakwaannya kepada Allah. Ia terus meningkat selama mana

takwanya kepada Allah S.W.T. dan tumpuan hatinya kepada dakwah meningkat sehingga ia dapat membunuh kelalaian orang yang memandangnya. Imam aI-Syafi’ie telah berkata:

“Barangsiapa yang menasihati saudaranya melalui perbuatannya, dia adalah pemberi petunjuk.” Abdul Wahid bin Ziad berkata: “Hassan Basri tidak sampai kepada darjat yang tinggi seperti sekarang kecuali kerana apabila dia menyuruh manusia dengan sesuatu perkara, maka dialah yang lebih dulu melakukannya dan apabila dia melarang mereka dari sesuatu perkara, dialah

229 Ibnu Taimiyah, Majmuk Fatawa, Jilid 1, m.s. 63 230 Tahzib al-Tahzib, Jilid 8, m.s. 463 229 Ibnu Taimiyah, Majmuk Fatawa, Jilid 1, m.s. 63 230 Tahzib al-Tahzib, Jilid 8, m.s. 463

Maksud yang indah ini dijelaskan dengan: “Sesungguhnya lelaki yang sodiq itu lebih banyak berbicara kepada orang-orang sodiq dengan perbuatannya

berbanding percakapannya dengan menggunakan lidah. Apabila ada orang memerhatikan tingkah lakunya yang diambilnya dan dikeluarkannya, semasa dia keseorangan mahupun didepan ramai, semasa dia berkata-kata mahupun semasa dia diam, manusia mendapat faedah dengan memerhatikannya. Itulah faedah dari pemerhatian. Siapa yang tidak berkeadaan demikian, kata-katanya tidak berfaedah kerana dia berbicara dengan hawa nafsunya. Sinaran kata-kata terpancar daripada sinaran hati, dan sinaran hati menurut kadar istiqamah dan penyempurnaan kewajipan hak-hak sebagai hamba dan hakikat ubudiah.”

Alangkah indahnya kata-kata ini. Begitu juga seorang tabi’in, Shahru bin Hausyab: “Apabila seorang lelaki berbicara kepada satu kaum, maka sesungguhnya bicaranya itu berkesan di hati kaum itu mengikut kedudukan kata itu dalam hatinya.”

Malik bin Dinar telah berkata: “Sesungguhnya seorang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir dari hati pendengar sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin.”

Telah diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s. tatkala baginda disoal: “Siapa yang banyak membawa fitnah di kalangan manusia?” Nabi Isa A.S. berkata: “Tergelincirnya orang alim. Apabila orang alim tergelincir, tergelincirlah ramai

orang lain disebabkannya.” 231

Kerana semua itulah maka termasuk dalam fiqh dakwah ialah kita perlu teliti dalam memilih orang yang akan menjadi qudwah. Kita tak mungkin

bermudah-mudah dalam hal ini. Janganlah kita menipu diri sendiri dan menjustifikasikan bermudah ini dengan menganggap mereka bukanlah qudwah kerana posisi mereka bukan posisi tarbiyyah.

Sesungguhnya sesiapa yang berinteraksi dengan da’i maka dia adalah qudwah bagi mereka kerana dia boleh dilihat, kata-katanya didengari dan memang ada pengaruh dari kata-katanya itu. Jika ditambah pula dengan isyarat dari orang lain bahawa dia adalah murabbi, maka tidak syak lagi ini akan menambah kesannya dan akan lebih terbuka hati untuk menerima kata-kata dan nasihatnya. Jika ia disokong oleh perbuatannya, maka ini adalah sebaik- baik nasihat. Jika sekiranya sebalik (tidak diterjemahkan ke dalam kehidupan hariannya) maka bicaranya hanya akan menjadi kosong, sia-sia dan akan menjauhkan manusia daripadanya.

“Sesungguhnya mana-mana nasihat jika tidak disampaikan dengan gaya bahasa yang hidup maka ia akan menjadi seolah-olah suatu kebatilan. Ia tidak

231 Ibnu al-Mubarak, Kitab al-Zuhd, m.s. 520 231 Ibnu al-Mubarak, Kitab al-Zuhd, m.s. 520

Demi Allah, berapa ramai ahli fiqh yang berkata kepada manusia: “Ini haram”, tetapi semakin banyak perkara haram dibuat oleh manusia. Ini kerana mereka berbicara seperti kitab-kitab berbicara, tidak menyambungkan

hubungan jiwa dengan syariat. Ia kosong dari kekuatan yang menjadikannya roh yang berpaut padanya segala roh. Kekuatan yang meletakkan dia di hadapan manusia pada satu kedudukan seolah-olah dia baru datang dari

syurga dan akan kembali ke syurga tidak lama lagi. Ulama’ dan ilmuan yang terikat dengan harta dan keinginan nafsu dan hanya memikirkan cara untuk menambahkan punca rezeki, harta, memuaskan

nafsu dan habuan dunia, maka itulah ulama’ yang merosakkan imej baik ulama’ dalam fikiran orang ramai. Perkara pertama yang ia fahamkan kepada manusia ialah jangan memahami daripadanya sesuatu.” 232

Secara ringkasnya: “Uswah atau tauladan itulah ilmu kehidupan.” 233 Dakwah kita adalah kehidupan. Menjadi contoh itulah satu-satunya ilmu dakwah dan seluruh ilmu dakwah adalah qudwah atau uswah yang benar dan baik.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19