Teman Di Sepanjang Perjalanan

Teman Di Sepanjang Perjalanan

Sesungguhnya perjalanan dakwah merupakan satu perjalanan yang panjang. Tetapi di sepanjang jalan ini ia dihiburkan oleh hiburan penghibur. Tugas dakwah itu adalah tugas yang sukar, namun kata-kata indah orang sodiq meringankan beban ini.

Bangunlah, kita kembalikan keadilan pembimbing rasyidin Bangunlah, kita sambung semula dengan kehebatan datuk nenek kita para

penakluk Bangunla, kita musnahkan segala belenggu, kerana masanya telah tiba.

Kerana manusia ditimpa celaka ’cinta’ dunia tanpa agama Mari kita kembalikan umat, sebagai rahmat bagi seluruh alam Janganlah kamu berkata: Bagaimana? Kerana kita adalah umat Islam Wahai saudara Islam di semua tempat, naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan Angkatlah al-Quran sebagai perlembagaan zaman Penuhilah setiap ufuq dengan laungan : ”Kami adalah umat Islam” Muslimun, muslimun, muslimun, di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami Kami rela mati daripada terhina Alangkah manisnya kematian di jalan Allah. 201

199 Manhaj al-Inqilab al-Islami, m.s. 84 200 Ibid 201 Yusuf Qardhawi, Majalah al-Tarbiyah al-Islamiyyah, Baghdad, Jilid yang ke-6, m.s. 395

Kriteria Generasi Pengasas

Ada dua hakikat nyata yang sentiasa menjadi ciri da’I Islam sejati, mereka akan hanya hidup bahagia bila di berada di bawah naungan kedua-duanya:

1. Tiada bumi yang menyekatnya

2. Tiada penyiksaan yang menggerunkannya.

Dua hakikat ini sentiasa diulang-ulang dalam nasyid mereka: Kamilah gerombolan Allah agamanya itulah tanah air (watan) kami Kamilah adalah tentera Rasul yang telah dipilihNya segala ujian terasa ringan bagi kami

Da’i Islam sebenar, akan sentiasa bekerja walau di mana pun dia berada dan ke mana pun dia diusir. Dia langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. Dia tidak sempit seperti orang lain dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah. Dia merasai seluruh umat Islam adalah saudaranya. Jika dia tidak mengembara berjalan kerana dakwah, kemungkinan pada masa itu disebabkan kerana dipenjara. Maka penjara pada masa itu adalah pengembaraan rohani dan pemikirannya. Hinggakan apabila dia digantung, maka rentapan tali gantung itu sebenarnya mengangkatnya ke tempat yang mulia dan indah di dalam syurga.

Syed Qutb berkata: “Selagi beriman, pendokong dakwah tidak langsung memandang tinggi atau kagum pada pihak yang mengalahkannya. Dia yakin itu hanya satu peringkat menurun yang pasti akan berlalu. Sesungguhnya iman itu mempunyai giliran turun naik yang tidak dapat dielakkan. Seandainya perjuangannya itu membawa kematian, dia tidak akan mengalah. Semua manusia pasti akan mati, tetapi dia mati syahid dan berangkat meninggalkan bumi ini menuju ke syurga. Orang yang mengalahkannya itu menuju ke neraka. Alangkah jauhnya perbezaan di antara keduanya. Dia mendengar panggilan Tuhannya Yang Maha Mulia di dalam firmanNya:

“Janganlah engkau terpedaya oleh kerana bolak baliknya orang-orang kafir dalam negeri. (Itu semua) kesenangan yang sedikit, kemudian tempat diam mereka

adalah neraka dan itulah seteruk-teruk tempat. Tetapi orang-orang yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka itu, syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, serta mendapat hidangan dan sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah, lebih baik baginya bagi orang-orang yang baik.” (Aali Imran 3:196-198 )” 202

202 Ma’alim fial-Tariq, m.s. 168

Golongan jahiliah tidak memahami hakikat yang menjadi titik tolak (muntalaq) perjuangan da’i Islam ini. Mereka lalu memburu, mengusir dan

menindas mereka. Tetapi, akhirnya mereka rugi di pusingan terakhir kerana melanggar fitrah Allah pada diri da’i Islam yang menyeru manusia kepada Allah.

Kedua-dua hakikat ini, dari aspek lain sebagai bayangan kepada kemerdekaan dan harapan. Kemerdekaan membebaskan da’i dari beban rasa

tamak kepada dunia manakala harapan itu mendorong mereka untuk berkorban.

Kamu boleh kata bahawa kedua-dua hakikat ini adalah hasil dari kemerdekaan dan pengharapan. Sekiranya kamu mahu, kamu juga boleh mengatakan bahawa ada empat ciri iaitu: Kemerdekaan, harapan dan dua ciri di atas, tetapi anggapan ini kurang tepat. Bagi perbincangan selanjutnya, akan diterangkan tauladan demi tauladan yang terdapat di dalam sejarah dakwah dan para da’i.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19