Dakwahlah yang menyucikan Kita
Dakwahlah yang menyucikan Kita
Ulama’ dan fuqaha’ terdahulu lebih dapat membezakan pengertian ini daripada ulama’ dan fuqaha’ di zaman mutakhir. Mereka menyatakan bahawa kemuliaan dan kekuatan yang dinikmati oleh umat Islam di zaman salafussoleh itu adalah kerana mereka melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.
Sebab itu mereka berkata: “Tugas itulah yang menjadi paksi terbesar di dalam agama. Untuk melaksanakan tugas itu, Allah S.W.T. mengutus seluruh
Nabi dan Rasul. Sekiranya tugas ini tiada, mengganggurlah kenabian dan risalah Islam, musnahlah agama, kosonglah dunia dan hidayah, tersebarlah kesesatan, berkembang-biaklah kejahilan, menjalarlah kerosakan. Yang koyak bertambah luas lubangnya, runtuhlah segala negeri dan binasalah seluruh hamba Allah di muka bumi. Mereka hanya akan menyedari kebinasaan mereka di hari pembalasan. Apa yang kita takuti telah terjadi. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Kerana ilmu dan amal paksi itu telah hilang.” 172
Imam al-Ghazali mengatakan yang demikian kepada umat Islam di zamannya.
“Bagi orang yang melihat dan berfikir, dia akan mencari jalan bagaimana hendak menyelamatkan umat dari kebinasaan itu. Tiada jalan melainkan dia
hanya akan menemui kaedah-kaedah angkatan pelopor, lalu dia pun menawarkan ganjaran dan tercari-cari siapakah yang akan menjadi pelopor. Menyimpan untuknya kedudukan yang tertinggi dan darjat yang mulia menghampiri Tuhannya Yang Maha Pengasih. Dia mendongakkan pandangannya ke puncak dan memekik :
“Wahai manusia, siapakah yang mahu mengisi kekosongan ini dan menampal retakan ini. Siapa yang sanggup memikul tugas atau pelaksanaannya, membaharui sunnah yang beredar ini, bangun memikul
bebanannya dan berusaha bersungguh-sungguh menghidupkannya, dialah yang mengambil peranan paling utama di kalangan manusia dalam
170 Syed Qutb, Dirasat Islamiyyah, m.s. 29 171 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 80 172 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 302 170 Syed Qutb, Dirasat Islamiyyah, m.s. 29 171 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 80 172 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 302
Mengenai hijrah yang telah kita sebutkan, kita telah didahului oleh sahabat- sahabat Nabi S.A.W.. Ibnu Taimiyah telah berkata: “Abu Hurairah telah
berkata: “Berjaga satu malam di kubu pertahanan jihad lebih aku suka daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi HajarAswad. Bumi yang paling mulia bagi seorang manusia ialah bumi yang paling dia taat kepada Allah dan rasulNya. Ia berbeza mengikut situasi. Tidak ditentukan bumi mana yang lebih mulia yang dipijaki oleh manusia, tetapi yang lebih mulia bagi setiap manusia tertakluk kepada sifat takwa, taat, khusyuk, tunduk dan hadir hatinya di hadapan Allah.
Abu al-Darda’ telah menulis surat kepada Salman: “Jomlah kita ke tanah suci !” Salman terus membalas suratnya:
“Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya.” Sebelum ini Rasulullah S.A.W. telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu al-Darda’ dan Salman lebih dalam kefahamannya berbandingAbu al-Darda’ di dalam beberapa perkara termasuk hal ini.” 174
Oleh itu, amallah yang sebenarnya menyucikan pelakunya. Semulia-mulia pekerjaan ialah tugas amar makruf dan nahi mungkar. Manakala semulia-mulia amar makruf nahi mungkar ialah yang dilaksanakan di negeri yang memerlukan kegiatan tersebut dan membuahkan hasil darinya. Janganlah kamu diperdaya oleh dirimu semata-mata dan rasa zuhud yang mendorong kamu untuk berhijrah dari tempat yang memberi manfaat kepada kamu. Dengarlah penjelasan Ibnu al-Qayyim untuk kita:
“Agama itu bukanlah semata-mata meninggalkan perkara yang jelas haram, bahkan juga melaksanakan segala perintah yang disukai Allah. Sebahagian
besar manusia yang beragama tidak memperdulikan hal itu kecuali apa yang dibuat olehnya bersama-sama masyarakat awam. Jihad, amar makruf, nahi mungkar, nasihat kepada Allah, rasulNya dan hamba-hambaNya, menolong Allah, rasulNya, agamaNya dan kitabNya merupakan kewajipan-kewajipan yang tidak terlintas di dalam fikiran mereka, apalagi hendak dilaksanakan.
Manusia yang paling kurang agamanya dan yang paling dimurkai Allah ialah manusia yang meninggalkan kewajipan-kewajipan ini sekalipun dia seorang yang zuhud dan meninggalkan dunia seluruhnya. Jarang sekali kamu
melihat orang yang merah padam mukanya kerana Allah, marah kerana kehormatan Allah dicabuli dan mengorbankan hartanya untuk menolong agamaNya.” 175
Lihatlah Rasulullah S.A.W. : “Seluruh waktunya diwakafkan untuk berjihad dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Oleh itu, jadilah baginda manusia yang paling tinggi namanya di seluruh alam dan paling mulia kedudukannya
di sisi Allah.” 176 Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. merupakan contoh ikutan dan tauladan yang terbaik bagi kita.
173 Ibid, m.s. 306 174 Ibn Taimiyah, Majmuk Fatawa, Jilid 18, m.s. 283 175 ‘Iddat al-Sobirin, m.s. 121 176 Zad al-Ma’ad, Jilid 2, m.s. 38
Formula yang hanya
difahami oleh rijal
Dari fenomena sejarah da’i, didapati bahawa kebanyakan mereka telah bekerja dan memberikan pengorbanan yang besar untuk dakwah Islam dengan senyap dan tenang. Kesibukan mereka dalam kerja-kerja tarbiyah dan tajmi’i menghalang mereka daripada membukukan pengalaman dan perasaan fiqh dakwah yang mereka temui sepanjang masa tersebut. Hanya segelintir kecil sahaja yang meninggalkan tulisan dan penjelasan untuk generasi da’i selepas mereka.
Tetapi di samping fenomena tersebut, kita dapati bahawa Allah S.W.T. mengurniakan kepada mereka kefasihan dan kekuatan bahasa ‘balaghah’ yang luar biasa. Sehingga mereka mampu simpulkan pemikiran dakwah mereka dengan kata-kata yang ringkas dan dapat dijadikan usul atau dasar dakwah yang penting bagi da’I selepas mereka. Kata-kata ini menjadi penunjuk jalan dan pengucapnya dianggap sebagai guru di dalam dakwah Islam.
Kadangkala kata-kata mereka hanya tidak lebih dari beberapa baris, tetapi ianya sangat penting kerana ia membina satu hubungan dan ikatan di antara seluruh bahagian Islam. Bahagian-bahagian menjadi besar sehingga memberi kesan yang besar. Ianya ibarat angka-angka yang mempunyai nilai kecil. Tetapi setelah datang pakar-pakar Matematik yang mampu membuat pelbagai rajah - hubungan antara angka-angka itu dalam formula Matematik, tersingkaplah berbagai rahsia tenaga dan cara penggunaannya. Hinggakan Einstein hanya menemui rahsia tenaga atom di atas sekeping kertas dan dengan sebatang pena. Dia juga menemui cara mengeluarkan kuasa tersebut untuk digunakan.
Begitu juga para duah. Mereka membuat rajah-rajah hubungan antara adab-adab dan suruhan Islam yang membuka jalan yang luas untuk sesiapa yang hendak melaluinya. Mereka turut menentukan faktor-faktor pemutus dan noktah efektif. Ini menunjukkan pemberian Allah kepada mereka hasil dari kesedaran yang mendalam dan yang diperolehi dari pengalaman yang panjang.
Walau bagaimanapun, formula matematik angka itu hanya dapat difahami oleh ahli matematik yang mampu berfikir dan menganalisa. Maka begitu juga formula dakwah tidak dapat difahami dan tidak diketahui nilainya kecuali oleh da’i Islam yang merasai dan memikul beban dakwah. Orang yang jauh dari tugas dakwah, duduk bersantai dan membuat pelbagai alasan tidak dapat memahaminya.