Mendaki Anak Tangga bersama orang yang berjalan.. Bukan melompat..
Mendaki Anak Tangga bersama orang yang berjalan.. Bukan melompat..
Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna telah mengarahkan supaya menghindarkan sikap membuta tuli. Beliau memberi amaran kepada yang
terlampau bersemangat dan mengajarkan mereka: “Di antara ciri dakwah ini ialah: Bertahap-tahap dalam mengatur langkah, menunggu masa, tidak tergesa-gesa mahu melihat hasil..
kerana tiap-tiap sesuatu ada masanya yang telah ditentukan.” 225 Beliau juga selalu mengulangi kepada mereka: “Para da’I yang memahami fiqh dakwah: slogan mereka ialah; Masa itu adalah satu juzuk dari rawatan.” 226
Dengan ini, Imam al-Banna telah meletakkan penawar keempat yang akan melindungi dakwah dari tindakan membuta tuli, mendadak tanpa matlamat yang jelas dan akan dapat memelihara dakwah dari kemusnahan. Beliau
menamakan penawar ini sebagai ‘menunggu’.
Begitulah, antara kesempurnaan tarbiyyah Islamiyyah harakiyyah bagi marhalah kini ialah perlunya ‘menanam persediaan jiwa untuk menunggu’
sehinggalah dengannya sempurna proses pembinaan ikhtisas yang akan menangani pengembangan sayap di medan. Persedian jiwa positif sanggup menunggu ini juga memerlukan pengurangan memasuki kegiatan politik buat sementara waktu.
Pada hakikatnya, selagi kita menumpukan usaha kita di dalam tarbiyyah secara berterusan, kita dapati diri kita lebih tetap, teguh dan mantap menghadapi kehebatan arus perkembangan pemikiran jahiliah yang diimport.
Kita dapat menerima berita kemenangan parti-parti politik jahiliah dengan berani kerana sesungguhnya kemenangan mereka itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja dan tidak mampu untuk bertahan lama. Kemenangan
mereka dihancurkan oleh usaha tarbiyyah kita apabila ia menepati makna tarbiyyah Islam yang sejati dan hakiki tanpa semangat yang membuta tuli, mendadak dan tanpa perancangan.
Bahkan lebih jauh dari itu, boleh jadi ada hikmat di sebalik kemenangan kesesatan pihak jahiliah pada hari ini. Ia untuk membuktikan kelemahan mereka dalam membina suasana bahagia yang dijanjikannya kepada manusia. Kelemahan mereka ini menjadi bukti usaha pendidikan mereka. Ia adalah pekong besar yang dihadapi oleh sistem-sistem karut dan diktator-diktator yang berusaha bermati-matian memesongkan manusia dari Islam. Kegagalan mereka ini dapat membuka jalan dan mempercepatkan perjalanan da’i Islam.
223 Ibn Taimiyah, Majmuk Fatawa, Jilid 10, m.s. 13 224 Ibid, Jilid 20, m.s. 393 225 Majalah al-Dakwah al-Misriyyah, Bil. 67 226 Ibid
Itulah jalan tarbiyyah. Suatu perjalanan yang sukar, jauh, dan lambat. Kita mungkin ditinggalkan oleh jahiliah seketika dalam pertandingan ini...
sebahagian dari kita mungkin gugur ... dan sebahagian dari habuan terlepas dari kita, Namun, itulah jalan yang aman, teguh dan terjamin.
Mungkin sebahagian manusia berpendapat bahawa jalan lambat ini tidak akan melatih da’I untuk berkorban. Mereka juga menyangka bahawa kita melupai prinsip pengorbanan dari pertimbangan kita. Sebenarnya itu tidak benar. Sesungguhnya pengorbanan itu dituntut dan perlu, tetapi mesti kena pada waktunya. Ia tidak boleh dibuat-buat. Sebaik-baik da’I ialah da’i yang menanam benih tadhiyyah ‘pengorbanan’ di dalam jiwa saudaranya mulai dari sekarang.
Inilah satu-satunya jalan yang aseel ‘original’ tiada duanya iaitu jalan tarbiyyah yang beransur-ansur dan disimpulkan oleh Imam Hassan al- Hudhaibi Rahimahullah dalam kata-katanya: “Dirikanlah daulah Islam
dijiwamu, nescaya ia akan tertegak di bumi kamu.”
Langkah-langkahnya ialah dengan: menyebarkan kesedaran Islam, mentajmi’, mentarbiyyah, berkembang secara seimbang, menyebar dengan
berhati-hati, menunggu sehingga sempurna ikhtisas yang diperlukan, memerhatikan dan menunggu kelemahan mereka yang berkuasa secara palsu itu dan tadahkan tangan kamu kepada Allah agar mengasihani sekelian muslimin di seluruh dunia sehingga terlucut selempangmu dari bahumu. Ketika itu kamu terangkat ke darjat yang tinggi.