Kibarkan Panji Kebaikan
Kibarkan Panji Kebaikan
Tetapi, bagaimanakah tajammu’ umat Islam dapat berlaku tanpa ada seseorang yang baik memulakannya? Perlu ada yang memulakannya.. kadangkala dengan takbir yang
menyedarkan. Kadangkala pula dengan nyalaan api yang menarik perhatian. Adakalanya pula dengan mengibarkan bendera kebaikan yang dapat dilihat oleh orang yang baik, lalu mereka berkumpul di sekelilingnya. Apa yang
kurang pada umat Islam hari ini ialah bendera dan panji ini. Bilangan mereka sudah ramai, pengetahuan mereka tinggi, imej tinggi tetapi perpecahan dan hampasnya mereka telah melemahkan mereka.
Abdul Wahab Azam Rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain untuk mengkaji realiti umat Islam dari dekat. Akhir beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa, kecuali perpaduan. Lalu beliau memanggil umat Islam yang baik-baik:
“Janganlah kamu merasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana-sini di antara umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar berita si polan itu dan si polan ini adalah puak rosak dan
merosakkan. Sesungguhnya terdapat ramai lagi umat Islam yang baik tetapi kamu anggap mereka orang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan panji mereka lalu orang yang jahat dan pengikut mereka berhimpun di bawahnya
naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran. Sekiranya panji kebaikan dikibarkan, tentu mereka yang baik-baik itu berkumpul di bawahnya. Golongan jahat tentu
akan diam dan mereka tidak akan glamour lagi.
Dalam mana-mana bangsa mesti ada orang baik dan jahat, mesti ada kejahatan dan kebaikan dan mesti ada perosak dan muslih. Jika dikibarkan
panji kebaikan nescaya orang baik dari mana-mana akan bernaung di bawahnya. Dengan kebaikan itu, kalahlah satu kebaikan di dalam jiwa yang kebaikannya mengatasi kejahatannya. Akan lahirlah kebaikan yang terpendam di dalam jiwa yang belum ada lagi kebaikan. Sesungguhnya setiap manusia walau betapa besar pun kejahatannya, mesti masih terpendam di dalam jiwanya rasa cenderung kepada kebenaran dan kebaikan.” 167
Ungkapan ini memang benar dan sangat betul.
Ramai manusia yang baik-baik jadi bingung di sini. Bila mereka lihat kerosakan di negeri mereka, melihat lintang pukang neraca dan nilai, melihat orang jahat berkuasa, mereka mula menyangka perkara itu telah hancur dan
tidak dapat dibaiki lagi. Mereka rasa kufur telah berkuasa penuh menyebabkan
Syawarid Abdul Wahhab Azzam hlm. 173.
mereka terpaksa memilih sama ada diam membisu atau berhijrah ke negeri yang kurang kejahatannya dan ‘mengganggur’ di sana.
Hijrah Yang ‘mafdhulah’ (kurang prioritinya)
Ketika memuncaknya kekuasaan golongan Jahmiyyah, Muktazilah dan semangat perkauman benci Arab (Sya’ubiyyah) di zaman Khalifah alMakmun,
al-Muktasim dan al-Wasiq, segala urusan pentadbiran diserahkan kepada orang yang tidak sepatutnya. Ketika itu, seorang panglima Arab yang sayangkan Islam, Abu Dalaf al-Qasim al-’Ijliy merasa sangat sedih. Beliau merupakan salah seorang baik yang hebat, sahih akidahnya dan nyata kemuliaannya. Beliau menentang semangat anti bangsa Arab yang didokong oleh sebahagian pemimpin negara, lalu dia berkata:
Kedudukan orang mulia di negeri yang hina mustahil untuk berhijrah sekalipun mungkin,
di mana tiada siapa yang mengangkat pedang untuk menentang kezaliman dan tiada tempat bagi panglima yang gagah perkasa di negeri yang bangsat ini, kaum yang mulia menjadi hina hinggalah mereka dikuasai oleh golongan yang hina 168
Kemudian, dia berpindah ke perkhemahan askarnya di kota al-Karakh yang terletak hari ini di jalanraya antara Iraq dan Khurasan tak jauh dari
Karmansyah. Ini bukan al-Karakh yang terkenal di Baghdad itu. Abu Dalaf adalah seorang lelaki yang merdeka tetapi dia bersendirian. Oleh itu, tiada apa yang menghalangnya dari berhijrah meninggalkan Baghdad. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula beliau benar-benar bebas dan da’i. Beliau enggan berhijrah sebaliknya bertahan di Baghdad, mengangkat panji, bendera dakwah, bertahan thabat dan akhirnya dapat mengalahkan kumpulan bid’ah.
Demikianlah keadaan da’i Islam yang merdeka di sepanjang zaman. Mereka sabar bertahan di negerinya, mengutip dari masyarakat tersebut pemuda/I baik yang masih terpelihara hati dan fizikal mereka dari kekotoran, penyakit dan
noda jahiliyyah. Da’I ini mentarbiyyah dan memantapkan mereka dengan rasa izzah Islam. Lalu mereka dimasukkan ke dalam saf.
Benar... dalam masyarakat yang tertindas yang telah lama tunduk kepada thaghut, biasanya kita dapati jiwa manusia cenderung kepada kehinaan,
kerehatan dan gemar kepada semua yang mudah. Tetapi di dalam jiwa manusia sebenarnya masih ada kecenderungan pada ketinggian, mahukan kemuliaan dan rindukan kebesaran dan kehormatan. Sesungguhnya di dalamnya ada bara yang tertimbus di bawah abu. Apabila ada orang yang meniupnya, ia akan membara dan menyala, bangun, bekerja dan berusaha. Setiap kali dia menikmati kelazatan amal dan mendaki, bertambahlah cinta dan asyiknya kepada kerjanya.” 169
Justeru itu, tindakan orang yang berhijrah adalah salah, kecuali hijrah untuk menjaga rahsia yang perlu dijaga atau hijrahnya orang faham ‘ahli fiqh’ kepada
orang yang memerlukan ilmunya atau hijrah orang yang takut terfitnah pada agamanya.
168 Ibnu Taifur, Kitab Baghdad, m.s. 133 169 Abdul Wahab Azam, Al-Syawarid, m.s. 353
Sikap berdiam diri pula adalah lebih silap. Syed Qutb berkata: “Mereka yang melihat kezaliman di sepanjang jalan dan menemui pencerobohan di
setiap tempat, tetapi tangan dan lidahnya tidak bergerak padahal mereka mampu menggerakkannya, mereka itulah yang tidak makmur hatinya dengan Islam. Sekiranya hati mereka makmur dengan Islam nescaya mereka berubah menjadi mujahidin.” 170
Oleh itu, orang yang beriman yang berjiwa Islam adalah sentiasa bergerak dan menggerakkan. Mereka yang bersikap tunggu dan lihat dan berjanji
hendak menggabungkan diri dalam dakwah setelah nampak bibit-bibit kejayaan Islam, maka dia adalah orang yang lemah.
Wahai sahabatku Tidak merdeka yang memberontak terhadap kezaliman, sesungguhnya sebelum itu
telah banyak kaum yang memberontak Orang yang merdeka ialah orang yang bergerak menuju kepada kezaliman. Lalu menundukkan kezaliman sedang manusia masih tidur 171