Ibnu Taimiyah Menyatakan perlunya Amal Jama’ie
Ibnu Taimiyah Menyatakan perlunya Amal Jama’ie
Para pemimpin dan da’i Islam yang telah disebutkan tadi merupakan orang yang sangat faham. Mereka mengetahui Maqasid Ammah Syar’iyyah yang mengharus bahkan mewajibkan melakukan perkara-perkara yang perlu untuk merealisasikan objektif syariat Islam, sekalipun tiada dalil mengenainya. Mereka tahu bahawa “sesuatu yang tak sempurna sesuatu yang wajib tanpanya
maka hukumnya juga adalah wajib.” Lalu mereka semua tinggalkan sikap bersendirian kerana suasana memerlukan berbuat demikian, lalu mereka berganding bahu di dalam jamaah dan bekerja dengan amal dan usaha secara berjamaah. Mereka telah menjelaskan dengan mengeluarkan beberapa fatwa yang terang dan sorih betapa pentingnya amal jama’ie dalam urusan amar makruf nahi mungkar. Amal jama’ie itu boleh dinamakan dengan berbagai nama seperti jamaah, parti, ikatan dan lain-lain. Sekiranya ia merupakan sebuah amal jama’ie, mestilah ada pemimpin atau ketua. Tidak kira sama ada pemimpin itu dipanggil sebagai ketua, mursyid, presiden parti.
Mungkin anda merasa pelik bila mengetahui bahawa pembentukan kumpulan-kumpulan yang bekerja kerana tujuan-tujuan syar’iyy, terdapatnya
penggunaan istilah-istilah yang kamu sangka sebagai istilah-istilah moden, sebenarnya ia telah diutarakan melalui kata-kata fuqaha’ dan pemimpin- pemimpin yang terdahulu. Ini memberikan kita gambaran yang nyata dari apa yang terkandung di dalam kitab-kitab fiqh terdauhulu bahawa wujudnya fiqh harakah di dalamnya yang tidak diketahui oleh kita. Ia menunggu-nunggu siapakah yang dapat memetiknya dari kitab-kitab fiqh tersebut dan menyebarkannya kepada da’i Islam.
125 Al-Subki, Tabaqat al-Syafi’iyyah, jilid 6, m.s. 62
Dengarlah kata-kata Ibnu Taimiyah tentang pensyariatan amal jama’ie yang hampir-hampir tidak anda duga bahawa ia adalah dari kata-kata ulama qudama’.
Ibnu Taimiyah berkata: “Perkataan al-Za’im seerti dengan perkataan al-Kafil, al-Qabil dan al- Dhomin, yang bermaksud pemimpin, ketua atau penjamin. Allah S.W.T. berfirman:
“Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan)sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu.” (Yusuf 12: 72)
Oleh itu, sesiapa yang menjamin atau mengelolakan urusan segolongan masyarakat, dia dianggap sebagai pemimpin golongan tersebut. Jika dia
menjamin dan mentadbir kerja yang baik, dia dipuji dan jika dia menjamin kerja yang buruk, dia adalah dikeji.
Ketua hizb pula merupakan ketua kumpulan yang bergabung atau menjadi hizb (penggabungan). Sekiranya mereka berkumpul atau bergabung dalam melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah dan rasulNya tanpa menambah-nambah atau mengurangkannya, maka mereka adalah orang-orang yang beriman. Mereka berhak mendapat ganjaran yang sepadan dengan tanggungjawab yang dilaksanakan. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang berlebih-lebihan dan pengurangan, umpamanya sikap taksub kepada mana- mana individu dalam hizb mereka sama ada betul atau salah dan menolak pula semua orang yang tidak menyertai hizb mereka samada betul atau salah, maka itu adalah perpecahan yang dikutuk oleh Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah dan RasulNya menyuruh berjamaah dan bersatu padu dan melarang dari perpecahan dan perselisihan. Allah dan rasulNya menyuruh supaya tolong- menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan melarang daripada tolong- menolong dalam melakukan dosa dan permusuhan.” 126
Inilah bukti paling berharga yang menjadi hujah kita menolak pendapat orang yang menganggap amal jama’ie sebagai bid’ah dalam uslub dakwah Islam.
Ianya juga merupakan bukti terang yang mendorong da’i Islam untuk mengumpulkan nas-nas ulama lain seperti ini dan menjadikannya sebagai paksi dalam amal dakwi. Dakwah akan menjadi lebih kukuh dan mantap memandangkan penyebut nas-nas ini adalah orang yang hebat. Ia juga akan menjadi kata putus dalam menghadapi setengah golongan yang tidak faham yang cepat menuduh bahawa amal jama’i adalah kerja bid’ah.
Bagaimanakah amal jama’ie dan gerakan berjamaah itu boleh dianggap sebagai suatu bid’ah sedangkan ia merupakan perkara yang dipusakai dari Nabi-nabi a.s.? Firman Allah:
126 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 11, m.s. 96
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata".” (Yusuf 12:108)
Ibnu al-Qayyim berkata: “Al-Fara’ dan sekumpulan ulama bahasa berpendapat bahawa kata-kata ‘Siapa yang mengikutku’ menjadi ma’tuf bagi
gantinama yang terdapat dalam frasa ‘aku mengajak’. Ertinya, siapa yang mengikuti aku (Rasulullah), dia berdakwah ke jalan Allah sebagaimana aku juga menyeru. Ini juga adalah pendapat Al-Kalbi yang berkata: Setiap orang yang mengikut Rasulullah bertanggungjawab untuk berdakwah kepada apa yang diserukan kepadanya oleh baginda Rasulullah S.A.W..” 127
Allah S.W.T. telah berfirman:
“Berapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum (Al-Ribbiyyun) yang banyak .” (Aali Imran 3:146)
Ibnu al-Qayyim berkata: “Al-ribbiyyun” di sini bermaksud “jamaah- jamaah” seperti yang telah disepakati oleh ahli tafsir. Satu pendapat lagi mengatakan ia berasal dari perkataan “al-ribbah” yang bermaksud “jamaah”. Al- Jauhari berpendapat: “Al-ribbi” merupakan kata nama tunggal bagi “al-
ribbiyyun”, iaitu beribu-ribu orang manusia.” 128
Oleh itu, maksud ayat di atas ialah Nabi-nabi a.s berperang bersama-sama beribu-ribu orang yang beriman. Sejarah hidup Rasulullah S.A.W. merupakan contoh yang jelas bagi ayat tersebut.
Para pewaris Rasulullah S.A.W. dan pengikut-pengikut para Nabi a.s. mempunyai contoh yang dijadikan ikutan iaitu Rasulullah S.A.W. dan para nabi a.s. Pewaris-pewaris itu tidak akan bersendirian di dalam perjuangan mereka. Bahkan mereka berjalan sebagai satu jamaah yang mempunyai beribu- ribu orang anggota.