Fokus pada ‘memprodukkan’ Orang-orang Thiqah
Fokus pada ‘memprodukkan’ Orang-orang Thiqah
Tidakkah anda lihat bagaimana kerajaan negara-negara membangun menumpukan pada peringkat awalnya pada industri berat? Ini kerana, industri berat merupakan kunci peluang untuk mewujudkan industri-industri ringan
lain.
Demikian juga kita di peringkat permulaan dakwah. Kita seolah-olah sedang berada di peringkat permulaan akibat banyaknya kesilapan yang
berlaku dan dahsyatnya serangan dari pihak kafir dan tali barut mereka.
Usaha kita mesti ditumpukan kepada ‘kilang-kilang thiqat’ (proses melahirkan golongan thiqah) yang akan mendidik dan membentuk da’i yang bersenjatakan iman dan fiqh haraki. Mereka perlu disimpan bagi menghadapi
kufur medan demi medan. Segala kemampuan mesti disimpan bagi membantu, mengukuh dan memantapkan badan yang akan mentarbiyyah golongan thiqah tersebut.
Tempoh dari bermulanya lahir mana-mana gerakan Islam hinggalah sampai ke hari ia hampir-hampir menyamai kekuatan jahiliah di sekitarnya, tempoh tersebut mestilah menjadi tempoh untuk usaha tajmi’, tarbiyyah dan tafqih. Setiap kali mereka membuka medan baru atau membuka platform baru atau melibatkan diri dalam kancah politik secara total, maka ini bererti berlaku pertentangan antara tuntutan unit tarbiyyah dengan tuntutan medan baru atau aktiviti politik tersebut. Ia adalah disebabkan kurangnya mereka yang mampu dan berkelayakan bagi memenuhi segala tuntutan-tuntutan ini dan mampu pula menguruskan pelbagai unit.
Dalam perencanaan dakwah, tidak sepatutnya keterbukaan medan dakwah dibuka begitu luas sebelum yakin wujudnya bilangan thiqah yang cukup bagi
melaksana dan meneruskan medan ‘infitah’ tersebut. Anggota yang thiqah perlu dihalang dari kerja secara semangat tiba-tiba ‘air karbonat’ dan kerana reaction provokasi pihak jahiliah terhadap kita. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang kita dari melatih sebahagian dalam bilangan yang kecil dari da’I melaksana dan meneruskan medan ‘infitah’ tersebut. Anggota yang thiqah perlu dihalang dari kerja secara semangat tiba-tiba ‘air karbonat’ dan kerana reaction provokasi pihak jahiliah terhadap kita. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang kita dari melatih sebahagian dalam bilangan yang kecil dari da’I
Al-Quran…. Dan Kekuatan Yang hebat….
Memang benar.. kekuatan besi adalah pelengkap bagi al-Quran.
Itulah firman suci dari Allah .. ayat muhkam dan bukannya mutasyaabih.. terus dipakai dan tidak dimansuhkan. Allah S.W.T. mahu menjadikannya sebagai slogan, dustur dan penunjuk jalan kepada dakwah Islam. Melalui ayat yang dibaca oleh berjuta umat Islam di seluruh dunia setiap hari. Firman Allah S.W.T. :
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama
mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa..” (Al-Hadid: 25)
Setiap hati yang sejahtera, teguh imannya dan cenderung kepada kebaikan akan dapat memahami ayat itu sama sebagaimana yang difahami oleh Rasulullah S.A.W..
Abu Bakar al-Siddiq telah memahaminya. Kerana itulah dia memerangi kaum murtad. Saidina Umar Al-Faruq yang gelarannya diambil sempena nama sebilah pedang juga telah memahaminya. Oleh itu, dia menyetujui supaya dibetulkannya dengan pedang sekiranya dia menyeleweng dan mengikuti hawa nafsu.
Demikianlah umat Islam generasi demi generasi sentiasa mengingatkan yang lain dengan sikap ini. Mereka mengingatkan dengan al-Quran. Kerana itu mereka tidak rugi.
Sehingga apabila mereka ditimpa malapetaka dan kekalahan, Allah memberi taufiq kepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah untuk membacakan
ayat ini dan mentafsirkannya. Beliau berkata kepada mereka: “Allah S.W.T. telah menyatakan bahawa sesungguhnya Dia telah menurunkan al-Kitab dan al-Mizan 222 . Dia juga menurunkan besi untuk menegakkan keadilan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongNya dan siapa yang menolong rasulNya. Oleh itu agama ini didirikan dengan al-Kitab sebagai pembawa hidayah dan pedang yang akan membantu. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai
222 Neraca aatau timbangan. (Pnt) 222 Neraca aatau timbangan. (Pnt)
Beliau menegaskan kepada umat Islam bahawa sesungguhnya: “Apabila telah jelas ilmu dari al-Quran dan al-Sunnah, kemudian disusuli dengan pedang, maka akan tertegaklah Islam.” 224