Siapakah yang Akan Memerangi Musuh Jika Kamu Memencilkan diri?

Siapakah yang Akan Memerangi Musuh Jika Kamu Memencilkan diri?

Kumpulan pertama yang keliru itu telah mula muncul sejak zaman permulaan Islam, di zaman sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W ketika itu masih lagi hidup. Abdullah bin Mas’ud adalah antara para sahabat yang menentang mereka. Beliau faham bahawa ‘uzlah’ adalah bertentangan dengan Islam yang Kumpulan pertama yang keliru itu telah mula muncul sejak zaman permulaan Islam, di zaman sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W ketika itu masih lagi hidup. Abdullah bin Mas’ud adalah antara para sahabat yang menentang mereka. Beliau faham bahawa ‘uzlah’ adalah bertentangan dengan Islam yang

Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a. Dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.

Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”

Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk beribadat.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.” Kisah ini telah diriwayatkan oleh seorang guru ahli hadis

Abdullah bin al-Mubarak.’ 83

Menurut andaian saya (Wallahua’alam), amalan bid’ah ini iaitu mengasingkan diri dan beruzlah dari masyarakat untuk beribadat adalah

amalan yang ditiru dari kaum Nasrani. Di bumi Furat yang terletak berhampiran bandar Kufah terdapat banyak biara. Di sanalah juga tempat tinggalnya puak bani Tay yang ada tersebarnya kristian sebelum kedatangan Islam. Ini terbukti melalui mereka ‘Adi bin Hatim Al-Taa’iy r.a. yang pernah memeluk Nasrani sebelum masuk Islam.

Dari kisah Abdullah bin Mas’ud ini, para da’I sepanjang generasi dapat mengambil satu kesedaran yang benar. Sesungguhnya ia adalah kalimah yang benar, simbol kesedaran dan lambang didikan Nabi.

Tanda-tandanya jelas dalam kata-kata mereka sebagaimana yang terbayang di wajah mereka. Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan diri dari masyarakat?

Siapakah yang akan melawan konspirasi Zionisme, Freemason, propaganda Komunisme dan Atheis sekiranya orang yang bersembahyang dan ahli ibadah tetap di dalam masjid-masjid, tidak bergabung tenaga dengan da’i Islam?

Setelah Ibnu Mas’ud dan sahabat-sahabatnya wafat dan berlalunya generasi para mujahid tabi’in yang dididik oleh para sahabat Rasulullah S.A.W., sebahagian orang Islam telah kembali semula meninggalkan jihad, kembali beruzlah diri dari pergolakan orang ramai. Fenomena ini berlaku pada separuh kedua abad kedua hijrah.

Abdullah bin Al-Mubarak Mewarisi Ibnu Mas’ud

Allah S.W.T. memberi hidayah kepada Abdullah bin Al-Mubarak (meninggal pada 181H) untuk melakukan pembaharuan (tajdid) dalam

kehidupan umat Islam.

Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang

83 Abdullah bin al-Mubarak, Kitab Al-Zuhd, m.s. 390 83 Abdullah bin al-Mubarak, Kitab Al-Zuhd, m.s. 390

Bukan itu saja, bahkan beliau juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun beliau berperang di Rom dan menjadikan Tursus yang terletak di selatan

Turki sebagai tempat tinggal. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli hadis semasa zamannya.

Kata-kata yang dipetik dari Abdullah bin Mas’ud itu menggegarkan Abdullah bin al-Mubarak lalu dijadikan sebagai pelita di dalam hidupnya. Beliau memainkan peranan Ibnu Mas’ud yang kedua. Hinggakan kita dapat lihat beliau membantah sikap sahabatnya, seorang ahli ibadah zuhud yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah (meninggal pada 187H) kerana mengasingkan diri di Mekah untuk beribadat dan meninggalkan jihad.

Al-Fudhail juga merupakan seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti apabila hadis-hadisnya terdapat di dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim.

Dalam sejarah Islam, beliau dianggap seorang ahli ibadat dan zuhud yang termasyhur dan paling baik perkataannya. Tetapi Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap keistimewaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh Islam. Ibnu al-Mubarak pun mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhail di mana beliau menyifatkan sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main dengan ibadatnya. Tegurannya itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tursus setelah selesai satu peperangan, semasa belum pun sempat debu di badannya hilang. Beliau mengirimkan rangkap-rangkap puisi yang tersangat indah, menjadi hujah bagi setiap da’i selepas beliau.

Syairnya mengandungi rangkap-rangkap yang sungguh mengkagumkan, isinya yang sangat benar dan jitu disulami dengan bahasa yang bermutu tinggi.

Bukalah hati kalian, rungkaikanlah belenggu dan bebaskanlah hati kalian dari ikatan, supaya dia terbang dan melayang tinggi bersama rangkap-rangkap puisi Ibnu al-Mubarak:

Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kami nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu. orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata, sedang tengkuk kami

berlumuran dengan darah dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan telah datang kepada kami sabda Nabi kita kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta: “Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang

menyala kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa

“orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta 84

Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini diucapkan kepada ahli ibadah yang berada tanah haram Makah al Mukarramah. Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan

banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut tentang air mata. Seperti sesetengah orang yang bersembahyang, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain haruman

untuk mencontohi sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al- Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya satu haruman yang mudah padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’

mujahidin berlumuran dengan darah dan debu medan peperangan di samping haruman mawar dan kasturi.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini meninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan

harta dan memuaskan hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di katakan Abdullah bin Al-Mubarak: “Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad- jasad mereka terkulai di tali gantung.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19