Ia hanya kerja rijal…!

Ia hanya kerja rijal…!

Inilah dia realiti. Islam tetap Islam seperti dulu juga. Sentiasa bersedia untuk menghilagkan penderitaan manusia. Tetapi yang lemahnya ialah penyampaian Islam dan menghayatinya. Oleh itulah, seorang salafussoleh telah berkata:

“Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai rijal...” 180 Rijal yang memenuhi ciri-ciri kesyumulan dan kehebatan Islam. Orang yang menyesali di atas adalah di zaman salaf iaitu ketika dia dapat

179 Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 6, m.s. 31 180 Ibnu al-Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 302 179 Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 6, m.s. 31 180 Ibnu al-Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 302

Apa yang dikehendaki ialah ulama’ yang lain dari itu. Memang faqih dan zuhud adalah antara sifat yang dikehendaki tetapi ia mahu lebih dari itu. Dia ingin da’i yang siang malamnya hanya memikirkan bagaimana membimbing

manusia, melaksanakan hukum Allah dan menentang pemerintah yang menghukumkan manusia dengan al-hawa. Peringkat ini hanya mampu dicapai oleh orang yang dikurniakan dengan sifat-sifat lelaki sejati, bijaksana, gagah

perkasa, tangkas, tidak berkompromi dengan jahiliah, tidak tunduk kepada taghut yang zalim, tidak berselindung-selindung. Oleh kerana itu apabila dikatakan kepada seorang tokoh rijal: “Kami mempunyai hajat yang kecil untuk

kamu tolong selesaikan.” Dia enggan menyelesaikannya dan berkata: “Carilah lelaki yang kecil untuk menyelesaikannya.” 181 Kerana lelaki yang kecil berpuas hati dengan amal yang kecil.

Bagi rijal yang berjiwa besar, dia mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia menyediakan dirinya untuk tugas-tugas yang besar dan enggan dengan kerja remeh.

Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah kerja rijal sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orang- orang yang takut menghadapi risiko dan halangan, pertarungan dan pertembungan, maka ia adalah layak dengan angkatan berjiwa kecil.

Bagi rijal, yang ditakuti hanyalah kelalaian ”al-ghaflah”. Sebagaimana yang dikatakan oleh al-Umari yang zuhud: “Sesungguhnya antara tanda kamu telah

lalai terhadap diri kamu dan berpaling dari Allah ialah apabila kamu melihat sesuatu yang dimurkai Allah lalu kamu tidak mempedulikannya. Kamu tidak menyuruh dan tidak melarang lantaran takut kepada orang walhal orang-orang ini tidak boleh membahayakan ataupun memberi faedah kepada dirimu.” 182

Lantaran itu Ibnu Taimiyah mengkritik orang-orang soleh yang penakut. Berulang-ulang kali dia menerangkan: “Meskipun mereka telah meninggalkan kejahatan, mereka bukanlah

mujahidin tulen yang berjuang menghapuskan kejahatan sehingga tiada lagi fitnah dan rintangan yang menghalang manusia dari jalan dan agama Allah. Hingga jadilah agama seluruhnya untuk Allah.

Fikirkanlah! Kebanyakan manusia jarang sekali berkumpul padanya dua sifat ini: Pertama: Benci pada kekufuran dan kejahatan serta orang yang

melakukannya. Kedua: Suka melarang mereka dari kekufuran dan kejahatan.

Sebagaimana kebanyakan mereka cintakan kebaikan dari orang yang melakukannya tetapi tidak menyuruh manusia kepada kebaikan dan tidak berjihad di atas kebaikan dengan diri dan harta. Padahal Allah S.W.T. telah

berfirman:

181 Ibnu al-Jauzi, Said al-Khatir, m.s. 105 182 Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab al-Kafi, m.s. 44

“Orang-orang yang beriman hanya orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan dirinya di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al- Hujurat 49:15)

Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu

bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah

mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Al-Taubah: 24)

Mungkin kamu menganggap bahawa kamu perlu berbincang lebih lanjut bersama golongan yang lalai ini. Tetapi Yusuf al-Qardhawi telah lebih dahulu

berdebat, berhujah dan mengalahkan hujah mereka dengan kata-kata yang indah dan mendalam. Itupun rasanya sudah cukup:

Kata mereka: Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri

pada malu dan kebekuan hidup di bersama ahli keluarga, bukan hidup orang berhijrah dan terusir Dengan berjalan di belakang kenderaan

dalam ketenangan dan langkah yang longlai dengan kamu katakan apa yang dikatakannya tanpa tentangan dan penolakan terhadapmu

Dengan mengikuti sekumpulan kambing kamu dipimpin, bukan memimpin

Dengan berteriak untuk setiap penguasa: Hidup kamu…..

Aku berkata: Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku hidup adalah perjuangan

Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh? Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak. Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya? Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah. Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin

boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam.” 183

183 Yusuf al-Qardhawi, antara qasidah-qasidah lama. Rangkap-rangkap ini adalah antara qasidah panjang yang dikarang untuk Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah di Baghdad, Keluaran Keenam, m.s. 278

Perjanjian

Semua baris-baris tulisan akan musnah lenyap… kecuali al-Quran ini, kerana dia kekal selama-lamanya.

Setiap hasil pemikiran manusia sentiasa berubah-ubah, bertukar ganti dan tergugat kecuali buah fikiran yang dipetik dari pelita al-Quran, kerana ketika itu ia memetik sesuatu yang bersifat kekal. Sumber tersebut mantap, tetap dan mampu bertahan.

Dari sini kita dapati berlaku wehdatul fahmi, kesatuan diagnosis dan kesatuan cara penyelesaian di kalangan mereka yang bercakap tentang Islam dan masyarakat. Kesepaduan ini kita dapati bermula dari orang yang dapat melihat Rasulullah S.AW. berterusan hingga kepada orang yang beriman dengan baginda pada kurun ini, walaupun mereka tidak sempat melihat baginda. Bahkan kamu akan dapati dengan jelas kesatuan gaya bahasa dan keseragaman istilah di dalam kata-kata mereka.

Sesungguhnya penjagaan dan tetap berdaya tahan itu meskipun dipandang oleh orang yang tidak faham sebagai beku dan statik, tetapi pada hakikatnya inilah kreativiti yang sebenarnya.

Ketika ahli falsafah membuat satu teori atau penyelesain kepada masalah kemanusiaan, dia meniupkan semangat dengan penuh perasaan. Semangat ini membangkitkan keinginan yang tinggi ke dalam jiwa muridnya dengan ucapannya yang memukau dan mempesonakan, menutup kecacatan teori penyelesaian yang dikemukakannya. Ketika di laksanakan, terbukalah pekung teorinya lalu datang lagi ahli falsafah yang lain dengan dianosis baru dan membuat teori penyelesaian yang lain pula. Mereka semua menyangka apa yang diusahakannya itu adalah bukti kreativiti dan tanda aktivisme mereka.

Tetapi berbeza dengan penyelesaian Islam. Memandangkan ia bertitik tolak dari hakikat fitrah kemanusiaan dan diturunkan dari Allah yang menciptakan fitrah, maka semakin dilaksanakan dan semakin berubahnya masyarakat, ia menjadi semakin teguh dan mantap. Pada setiap generasi akan lahir model penyelesaian Islam yang membuktikan kebenarannya kepada manusia. Inilah unsur kreatif sebenarnya. Sesungguhnya teguhnya Islam dan bertukar gantinya ideologi lain itu merupakan kreativiti Islam dan mukjizat ajarannya.

Oleh itu, bila kita bentangkan pelbagai ucapan yang keluar dari mulut fuqaha umat ini dulu dan sekarang, walaupun kelihatan sama dari segi ayat dan maknanya tetapi ia dalammasa yang sama memberi isyarat terhadap wujudnya kesatuan kefahaman, metodologi dan perlaksanaannya. Menonjolkan kesatuan ‘wehdah’ itu sendiri merupakan satu unsur yang perlu dititikberatkan dalam perbicaraan fiqh dakwah ini. Kerana ini mengandungi isyarat keaslian ulama baru dan ketulenan mazhabnya.

Dokumen yang terkait

ANALISA BIAYA OPERASIONAL KENDARAAN PENGANGKUT SAMPAH KOTA MALANG (Studi Kasus : Pengangkutan Sampah dari TPS Kec. Blimbing ke TPA Supiturang, Malang)

24 196 2

Analisa studi komparatif tentang penerapan traditional costing concept dengan activity based costing : studi kasus pada Rumah Sakit Prikasih

56 889 147

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Khutbah Washil bin Atho' wa ma fiha minal asalib al-insyaiyah al-thalabiyah : dirasah tahliliyah

3 67 62

Manajemen Sumber Daya Manusia dalam Peningkatan Produktivitas sekolah : penelitian di SMK al-Amanah Serpong

20 218 83

Analysis On Students'Structure Competence In Complex Sentences : A Case Study at 2nd Year class of SMU TRIGUNA

8 98 53

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Partisipasi Politik Perempuan : Studi Kasus Bupati Perempuan Dalam Pemerintahan Dalam Kabupaten Karanganyar

3 106 88

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Perancangan media katalog sebagai sarana meningkatkan penjualan Bananpaper : laporan kerja praktek

8 71 19